Saturday, May 13, 2017

New hypster Best desseert in petaling Jaya

Korang suka makan desset tak? well rasanya ramai orang muda yang sebaya dengan kita atau yang usia lagi muda kebanyakan suka dessert kan? siapa tak suka boleh pergi jauh-jauh dari terus baca post ni tau..

hehe yelah sebab kita nak capat pasal dessert, disebabkan kita jenis kaki dessert, pantang kalau nampak dessert yang mengiurkan mesti rasa nak TRY!

Korang sama spesis dengan kita tak? kalau YA, teruskan membaca post ni okeh :) ni bukan posting berbayar tau, sekadar nak share dessert yang best untuk korang makan bersama teman-teman atau skandal kamu ataupun wife/kekasih korang..haha XD

Sebernya twin tak plan pun nak keluar jalan-jalan hari tu, tapi sebab kakak kitaorang yang pregant tu mengidam nak makan nasi ayam lepas tau nak makan desset yang dia mengidam, maka kitaorang layan kan jela..haha kalau tak layankan nanti merajuk lah dia..hehe



time ni kitaorang makan kat Mangcomkam, best dan sedap nasi ayam dia! look at my sister face, look happy kan? 

lepas dah selesai makan nasi ayam tu, baru kitaorang gerak ke petaling jaya, jauh juga dari lokasi rumah kitaorang yang kat kl dan lokasi tempat nasi ayam ni.

tapi sebab my sister mengidam sangat dia tak kisah jauh je dekat janji dapat makan apa dia mengidam, lagi pun tempat tu memang salah satu tempat kesukaan dia nak makan dessert.


me dekat depan kedai Kakigori. orang pandang-pandang je kita nak amik gambar, tapi buat tak peduli, janji ootd wajib amik :D


ni perisa fav ida, dia memang suka apa-apa yang perisa strawberry, ice cream ke air ke apa-apa yang strawberry memang kesukaaan dia, korang nak amik hati dia, jangan lupa sediakan sejambak bunga strawberry ya. 


is me, kita share dengan ida and my sister punya, since kita tiga orang dah kenyang makan nasi ayam tu, tak larat nak abeskan makan dessert sorang satu, jadi kitaorang order dua dessert jer tau. Tapi untuk perisa strawberry ni memang sedap, sangat kena dengan tekak kita, rasa dia macam yogurt sikit, sedap atas dia ada cream n sedikit coklat, kanak-kanak and dewasa akan suka yang ini punya.

ni fav kakak kita, dia suka green tea, rasa dia sangat-sangat pekat green tea dia, atas dia ada creem brulee dan perang-perang tu gula yang dihanguskan, tapi sedap juga lah, since kita suka minum green tea, pendapat kita, kita enjoy lagi minum gree tea tanpa gula teh, dari yang macam ice macam ni,,dunno why maybe kurang kena dengan tekak kita kot, tapi cita rasa lain-lain kan. My sys sangat suka, so mungkin korang akan suka juga :)


me trying green tea ice punya perisa, 

kalau korang nak tahu kakigori ni ada perisa lain, cake pun dia ada jual, tapi kita tak berani nak order cake, so kita order yang ice yang macam kita makan dalam gambar ni je, tapi they cake look so mengancam lah.. 



 dua ni yang kitaorang pesan, lain perisa tak pernah order lagi, but maybe akan datang
akan try yang lain punya :)









Happy Face, full dah perut time ni, tak larat nak makan apa-apa lagi, ingat baliknya nak tengok wayang, tapi since ida dah penat nak rehat je sebab esok dia kena kerja bangun pagi, so dia nak balik awal dan rest je dekat rumah :(

siapa dah tengok guardian of galaxy? twin belum, rasa nak tengok je sebab ramai cakap review dia best. By the way dessert dia ada banyakkkk lagi, tapi kita masukkan few je, if korang nak tengok lagi gambar-gambar dessert dia, korang boleh pergi dekat IG dorang @kakigori mesti korang jumpa punya.

pada siapa yang rasa nak terus pergi dan rasa, korang boleh pergi ke alamat yang kita dah sediakan dekat bawah ni okeh :

No.25, Jalan 20/13, Taman Paramount, Petaling Jaya Malaysia 46300 

oh ya lupa nak bagitahu korang, satu mangkuk cukup tau untuk makan dua atau tiga orang, tapi if jenis hantu dessert, satu mangkuk rasanya boleh habiskan sorang je tau. 

Price RM19.00 sahaja untuk satu mangkuk.

so selamat mencuba! tata sampai sini je posting kita untuk hari ni :D


Written by Iena Mansor

p/s - untuk siapa yang ada cadangan review deseert apa yang best, drop kan komen korang dekat ruangan komen oke, kita suka if dapat tau mana-mana tempat dessert baru yang best.














2 comments:

Suri said...

Wow! Telan air liur tgk dessert gitu. Tgk je dah cair. Lom try lg.

familykembar3 said...

assalammualaikaum dan salam perkenalan daripda family kembar 3......nice blog, content n pic........

https://danial3balqis.blogspot.com/