Tuesday, June 17, 2014

EH!! OMG FEST? apa tu??

Kalau korang nak tahu, kembar suka sangat pergi bazaar yang kumpul banyak-banyak online shop ni. Yelah sebab senang nak shopping ikut kemampuan, iyelah sebab pilihan banyak. Mana tidaknya banyak peniaga yang menjual ada dari pelbagai lapisan kott...dari pelbagai media sosial online seperti IG Shop hinggalah ke FB tau :) dan dari harga yg jual murah-murah hinggalah kepada yg mahal. Best sebab boleh pilih ikut keselesaan dan kemampuan kita. Nak yg mahal ataupun murah, semua pilihan terletak di tangan kita! best kan? :)

Kalau pergi kat butik-butik pula, kita selalunya dah tahu dan boleh agak dah berapa selalunya rege baju-baju kat butik-butik tu kan?. Well..kembar jarang shopping, tapi bila shopping kembar suka shopping kat tempat-tempat camnilah. Senang and lebih puas, sebab lebih murah plus boleh dapat baju yg cecantik. Siapa kata kalau pakai barang branded je baru boleh nampak stylish and bergaya?. Sebenarnya kalau pakai barang branded pun tapi tak pandai mix and match tak guna juga. Still tak boleh menyerlahkan gaya kita yer tak?, ia sebenarnya terpulang pada diri masing-masing dalam menata gaya dan expresikan diri masing--masing melalui pemakaian dan gaya yg kita nak tonjolkan. Yes barang jenama adalah suatu kelebihan, tapi kalau kita bijak dalam suai padankan gaya insyallah kita tetap akan nampak elok walaupun kita sebenarnya pakai shawl RM10 je pn :) 

By the way dah terlanjur kembar cerita serba sedikit pasal bazaar, kembar nak juga berkongsi dengan korang tentang satu event ni. Dengar cte OMG FEST 2014 anjuran Zaynia Team dengan kerjasama majalah Stailista pada 27 dan 28 JUN 2014 (Jumaat & Sabtu) akan buat satu jualan besar-besaran diamana ia akan mengumpulkan RAMAIIIIIIII online seller dalam satu tempat!. Kat mana? ia berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) okey!. Kembar cerita tentang ni, sebab kembar sukaaa pergi tempat-tempat macamni yang kumpul banyak online seller kat satu tempat. Senang!! sebab kembar dapatttttttttttttt banyak pilihan dan boleh memilih sikit ikut budget kita utk shopping tau :)


so kalau berminat korang bolehlah datang kat sini okey? ajak kakak, abang datok nenek semualah untuk shopping!! plus kembar pun ada kat sana nanti. Bolehlah HALLO-HALLO kembar kat sana nanti okeyh ;) Plus dengar cte ROZITA CHE WAN, ARJA LEE & YATT HAMZAH ada! eeei best giler! kembar dah lama giler teringin nak meet up barbie doll hidup che wan tu tau. Takkk sabauuuu rasa nak tunggu event ni start! hewhew ..

oh ya before lupa, kembar juga nak bgtau yg OMG FEST masih ada 100 kekosongan booth lagi okey. So pada siapa yg nak menjual dan mencari rezeki tu, bolehlah contact OMG FEST ni tau. Details seperti di bawah ok. Good luck semua pada yg menjual dan selamat datang semua pada siapa yg nak datang event ni ok?. Siapa datang korang memang KEWL okeh! nanti bolehlah jumpa-jumpa dan selfie kat sana nanti ye..hehehe :p

okeyhlah tu je nak cerita, dah lewat ni kembar nak tidur dulu. Nyte semua! nanti kembar update lagi story pasal benda lain pula ya. Assalamualaikum :)

-----------------------------------------------------------------
RINGKASAN OMG FEST 2014
Tarikh: 27 & 28 JUN 2014 (Jumaat & Sabtu)
Tempat: Dewan Utama, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
Masa: 10am - 7pm
Butiran booth:
Saiz tapak: 6ft x 6ft
Size Meja : 4ft x 4ft dengan 2 x kerusi
Sewa: RM 600 (2 Hari)
*Master plug disediakan (extension plug bawa sendiri)

Kelebihan:
1. Suasana dewan berhawa dingin yang tertutup memberikan keselesaan untuk peniaga dan pengunjung
2. Susun atur dan jarak antara booth serta laluan pengunjung luas dan teratur (5ft luas)
3. Penyewa boleh pilih lokasi booth
4. Percuma 10 SAAT SLIDE SHOW (disediakan sendiri oleh peniaga). Penganjur turut menyediakan TIGA SKRIN PUTIH BESAR di dalam dewan untuk peniaga mempromosikan produk/booth masing-masing
FB: www.facebook.com/omgfest2014
IG: omgfest2014 #omgfest
----------------------------------------------------------------

Untuk tempahan booth atau sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor dan emel tertera.
WhatsApp ONLY : 012-426 9280 / 019-279 6275
Call/SMS ONLY : 011-2626 1656 / 019-279 6275
E-mail: enquiry.omgfest@gmail.com




written by : Ida Mansor

9 comments:

krung x said...

salam:)
saya nak tnya sikit ape tue unique visit dlm nuffang ? sesiapa sudi bagitau lah saya :((

Ismi Ana said...

Wahh..best2. Teringin nak jumpe kakak twins ni tau. Dia buat jumaat sabtu eh? Cam tak dapat pegi je. Plg best ade Rozita che wan. Mesti perut dia dah bulat, kan. Hew3

kathy jem said...

Yg murah tu kalo pandai bergaya nmpk jadi mahalkan..hehe

hai kembar slm perkenalan..cantik betul kamu berdua.. =)

http://kathyjem.blogspot.com/

Noval Official said...

Nice blog, salam dari saya [Blogger Indonesia] :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Ismi Ana - alah..dtglah kalo ada kesempatan..twin pn akan buka booth nanti ^^

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Ismi Ana - alah..dtglah kalo ada kesempatan..twin pn akan buka booth nanti ^^

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Kathy Jem - salam perkenalan dear :)

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

Noval Blogger - hi..salam back from malaysia :)

MIE said...

woww.. best nyerr shopping sini.. kakak saya dah tau belum erkkk tempat nihh.. hehe..