Wednesday, March 19, 2014

Bila perempuan mula berkata



Hye girls,


Perasan tak akhir-akhir ni jerebu makin teruk, dicampur dengan kemarau panas melampau. Kalau keluar mesti rasanya malasnya lahai, rasanya macam nak berpayung sentiasa..korang mesti faham situasi ni kan?


Mesti dalam hati terdetik berkata ‘ kalau cuaca panas macam ni, hari-hari kena keluar sure kulit aku makin hitam ni. Dengan panas melampau, jerebu lagi skin pun boleh jadi makin kering, dari situ mulalah hati ni dah tak sedap, diri pun dah mula tak keruan kan?

Selalunya bile orang perempuan dah mula rasa kulit makin gelap, mesti ada je yang rajin cari minuman putihkan kulit dan lain-lain kan?


Tapi luaran penjagaan kena jaga juga kan? Takkan nak bergantung pada produk minuman jer kan?


So sini iena nak ceritakan sikit pasal product yang buat iena suka sangat, dahlah wangi tapi banyak juga fungsinya. 



1.Enchanteur Paris All in one whitening SPF 24+++ Body serum




antara empat ni favourite iena yang color orange punya bekas lotions, why? Haaa..ni yang iena cerita ni :)



Serum ni kira paling sempurna bagi iena, sebab serum ni semua fungsi ada dalam 1 lotion tau, kirenya ‘ALL in One’ lah kan kalau ikut dalam bahasa omputih nya :) kalau korang nak tau, lotion ni berfungsi sebagai SPF dan pelembap juga tau,serum ni best sebab dia tak mudah melekit, selalunya iena dan ida memang tak suka lotion sebab selalunya melekit kan, yang ini cepat meresap dan mudah je nak apply dekat skin. Just sapukan pada kulit korang, dan insyallah korang dah boleh atasi kulit kering kalau korang kerap pakailah, kalau jenis tak rajin kenelah start rajinkan diri :) mana tau dengan bau wangi lotion ni pun suami korang makin sayang dekat korang. 


Lagi pun siapa tak suka bau wangi kan, sambil jaga kecantikan kulit boleh juga korang mewangikan diri. Tak payah membazir beli perfume dah lepas ni.Lagipun lotion serum ni berkesan dalam untuk elakkan kulit korang jd sunburn, dan serum ni memberi kelembapan 24 jam. So korang tak payah risau jika ia tak tahan lama. 


2. Enchanteur Paris Lotions Firm&Repair Body Lotion



Lotion ni pula sesuai untuk orang yang makin berusia, yelah bila korang makin berusia, kulit pun akan makin berkedut, sebernanya kulit berkedut sebab kekurangan collagen, ini biasa bagi wanita yang semakin dimamah berusia, semakin kita dimamah usia, semakin banyak collagen akan berkurangan dalam kulit kita, so lotion ni membantu untuk menganjalkan kembali kulit korang serta membantu membaiki kulit korang ,juga memberi collagen pada kulit korang. Best kan? So kepada yang rasa diri dah makin berusia, so dari sinilah kene start mula menjaga kulit korang tau.



3.Enchanteur Paris Triple Whitening Body Lotions



Yang ini pula khas untuk putihkan kulit, bagi yang gemar untuk menjaga kulit agar sentiasa putih, lotion ni paling sesuai untuk digunakan. Lagipun kalau korang perasan setiap manusia mesti ada bahagian yang hitam dan tak cantik, terutama bahagian leher, tangan punya siku, serta lutut, dekat kawasan situ selalunya hitam kan? Mesti korang tak suka, jadi lotion boleh bantu untuk kurangkan kehitaman yang korang memang nak buang. Lagipun ni lotion ni mempunyai kandungan vitamin B3, so memang selamat dan sesuai sangat untuk mereka yang jenis menjaga kulit agar sentiasa putih bagai artis adira gitu. 


4. Enchanteur Paris Light&Fresh Body Lotion





Yang ini fungsi dia memang macam sunblock sikit tau, tapi Cuma tekstur dia ringan sikit je dari yang lain, so bagi si gadis lasak yang gemar pergi sukan-sukan lasak tapi masih nak elakan sunburn dan jaga kulit, yang ni sangat sesuai untuk gadis yang suka sukan. Plus korang pakai lotion ni tak melekit so kalau berpeluh pun tiada masaalah jika pakai lotion ni, selalunya setengah lotion kalau pakai nanti bepeluh ni jadi macam keluar air putih-putih sikit, sebab kandungan lotion lambat sangat meresap dekat kulit. So sebab itu terjadinya macam itu, jadi lotion ni bukan jenis macam tu yah, cepar meresap dan senang sangat nak bawa kemana-mana disebabkan bekasnya yang kecil molek je tau. 






Oh ya, kalo korang nak tahu nanti iena dan ida akan buat contest pasal enchanteur ni tau, best apa dapat giveaways. Lagipun senang sangat dan mudah je nak join dan hadiah dia pun best sangat. Nantikan tau :D



Written by Iena Mansor




 
 

 
 





 



 

1 comment:

kedaivitaminfatimah said...

Perkongsian yang sangat menarik. Tapi, sekarang cuaca macam dah elok sikit di sarawak. Seronok sangat melihat perubahan cuaca.