Wednesday, June 4, 2014

Wedding Cik Epal

Kata orang cinta ini punyai banyak maksud, banyak cara dan banyak juga definisi, biar apa orang kata

Asalkan kita tahu beza batas diri antara cinta dan kententuan ilahi. 


Waktu cik epal whassap twin kita ida mansor nak alamat, kita tak agak pun dapat setiap sorang kad, mean sorang dapat satu, kitaorang baca, kitaorang selak…ketawa bersama, sebab cik epal ni siap tulis Iena Mansor & Partner, Ida mansor & Partner, terus tergelak pandang satu – sama lain, rasa lucu je sebab masing-masing faham sangat fikiran satu sama lain, siapa lagi teman paling sejiwa kalau kitaorang as kembar yer tak?


Pastu mula lah kitaorang fikir nak pakai baju apa, kasut apa nanti sebab sure wedding cik epal banyak jelitawan nanti..tapi tak sangka pula bila dapat whassap cik epal undang jd bridesmaid dia..happy sangat campur segan, sebab tak kenal kawan-kawan cik epal, siap dia mintak ukuran badan setiap dari kitaorang semua (thebridesmaid) untuk jahit baju kitaorang semua, paling best siap dapat shawl lip lap gitu…serius tak sangka cik epal bersungguh dan serius nak kitaorang jd bridesmaid dia.

Waktu kitaorang semua berkumpul dan berkampung tidur kat hotel blue wave shah alam, malam tuh lah kitaorang bersesi suai kenal…ceh suai kenal sangatlah..macam orentasi pula..mula lah Tanya usia memasing, dan borak-borak itu ini…tak sangka pula diaorang ni jenis sesuai kita nak bercakap dan borak, dorang semua sempoi je..so hilanglah rasa segan-segan bacang tuh…

Pagi esok iena dan kembar terus bersiap..iena siap bangun pukul  5 pagi lagi, sebab nak kene mekap kan adiela bridesmaid cik epal juga dan dua adik cik epal yang sempoi jer tuh..ida pun mekap kan adik cik epal juga..so proses mekap tuh cepat je siap. btw make up by me :)


Dah bersiap, rasa diri ni dah cantik ofcourse lah wajib berselfie..sebernanya banyak gambar selfie kat bilik kitaorang ni….hahaha semua suka selfie ni. Kitaorang berempat sebilik, tapi adiela tidur dekat bilik sebelah bersama dua adik cik epal :)


Lepas semua dah bersiap, kitaorang pun berkumpul, masing-masing dah sedia tahu apa nak buat…tapi serius kitaorang semua tak sangka dulang hantaran tuh berat sangat sebernaya..ada yang agak ringan, paling kesian yang kene angkat kek atas dulang pegapit..baru tahu kek yang deco-deco cantik kemain berat semuanya, tapi sebab cik epal punya big day semua sanggup, demi kawan semua tak kisah sangat pun..masing tergelak sebab tak jangka dulang berat. Lol


Waktu ni Jofliam tengah muka nervous..ketara kot!! Kita dengan fatin senyum je tengok dia Nampak macam muka nervous dia, tapi kagum sikit ngan cik epal, tenang dan tak nangis pun waktu akad nikah, kalau kita mungkin dah nangis laju-laju sebab sedih berpisah dengan kembar..ceh sedih sebab kembar sebernya bukan sebab terharu..lol :P

 
Sah sudah akad nikah ijab Kabul, senyum lebar je dedua ni.

Time ni waktu pagi, diaorang nikah..tak ramai orang sangat pun sebab orang terdekat je banyak datang, yang ramai meletup gitu ramai orang waktu dioarang sanding majlis tengahari itu :)


Time ni semua nak bergambar selepas majlis nikah selesai, lega tengok semua happy, majlis pun lancar je, majlis sempurna, tenang je dan cantik tengok dekorasi tempah nikah diaorang.serius memang cantik tau.


Three both of us, time ni tengah lapar sebab tak makan lagi, tapi sebab suka selfie punya pasal, so selfie pun di dahulukan.

Lepas makan, kitaorang pun bergambar dengan tetamu yang hadir waktu cik epal punya majlis sanding J
Siapa kenal diaorang ni mesti tahu siapa jejaka-jejaka di atas, sangat femes dan sangat Berjaya tau!
Annas dengan adiknya ashrry.


Kami bergambar dengan photo incik baha dan zainatun adilah :)


Three both of us bergambar dengan fana dan model letup cik ara lee.


Gambar ni waktu nikah…semua happy sebab sekejap je majlis nikah selesai dan lancar je semua :)


Tak sah kalau takde gambar pegantin..cik epal cantik sangat dengan baju dan veil dia pakai, Nampak lawa sangat, berseri – seri :)


Ida bersama name roslan blogger cantik gila ni.







Moreee selfie pic

Twin khusyuk berdoa..hehehe
Btw mekap by me (ienamansor) ida punya dia mekap sendiri gak, tapi kening shading kita buatkan ^^

The bride with the bridesmaids

Sempat lagi kitaorang amik pick at picca both..sangat best tau..siap bergambar dengan blogger syafiqah hashim lagi


Bersama yna sakinah, ida mansor, fatin suhana, nisa kay, pengasas radiusite ika radiuste,
Dan teman-teman pn ika radiusite.


Twin bersama dengan cik adiela comel ni..dia pun kita yang mekapkan 
Kita mekapkan dia nipis je..sebab dia tersedia cantik gila okeh ^^


Ida bersama syafiqah hashim. Dia ada lagi banyak sebab camera phone dia cantik….camera kita x cantik pn..sbb pakai phone biasa :’)


Kami bertiga bersama yna sakinah, dia ada butik sendiri D’qoya namanya


Ida bersama Puan Epal


Kita bersama Puan Epal juga..cantik sangat lah P.Epal ni..dahlah slim melim gitu.
Rajin dia jaga makan dan badan. 


Keseluruhanya, majlis P.Epal dan suami memang superb sangat, twin enjoy sangat-sangat sepanjang majlis itu.
Makanan sedap, dekorasi cantik gila, semua bridesmaid sempoi gila, baju dan shawl pn cantik pemberian P.Epal untuk baju bridesmaid ni.
Semua bestlah..thank sebab sudi jemput dtg majlis dan sudi ajak kitaorang jd bridesmaind cik epal tau…enjoy sangat dapat jumpa semua blogger-blogger dan kawan yang lama gila tak terjumpa. Kalo bukan kerana wedding cik epal, tak terjumpa lah kita semua ni..ni lengkap semua blogger ada, siap pen merah ada,syafiqah, namee, nisa kay dan lain – lain.
Walaupun tak sempat bergambar mana yang kenal atau terlepas pandang, tapi wedding cik epal memang terbaik, sangat best dan sangat cantik!!!
Geram sangat tengok cantik gila hiasan pelamin, bunga-bunga dan semualah.


 


Yang ini teaser video kitaoarang dapat dari cik epal, sebernya iena ada bg ucapan dia pelangiputih dah cut dalam ni dah..so kita punya ucapan takder, ida punya pun sikit jer….tapi tak tahulah kalau dekat full video yang dah siap nanti ada ker tak full ucapan punya..hehehe J


Btw thank you fatin sebab sudi hantar kitaorang sampai rumah, tahu fatin penat, tapi fatin hantar juga :’) thank you sangat..love u lah..hehehe :D nanti wedding fatin confirm kitaorang datang ^^

Akhir sekali buat P.Epal dan suami
Iena serta kembar doakan yang baik-baik untuk kalian berdua.
Seronok tengok korang berdua, saling tersenyum suka waktu wedding korang, Nampak cute sangat dah macam merpati dua sejoli.

moga berbahagia buat kalian berdua yah.



Puisi :

Penyatuan dua hati

kasih bersemi bertamu di hati

biar ikatan ini

kekal sampai mati,

moga bertemu di syurga nanti

agar ikatan ni sentiasa bersemi dihati.

Moga puan epal dan suami

Berjaya berjuang sampai ke titik akhir nanti.


Selamat pegantin baru J
 Dari Iena dan kembar.

Written by : Iena Mansor.


Tuesday, June 3, 2014

Event Bayahista 2014


Hi, Pernah tak korang berangan jadi gadis ala – ala hijabista? Berangan nak bercantik – cantik, konon diri ni persis cantik macam Fatin liyana, tak pun merasa diri ni anggun sepersis Felixia Yeap?

Kadang – kadang nak merasa cantik tak susah? Nak melawa dan bergaya juga tak susah, Mengapa?

Sebab perempuan sekarang dah tak macam dulu, kalau dulu – dulu dengan teknologi terhad memanglah susah kita nak tahu update dan apa terkini untuk bercantik-cantik kan diri betul tak? 

Lagi – lagi untuk mereka yang suka bergaya, mesti nak tahu apa yg trend terkini, warna apa yang hot, fesyen apa yang meletup?dan mekap apa yang cantik? Yang suka berjimat mesti suka kalo dapat  belajar jahit dan punyai skill jahit untuk jahit impian baju sendiri yer tak?


Kalau korang nak tahu, iena ada lihat kat beberapa selebriti femes Instagram update pasal event ni, macam best jer..macam nak pergi je..sebab? Motif? Ofcourse tergoda nak persgi sebab suka join dan pergi event-event macam ni..paling best korang boleh dapat tips dari blogger femes yang pakar fesyen? Siapa tu? Kalo korang pengemar fesyen mesti kenal diaorang ni tau J


My friend famous amos fatin suhana, dan blogger shea rasul dan Nadia Sabrina.

Raja Nadia Sabrina – Blogger Fesyen (http://www.rnadia.com/)
Shea Rasol – Journalis Fesyen  (http://www.myamethyst-shea.com/ )
Fatin Suhana : http://fatinsuhana.blogspot.com/

Paling best pasal event ni, korang boleh masuk PERCUMA, ingat ya..percuma..lagi-lagi korang boleh tour cuci mata tengok barangan jualan sepanjang event tuh sebab banyak bazaar-bazaar buka booth di event tuh. Korang juga boleh dapat belajar jahit percuma dari Kak Yasalma, top designer yang sangat femes dekat facebook tau, ingat murah ke kalao nak belajar jahit dari kak yasalma? Mahal tahu, so ini memang peluang keemasan korang tau!!! Paling best korang akan didendang lagu-lagu yang sangat asyik dari si cute miut Najwa latif..tiba-tiba teringat lagu dia yang ‘kosong-kosong’…best tau dengar suara dia..lunak jer..



Ini baju yang kak yasalma pernah buat dan keluarkan untuk koleksi dia yang kali lepas


Najwa latif akan buat persembahan kat sana nanty, korang boleh juga bergambar dengan dia kalo minat sangat dengan si comel najwa ni tau J
Lagi apa yang ada? Mestilah ada fashion show!!! Tak sah kalau takde..event-event gini memang wajib ada fashion show tau..baru best dan gempak? Tak gitu? Kalo yang jenis jarang tengok fashion show, meh lah dating..kita duduk tengok sama-sama yer..

 

Ok lah mesti ramai tertanya – Tanya event buka sampai bila yah?

Event ni Cuma terbuka untuk dua hari je tauuu..so sangat rugi bagi sesiapa yang tak datang, yelah mana lagi nak dapat pergi event dengan dapat tips percuma, demo solekan, demo belajar jahit dan paling best boleh tgk fashion show dan jumpa blogger yang femes letup sangat tuh, dan dapat tengok persembahan percuma Najwa Latif!!

Event bermula dari 7 jun hingga 8 June , 10 pagi hingga 7 malam sahaja tau!!!

Bagi yang akak-akak. Makcik-makcik, anak dara yang dah tak sabar dan cari baju raya dan pening fikir pasal nak bergaya apa untuk pagi raya..ha apa kata korang pergi serbu event dia 7&8 ni tau..korang juga boleh belajar dari demo solekan percuma nanti..best kan..boleh bermekap-mekap bagai di pagi raya nanti..tup tup kalah felixia yeap nanti dengan korang!! Hahaha…

 Ok cerita tak abes lagi ni…ada tak yang teringin nak jadi model? Nak join sama – sama dengan model – model lain meriah majlis dan buat fashion show dengan memakai pakaian yang direka oleh pereka-pereka fesyen yang top- top nanti?

Kalau ada yang berminat nak jadi model, korang boleh join dan sertai pencarian casting model event bahayista 2014 ni tau J ni senarai nama butik yang terlibat untuk fashion show nanti tau..semua butik-butik ni sangat femes tau!! Dan punyai pengikut yang tersendiri…hehehe

Butik Eja Shahril Collection, Sarung Anggun
Ammara, Minaz
Eiman Damia, Hijabella Safiyya
Hijria Home, Awni
Leeyana Rahman, Atika Exclusive


Oh yah, kalau korang nak tahu, event ni juga di anjurkan oleh Moslema In Style, dorang juga pernah buat dua kali event Moslema In Style berturut-turut juga dekat PWTC juga, kalo korang nak tahu pasal event dia yang lepas, korang baca kat entry kita yang lepas.
Ada dua entry kita cerita psal event ni. Best sgt tau J time ni fatin liyana, Datin Najjah semua ada tau..korang boleh baca nanti J

Entry 2013 moslema in style : http://www.networkedblogs.com/RH8XE

Oklah dari celoteh panjang tak guna juga..kalah nak tahu info lebih lengkap, lebih sempurna korang boleh serbu link ok :

Facebook :

Instagram :
Tempat : Red Carpet Avenue - Encorp Strand Mall, Kota Damansara

Penganjur :
Pergerakan Puteri Umno Malaysia (Puteri Umno)
Yang Berhormat Mas Ermieyati Samsudin (Ketua Puteri Umno )
Biro Ekonomi  & Usahawan Puteri Umno Malaysia

Pengurus Acara : Moslema In Style

Muahh..xoxo jumpa nanti!






Thursday, May 8, 2014

‘Mahkota Perempuan’

Setiap perempuan mesti punyai mahkota masing-masingkan…ada yang suka dengan mahkota sendiri ada juga yang sebaliknya. 


Mahkota perempuan ada banyak variasi bagi iena, kenapa? Sebab makhota perempuan aga macam-macam gaya, ada yang lurus ada juga yang keringting ada juga jenis ikal mayang.
Rasanya mesti korang boleh agak jenis mahkota apa yang kita maksudkan kan? Dulu selalu dengar pasal masaalah rambut..kadang-kadang jumpa kawan-kawan perempuan sambil gossip-gosip mestyi terkeluar juga pasal isu rambut.

Selalu ada je situasi macam ni : ‘ish.rambut aku senang betul gugur’ , wangi pula rambut u, u pakai shampoo apa eh? Bagus tak? Atau pun korang ada tahu shampoo mana-mana yang elok tak? Rambut kita mudah berminyak, ada juga cakap masaalah kelumur.

Well iena rasa masaalah ni bukan just masaalah kaum perempuan je kan? Mesti masaalah kaum ada pun ada juga yang mengalami macam ni kan?
Rasanya pernah tak korang baca dan tau pasal habbatussauda ni? Tahu tak dalam alq-quran p nada cakap pasal kebaikkan habbatussauda ni.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

So Iena nak ceritakan sikit pasal habbatussauda ni, selalunya habbataussauda ni orang guna untuk minuman sahaja kan. Tapi ini kira first time lah juga produk luaran shampoo yang gunakan ramuan Habbatussauda ni.


Tengok ni, siap dengan semangat kita susun konon-konon macam tangkap pic dekat studio,Tunjuk gambar sebab semangat nak ceritakan dekat korang pasal shampoo ni khas untuk pembaca tersayang.


1)      Smooth Manageable [licin terurus]

Yang ini memang favourite kita, bukan just sebab kawan kita duta produk ni, tapi yang ni memang paling wangi bagi kita, just suit my tasted gitu wangi dia tuh. Memang suka bau wangi-wangi jenis macam ni sebernya, yang ini khas untuk untuk fungsi rambut kasi licin dan terurus sesuai untuk bertudung atau pun tidak, kalau korang nak tahu shampoo ni diperkayakan dengan multivitamin dan habbatus sauda, 

lepas pakai ni korang akan rasa rambut korang lagi wangi dan lebih lembut dan mudah nak disikat lagi. Dan untuk pengetahuan korang juga Kekalkan kelembapan mahkotamu dengan PERAPI RAMBUT – SAFI SHAYLA dengan 2x ganda manfaat Habbatus Sauda serta Multivitamin untuk setiap jenis rambut dan haruman kekal sehingga 48 jam berdasarkan ujian makmal.


Pakai pun sebab tertarik dengan iklan comelnya dan bau wanginya yang kita memang suka sangat. :D


Tengoklah muka happy lepas dah try shampoo ni.


2)      Segar Bermaya

Yang ini sangat sesuai untuk gadis aktif yang kerap keluar untuk aktiviti outdoor, disebabkan korang kerap keluar dan pakai tudung, mesti korang akan rasa rambut korang berkuap serta berminyak dan bau mesti ada juga terlekat pada rambut kan? Lepas tuh mulalah rasa tak selesa dan macam-macam lagi.
Untuk pengetahuan korang shampoo yang ini Dirumus khusus dengan Habbatus Sauda serta gabungan Nano Lipid Enhancer dan ZPT, untuk 10X* keberkesanan mengurangkan kulit kepala berminyak agar rambut sentiasa segar serta kekal bermaya disamping bau wangian dari shamppo yang mampu bertahan sehingga 24 jam*. Best kan, boleh tahan sampai 24 jam gitu.



Hurm..lepas ni kalau kerap sangat keluar pakai yang ini jelah. Bila iena try rambut iena takde gugur pakai shampoo ni, sebab rambut iena senang gugur kalau shampoo tuh tak sesuai dengan iena, setakat ni oke jelah pakai yang ini. 


Bau dia memang sangat wangi, sebernya semua wangi, bau yang ini bau yang mak kita suka sangat. :D

3)      Anti Hair Fall


Yang orange ni pula sesuai untuk jenis rambut dia mudah gugur, so pakai yang ini in sha allah tiada masaalah dan apa-apa alahan rasanya. Sebab yang ini family iena p nada try, dan oke jer setakat ni..shampoo safi shayla family iena pun guna, adik laki, ayah mak dan semualah..dan overall setakat ni guna semua tiada masaalah. Oh yah yang ini pun bau dia wangi juga, so korang mesti suka pakai, sebab semua jenis shamppo shafi shayla semua jenis wangi oke. J


Senyum jangan tak senyum J

4)      Anti Dandruff [anti kelumumur]
Yang ini sesuai untuk adik laki kita, sebab die jenis ada kelumumur, so yang ini paling sesuai dengan die, bau pun boleh masuk untuk lelaki punya juga. Kesemunya shampoo nya semua ada ramuan habbatus sauda, iena dah sediakan info, naty pandai-pandailah korang pilih tengok mana yang sesuai dengan rambut korang oke J

Untuk extra nak kasi rambut lagu cun dan cantik, korang boleh juga try penyegar repai rambut safi shayla.

Untuk yang memang best pakai, sebab rambut terasa lebih segar lepas pakai yang ini.

Kalau korang nak tahu, penyegar perapi rambut ni juga diperkaya dengan 5X Habbatus Sauda & Mentol untuk menghilangkan ketidakselesaan kulit kepala dengan efektif disamping menyegar dan menyamankannya dengan serta merta. Harumannya juga mampu kekal selama 48 jam** pada rambut korang nanti.

Yang ini pula perapi rambut [conditioner]


Korang boleh pakai yang ini dengan shampoo safi shayla, just pakai lepas korang pakai shampoo, urut-urut kejap rambut korang then bilas dan basuh. Pelembap macam sedia maklum ramai yang dah tahu fungsinya buat rambut lebih lembut,licin dan mudah diuruskandan yang paling bagus buat rambut terasa lebih lembap dan tak kasar. Dan bila nak sikat rambut takdelah terputus-putus nanti bagi yang berambut panjang.


Oklah sampai sini je lah iena cerita pasal shampoo ni, hope korang rasa entry suka dengan info yang iena berikan pasal shampoo ni, nanti senanglah korang nak buat pilihan dan tengok jenis shampoo mana yang korang nak pakai nanti.

Tau tak iena dan ida akan berikan korang satu sesi makeover for free! Baju sekali boleh simpan. Tapi mestilah join contest Instagram kitorang! Senang jer nak join!

1.           just share #OOTD korang yg sepadan dgn style/tema warna Safi Shalya di Instagram!
2.           Ingat kena hashtag kat komen: #jelitabersamasafishayla, #safishayla, #safimalaysia @safimalaysia dan @ienamansor tau!
3.           And and and important mesti public acc tau, kalau tak we cant see korang punye post! And mesti follow @safimalaysia kat IG tau!

Grand prize !! Korang boleh memenangi Makeover Session dgn kitorang dan baju semua korang blh simpan! Bestttt!
Jadi cepat ikut @ienamansor kt Instagram! Dan watch out for my OOTD posts utk Safi Shayla! Contest ni end on 31st May 2014!
Oh and sebelum iena lupe, ingat tonton TVC diorang, boleh nampak BFF kitaorang, Fatin Suhana!

“http://www.youtube.com/watch?v=bgcY5z-0YNY”

Kalau nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Safi, ingat kunjungi laman web:

Official Website : http://safi.com.my/
Official Facebook Page : https://www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram : @safimalaysia
My instagram : Iena Mansor

Xoxo
Iena mansor




Monday, May 5, 2014

Opps...target?

Kenapa bila usia kita dah mula menganjak masuk era umur 23-an ni kita akan dijangka untuk memenuhi beberapa expectation yang orang awam sudah jangkakan dari kita.  Lagi-lagi bila yang dah masuk era umur 25 - 26 tahun ke atas kan?!. Expectation ni akan makin mencanak naik dari orang sekililing yang terdekat dengan kita.


*kerea idaman kalbu, takpe kayuh pelan-pelan insyallah pasti menjadi milikku jua..cewahhh :p*

Ah sudahh....bila era-era umur cenggini memang selalu sangat ditembak dengan soalan berbaur begini.. ‘kau, bila nak ada kereta?, takkan nak naik lrt lagi menyusahkan mak bapak kau?’ . Perghh ayat...menusuk terus ke jantung ni tau :( .  Nak je kita cakap cenggini ‘ apa kau ingat aku suka jalan kaki jauh-jauh panas terik naik kenderaan awam?, ingat kita suke ke minta tolong ibu bapa kita tolong hantarkan kita pergi mana-mana? alahh ada kereta pun selalu je kena stuck dengan jammed what??!”

*so kalau takde kereta pun xpe kot? *ceh ni namanya ayat dalam hati nak menyedapkan perasaan sendiri sebenarnya yang tak berkereta lagi..huhuhu :p

Pernah tak korang rasa feel cenggini? Tipu kalau korang rasa tak pernah!.  Kalau nak dikutkan dengan pendapatan belia masa kini kan, yang rata-ratanya dalam 1.5k-2.5k kalau nak beli kereta setakat MYVI tu ok kot..tapi bila difikir dan ditimbang tara kan...rasa macam terbeban gak la kalau beli kereta sekarang. Tahu sebab apa? Sebab kereta myvi monthly RM600 paling murah..dapatlah yg murah sikit kalau siapa yg pandai survey. Tapiiii dengan kos sara hidup yang makin tinggi ni....huuuu kne fikir berjuta kali sebelum beli kereta kot :p minyak kereta lagi..mahai wooo..

Biarlah rakyat marhaen macam kita-kita ni hidup secara bersederhana a.k.a ikut kemampuan. Bak kata page Fareeda ‘ bergaya ikut kemampuanlah’ khannnnnn?? . Sebenarnya Ida bukanlah nak sangat cakap  tentang pasal berkemampuan ke atau tidak untuk membeli seketul kereta ke...Cuma yang menjadi masalah rakyat golongan belia macam kita ni...banyakkk bendalah yang golongan macam kita-kita ni kurang berkemampuan lagi nak beli. Kalau nak diikutkan, berapa keratlah sangat rakyat belia macam kita ni yang dah mampu beli rumah?. Harga rumah pun dah mahal kan sekarang?. Beras pun naik juga sekarang tau *sambil cekak pinggang* , siapa kata orang bujang tak merasa kenaikan harga?. Bujang lagi terasaaaa ooooo....sebab takde encik husband yang nak tolong support dari segi financially..kekekeke :p

So siapa disini yang berada dalam situasi yang sama macam rakyat marhaen macam kita-kita ni?, angkat tangan cepat! Kita geng *sambil menepuk bahu korang, tanda memahami* 



 Yang penting JANGAN GIVE UP!, kalau give tak dapat apalah..dapat angin je..hehe :p tapi dalam terselit usaha kita untuk menggapai impian, mesti ade juga terselit waktu yang kita termenung memikirkan usaha yang kadangkala tak berhasil kan?. Kalau ikut Ida, bila Ida rasa nak give up, ida akan whatsapp INA :) yes ida akan whatsapp INA everytime ida rasa ‘down tau’...bila kita bercakap dan meluahkan perasaan dengan seseorang kita akan rasa lebih TENANG. Yes tenang!, lepas kita tenang kita akan peroleh kembali tenaga untuk kita usaha lagi and lagi!. Tips ni selalu menjadi tau :), kalau korang yang dah kahwin tu pula...urm korang bolehlah buat pillow talk dengan suami...atupun duduk berdua dengan boipren sambil makan ice cream meluahkan apa yg terbuku di hati kee..... Lagi-lagi kalau dapat boipren yang pandai mendengar, memanglah buat korang lagi bersemangat kan,kan,kan?


Kalau nak hilangkan stress, boleh juga suapkan ice cream dekat si tersayang. Untung-untung die boleh tersenyum dengan layanan kita..hehe pastu bolehlah ajak die belanja tgk movie, tanda upah kita dah menjadi pendengar setia..kehkehkeh :p

Kalau nak tips selain dari tu untuk hilangkan stress, korang boleh try cuba satu tips ni. Peluk IBU BAPA korang...insyallah korang akan rasa tenang dan bersemangat lagi untuk USAHA!. Yang ada anak, boleh peluk dan cium anak-anak korang. Sure korang akan rasa berbaloi-baloi lalui pancaroba kehidupan ni demi insan-insan tersayang..cewahhh..ayat nak macam novel sangat kan :p 


The best medicine of all.... *pelukan dari seorang ibu :’)  Ida jarang peluk ibu Ida, segan sebenanrnya...tapi Ida suka sebenarnya bila dipeluk cenggini oleh mak Ida. Idk why...tetiber rasa macam safe and calm gituu bila dipeluk cenggini. Siapa rasa ceggini?*


Try peluk ayah korang pula, lelaki nampak  je tegas di luar....tapi selalunya dengan kata-kata yang tegas dan cuma renungan dari seorang ayah. Dah mampu dah untuk buat korang memahami sedikit sebanyak dalam mengharungi kehidupan seharian korang . One day u gonna be a father to kan? :’) 


 *pelukan dari anak-anak. Orang kata pelukan ni sumber kekuatan ibu-ibu dan bapak-bapak di luar sana. Dorang  nampak je marah anak dorang bagaikan raksasa...tapiiii sebenarnya dalam hati...kalau nyamuk nak gigit anak dorang pun, dorang tak sanggup tau!”


Setakat ni, tu jelah tips yang kita rasa berguna kot untuk kongsi. And mungkin dah ada some of you yang praktikkan, cuma yang Ida nak beritahu. Korang tak sendirian dalam harungi masalah ekonomi masa kini. Banyakkkkk lagi orang yang kurang dari kita pun ada tau sayang-sayangku...and most important is...please please jangan sesekali rasa rendah diri dengan siapa kita yang sekarang. Kita takkan tahu siapa kita akan jadi di masa depan kan?. Jika kita rasa kita tak punyai apa-apa, ketahuilah korang mungkin dah menjadi hero pada sesetengah orang. Korang mungkin rasa korang bukan siapa-siapa, tapi mungkin di rumah ada yang merasakan korang adalah ‘hero’ dalam hidup seseorang. Salah satu contohnya ialah, Ida selalu anggap my dad is my hero...and my mom is my saviour. Kalau tak kerana dorang, Ida takkan belajar menjadi Ida yang sekarang. Parents kita dah melalui macam-macam untuk membesarkan kita, terasa begitu besarrrr jasa mereka dekat kita kan? . Terasa begitu bersyukur ada ibu yang besarkan Ida dengan penuh tegas....kalau tak kerana tegas itu mungkin Ida pun tergelincir dengan nafsu dunia..nauzibillah...*minta dijauhkan!!* 


Apa-apa pun kita bersyukurlah dengan siapa kita sekarang, sekurangnya kita masih lagi cukup makan dan minum. Masih lagi punyai ibu bapa untuk berbicara..dan punya kesempatan lagi untuk menabur bakti pada orang tersayang. Ayuh kita kayuh pelan-pelan untuk mencapai impian kita. Semoga kita sama-sama dapat menggapai impian dan membalas jasa pada insan tersayang. Allahuakbar! Ayuh kita berusaha!





Written by : Idaman
Terima Kasih sudi baca :’)