Tuesday, December 15, 2020

Ida try skincare korean set dari Prettian My

Hai semua, ya Allah rasa lamanya tak menulis dan meluah dekat blog ni kan? harap korang semua baik-baik je walaupun kita semua tengah dalam fasa mco covid ni kan? 😊

Sepanjang mco ni Ida jarang dah keluar untuk beli barang penting, sekarang Ida beli online je termasuklah skincare! haha sapa macam Ida suka beli barang online je? yang terbaru Ida try skincare dari Prettian My tu pun dari online juga! 


Nampak tak muka excited tu bile kita dapat skincare dengan box yang cantik macamni lahai lagilah rasa bestnyaa tak sabar nak cuba! 


Ok ni pose senyum sikit dari kita 😉

Sekarang Ida nak cerita pula dari segi tekstur dan pengalaman Ida pakai skincare dari korea ni. Sebab usually orang cakap korean skincare memang bagus kan untuk kulit, jadi Ida ada high expectation sikit dekat produk ni 😜


Produk pertama yang Ida cuba ialah  Triple Oil Cleanser :

Yang ini dia ada 3 fungsi tau, boleh cuci muka as deep cleanser harian ataupun boleh guna sebagai make up removal serta toner juga tau. Dari situ dah jimat tak perlu kot nak beli make up remover dan toner lagi kan? jadi Ida cubalah try guna ni untuk cuci mekap, dan tahdaaa tengok tu die tanggal sume mekap-mekap kat muka Ida! 

Sorrylah gune tisu je sebab kita punya facial pad dah habis time ni, adoi time macamni pulak nak habis kan 😅

Tapi Ida gune tisu ni pun die senang juga nak tanggal, sebab tektsur die oil so die lagi mudah nak tanggalkan mekap degil dekat muka kita tu.



Ni Ida close up  Triple Cleanser Oil die dekat tangan Ida, so korang boleh imagined 
tekstur dia macamana


Ni pula muka sebelah with mekap sebelah lagi dah removed mekap gune 
Triple Cleanser Oil.


Next Ida pakai Moisturizer Snail Cream pula, yang ni tekstur die lembut dan ringan walaupun die creamy macam tu kan. Bila apply tu rasa lembab je dekat muka Ida. Setakat ni bile Ida keluar mekap pergi keje memang Ida tak lupa pakai moisturizer ni. 

Sebab kulit Ida memang jenis kering, so bile nak mekap tu wajib pakai moisturizer baru mekap tu jadi tahan lama dan nampak kulit jadi lebih cantik dengan foundation tu semua.

Bau die pun sangat wangi untuk yang sukakan moisturizer yang wangi dan light tekstur, produk ni memang sangat sesuai untuk korang ye💓


Ni Ida colet-colet sikit dekat muka, memang rasa lembab dan best pulak bila pakai. 


Last step Ida pakai Silky Brightening Cream, yang ni fungsi die untuk mencerahkan bahagian kulit yang korang nak lighten up tu kan. Boleh pakai dekat badan ataupun muka. Tapi kita pakai kat muka sebelum keluar hehe jadi nampaklah berseri sikit muka tu kan 😄



Ni boleh nampak tekstur cream white die tu kan macamana? die pekat sikit dari moisturizer cream tu. Dan bau die pun sangatlah wangi! 

Yang ni info lebih mengenai produk Prettian My :



Overall Ida puas hati dengan tekstur, packaging dan feel lepas guna. Sebab die light, wangi, dan packaging pun simple, cantik dan kemas. 

Untuk yang nak cuba juga produk ni korang boleh dapatkan di 
Instagram Prettian. My :

https://www.instagram.com/prettian.my/?hl=en









Saturday, October 12, 2019

Berbaloi ke beli barang shopee dari china?

Hi semua,


Lama kan iena dah tak update video, sebab iena kering idea tak tahu nak update apa, next time iena akan rajin kan diri update je apa-apa yang iena rasa menarik nak share dengan korang.

kali ni iena update iena beli barang shopping dari china, iena ada update video unboxing shopping haul dekat iena punya youtube channel.

tapi dalam blog ni iena ceritakan secara details gambar closed up dan link shop dari mana yang iena beli.

koarng juga boleh tengok video iena buat unboxing dekat my youtube channel yang iena dah upload dekat sana.

Parcel 1&2





untuk baju pink ni, iena pilih size M, dia fit ngam ngam muat dekat badan iena, iena memang size s kalau beli baju dari Malaysia, tapi sebab seller ni shop shopee dari China, iena kena pilih satu or dua kali size lagi besar dari size Malaysia, sebaB China punya size badan dorang halus-halus je dan kurus betul size badan dorang. 

kalau seluar lagilah iena akan Pilih size XL dan XXL sebab China punya seluar selalu takkan muat bahagian punggung, so memang kena beli size besar dekat shop seller dari China punya.

Untuk shop ni iena beli dua baju iaitu pink dan brown. yang pink size M dan yang brown size L.





PINK RM28,00

BROWN RM30.00





Parcel 3

Untuk parcel ketiga iena beli kasut, size 39 iena pakai size 7 tau, tapi kasut ni ngam muat cuma kurang selesa depan dia sebab agak ketat bagi iena, but still ok nak pakai jalan-jalan sebab dia just ngam ngam muat kasut ni, iena biasa beli size 40 untuk selesa sebab besar sikit depan dia selesa jalan dan boleh lasak-lasak lagi kan bila nak berjalan. 

Tapi disebabkan shop ni dah takde size 40 jadi iena amik je size 39 sebab nak tau and nak try ok ke tak bila pakai dekat kaki.

but lagi best if dapat size 40 but nak buat macam mana dah takde rezeki size 40 dah takde.

so here bawah ni iena bagi link shop kat mana iena beli, seller ni dari pinang je, dia punya service bagus gila sebab laju dan cepat buat kerja,

KASUT BROWN RM25.90




Parcel 4

Untuk parcel keempat ni shop dia sama dengan shop yang first sekali kat bahagian atas mula-mula iena letak gambar tu.

iena suka beli beg ni sebab sampai siap balut dengan kotak plastick bagai semua, memang dia balut kemas-kemas semua, so bila sampai takder calar semua tau.

sebab tu puas hati, iena memang dah lama cari beg macam ni tapi dekat zalora, pomelo dan lain-lain mahal lah pula so tak beli, sekali jumpa murah kat shop ni, terus iena grab satu.

puas hati sebab hajat yang lama tersimpan tercapai juga, just nak bagitahu korang iena memang tak dapat any sponsor pun beli semua ni, iena guna my own pocket money beli semua ni, so dalam video dan blog iena semuanya review jujur ok.

takde tipu-tipu iena memang tak suka fake review so setakat ni memang iena cuba sampaikan dari hati je apa yang iena tulis ni.

untuk beg ni ada sling beg so senang nk bawa jalan-jalan. Iena memang takde beg color brown sebab tu iena pilih color ni :)



                                                              BROWN SLING BAG RM34.00



Parcel 5

Last parcel ni iena beli blazer, setakat ni iena cuma ada dua je blazer iaitu hitam dan wine red yang iena beli ni.

hope sangat lepas ni jumpa lagi blazer yang murah-murah sebab iena macam dah jatuh hati dengan blazer style pakai dengan jeans sebab nampak casual dan santai sesuai dengan umur iena ni.

Lepas ni memang berangan nak kumpul blazer banyak-banyak so boleh la gayakan dengan macam-macam style.

hehehe kemain berangan tu kan, tapi memang selesa blazer iena beli dari shop ni sebab material dia tak tebal sangat dan tak nipis sangat just nice je bagi iena, oklah dengan price dia, susah nak dapat blazer orang jual dengan harga murah macam ni, sebab try cari juga tempat lain tapi tak jumpa.

korang if ada jumpa blazer orang jual lagi murah bagitahu kita oke.

blazer ni iena amik size XL sebab memang nak loose, plus nampak just fit dan nice je dengan iena, sebab size china memang orangnya halus je badan so size s china budak-budak malaysia je mampu pakai, yang dewasa macam iena tak boleh amik size s china.




BLAZER RM35.95


OK lah sampai sini sahaja iena menulis, terima kasih sangat pada yang sudi baca memang, iena appreciate siapa-siapa yang baca blog iena. 

pada siapa yang nak tengok video iena unboxing boleh tengok je kat dekat video ni :D



dan jangan lupa untuk follow dan like iena di social media iena :

email : ienamansor1@gmail.com / ienamansor89@yahoo.com

Terima kasih dan jumpa lagi untuk next entry. 

Lots of love
Written by Iena Mansor

Sunday, May 19, 2019

Shopping Haul di shopee dan cara proses refund money dari shopee

Assalamualaikum,

lama sangat kan iena dah tak update blog kan? kali ni iena dapat idea untuk tulis blog mengenai pengalaman iena shopping di shopee app. Mesti korang ingat iena promote kan? tapi realitinya tak langsung sebab semua item iena beli tu keluar dari poket iena sendiri tau.

iena just nak share dengan korang, sebab iena suka shopping dekat situ. Sebab apa? sebab harga baju dekat situ banyak yang berpatutan, sebab bila iena pergi shopping mall harga blouse rata-rata banyak yang seratus lebih yang murah susah nak jumpa kalau jumpa pn bajunya tak cantik.

so my option nak murah dan cantik iena shopping la di shoppe. korang boleh clik video dalam ni untuk tengok full iena cakap apa pasal barang iena beli.

di sini iena sertakan baju apa yang iena beli.

First Item

 

please take note ya, yang ni bukan iena ni gambar studio dari model shop yang iena beli.



Link Shop : https://shopee.com.my/product/51526225/1988230334?v=e8f&smtt=0.0.3


yang ini pula gambar baju iena pakai. 


Harga baju ni RM31.28 

Btw korang plz take noted ok sebab bli shop china ni sometime size dia memang
terlalu kecik untuk size s. contohnya size s muat utk kanak2 remaja je,dan size m muat untuk orang
badan size s dewasa. sebab tu baju ni iena amik size m. Penting ok korang baca jaduah chart dorang bagi untuk ukuran baju yang seller jual.

Sebab iena tengok banyak reveiw orang beli size mengadu tak muat keciklah lah. size dari china memang kebanyakan size s muat untuk budak je. but sometime size L muat untuk size s sebab kecik. Lain seller lain ukuran baju dorang jual dan depends pada jenis design baju juga.n So sangatlah penting untukkorang baca ukuran sebelum nak membeli apa-apa.

Sebab iena memang size s sebab tu iena perhatikan kan ukuran dan details baju sebab nak pastikan muat dan tak ketat sangat. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Second Item


please take note ya, yang ni bukan iena ni gambar studio dari model shop yang iena beli.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni pula gambar sebenar iena pakai :


untuk blouse biru dan nude ni iena beli dari shop yang sama. cuma kalau korang tengok gambar receipt yang iena tunjuk waktu mula, ada tiga item kan? tyapi satu iena tak dapat sebab seller terlupa nak masukkan lagi satu. so sila rajin scroll bawah lagi, nanti iena ceritakan proses untuk refund ok?

Link Item : https://shopee.com.my/product/51526225/823418928?v=f23&smtt=0.0.3

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Third Item



Di bawah iena sertakan gambar model pakai :


--------------------------------------------------------------------------------

Ni gambar sebenar iena pakai :


Link Item : https://shopee.com.my/product/16666131/1777752042?v=dfc&smtt=0.0.3

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Four Item


Harga kasut : RM48.00

Link Item : https://shopee.com.my/product/29338216/401728203?v=538&smtt=0.0.3

MY UNBOXING SHOPPINH HAUL VIDEO


Clik disini untuk lihat dari youtube video : Link Video

PROSES REFUND BAGI ITEM YANG SELLER TAK BAGI

Proses pertama :

Korang jangan lupa untuk mesej seller dari shop yang korang beli dulu before nak buat aduan dekat shoppe ok? penting sebab nanti shopee akan contact seller balik untuk confirmkan betul ke item korang tak dapat dan sekian2 nya. 

Some seller akan bagi dan layan korang dan bertanggung jawab macam seller ni. Di sini iena sertakan screenshoot conversation iena dengan seller ni ok. plz take noted eng iena tak power tapi main bedal je. asal dia faham dah ler.


Baik kan seller ni, dia cepat je juga balas pasal isu ni, mesra je pn dia balas. di sebabkan dia pun balas dan bertanggung jawab proses nak minta refund pun lagi cepat tau.

ok pada yang jenis seller tak balas korang kena buat aduan dekat shopee yang seller shop ni tak balas mesej korang dan sertakan sekali screenshoot dan bukti parcel sekiranya item ada yg missing atau pun rosak. Dan bukti conversation yang seller ni tak reply, dan juga lupa bila korang beli terus mesej seller dan bagi tahu pasal order korang. kenapa? sebab sekiranya item korang dapat nanti ada yang rosak atau pun missing korang ada juga bukti conversation dari kamu dan seller.


Clik di bahagian HELP CENTER


lepas tu korang boleh clik bahagian CHAT NOW! atau korang terus je tekan Return & Refunds

Untuk clik pada chat now dulu dan lepas tu terus clik kat bahagian return dan tefund tu. dekat bahagian chat now tu nanti akan ada orang telco akan tolong korang mengenai proses korang, yang ni iena tak dapat screenshoot sebab lupa. sebab once iena dh tutup ruang kotak chat now tu dia pun off. ruangan chat now tu macam messenger tapi selepas dia dah tolong korang. korang kena off la chat now tu. sebab dia pun nak layan orang lain juga. 

selepas tu nanti korang alkan direct dapat email dari shopee ni sebab bahagian return refunds tu korang kena isikan form dan number order korang. Dari situ nanti shopee akan dapat aduan korang dan akan email korang.

Di sini iena sertakan aduan email iena :





yang itu email yang iena dapat dari shopee, tapi sebelum dia reply macam ni iena dah sertakan screenshoot conversation iena dengan seller dan screenshoot order iena dari apps shopee. Then baru shopee balas macam ni.

yang ni pula shopee bagi resit yang dirang dah bank in dan bila check memang dorang dah bank in dh.
Alhamdulilah iena dapat balik duit iena. walaupun mungkin sikit pada korang still duit juga pada iena. sebab tu sanggup susah payah buat aduan semua.

hehe. so korang faham tak cara ni? simple je kan? harap bermanfaat la post kali ni. 

oh ya mesti ada yang tertanya-tanya baju apa yang iena tak dapat, di sini iena sertakan gambar item yang iena tak dapat :(


p/s : sekiranya korang nak iena buar write up story pasal apa-apa yang menarik do komen kat bawah ok, iena akan cuba usahakan. sebab macam dah kering idea nak cerita apa dekat blog ni :D

Do follow mt social acc :

IG: Iena mansor
Fb : Iena Mansor
Email : Iena Mansor

Thank you sudi baca :)

Write byIena Mansor









Thursday, April 18, 2019

After so long! Twin first private lauching event Victoria Sloane

Hi korang!! apa khabar? omg lamanya rasa tak menulis balik dekat blog ni kan kan?  rindu serindunya dekat blog ni :) 

Twin selalu pergi event fashion show je tahun ni, tapi bile dapat jemputan private event lauching by Rita Sosilawati untuk jenama Victoria Sloane omg terus menjerit nak pergi!! sebab ramaiiiii kawan-kawan bloggers kita ade kat event ni and yes kt hantu beg!! hahah beg ade banyak kat lemari tu tapi tapi tiap2 kali nak raya rasa tak cukup je bag tu nak kene tambah lagi hahahahaha :p sapa macam kt angkat tangan?! 

With Nisa Kay yg makin lama makin lawa kita tengok! akhirnya ada juga masa nak borak2 dengan Nisa. Kalau tak selalu jumpa kat fashion show hye hye bye bye je :p

Ina tengok apa tu kusyuk sangat?

Majlis dimulai dengan doa :) 

Ucapan kata alu-aluan oleh founder Victoria Sloane Rita Sosilawati 
sangat ramah, humble dan baik orangnya i tell you! wish you lifetime happiness & succes Kak Rita! 

Rasmi Majlis Victoria Sloane x Shopee Mall 

Selepas majlis dah start Ida pun start usha2 hangbag Victoria Sloane ni, so far dari yg Ida tengok Ida suka beberapa handbag pilihan Victoria Sloane ni. Korang rasa kita suka yg mana? hehe

Untuk beg Victoria Sloane Spring Summer 2019 kalini ada  :
Warwick, Essex, Holborn, Abbey dan Kew

Untuk Warwick bag, ada 6 ranges of colours : Harga RM199
 Pink, Dusty Pink, Sand, Rose Pink, Green/Grey/Nude
/Purple/Green/Blue 

Dan untuk Essex Bag pula ada 4 ranges of colours – Harga RM199
 Red, Light Gold, Blue and Brown \

Holborn bag, juga ada  4 range of colours – Harga RM189 je
White, Pink, Purple & Dusty Purple 

Abbey bag ada 3 colour - Harga RM179
Maroon, Nude, Black and Silver

Kew bag pula ada 5 choices of colours – Harga RM169 for each.
Silver, Gold, Silver Grey, Black and Red

Oh ya korang pun boleh bli on9 melalui shopee mall je, senang keje kalau nak beli. Dah la memang kite ni sejenis kaki shopee, dok membeli dari sini je kejenye :p

Cuba teka kita suka yg mana 1? *hint pastel*

Nude colous uolls!! yg mana 1 pilihan hati?






Bawah ni pula bila Model berjalan menggayakan beg-beg dari Victoria Sloane, kt suka yg first model ni pakai lawa sgt! RM199 kat shopee :)





Ni pun kita suka sebab macam senang nak matching dengan segala jenis baju & warna baju :)

Lawa bag tu!! 


Yang bulat ni pun kita suka!! simple yet classy gitew 





Eh hai kak Vanida Imran, lawa kan die? die pun ade kat majlis ni juga tau ;)



Hehe twin kt Ina pun nak bergambar bergaya dengan handbag tu juga uolls! haha tgk tak tangan yg tengah tangkap gambar tu? tu tangan ktlah tu hehe :p

Lastly me & Suzai kwn blogger fav kt ni ha! dulu selalu jumpa kat mana2 event. Sekarang susah dah nak jumpa cik Suzai ni, bz sokmo!

cute cute and adorable Piqa, lama dah tak jumpa si Piqa ni. Akhirnya jumpa juga kat event ni, sempat jugalah bagi hadiah birthday kat die :) 

so sampai sini je celoteh kita harini, kalau yang nak tahu kat mana nak beli handbags by Victoria Sloane ni korang boleh usha kat : 


Till then see you guys on my next post!