Cewah tajuk omputih sangat kan? Hehe...
tapi ceritanya dalam bahasa melayu jur tau. Selesa pula nak menaip dalam bahasa melayu je, senang Ida
nak cerita ikut gaya Idaa cakap hari-hari.
Ida selesa korang pun selesa kan,kan,kan? :p
Sebenarnya entry kali ni Ida nak
cerita tentang Laser Treatment yang Ida buat kat MyClinic (https://www.facebook.com/myclinicbeautynmedispa) minggu lepas. Since RAMAI gila yang
request kat Ida untuk cerita pasal
treatment ni bila Ida update gambar Ida kat facebook and Ig Ida J . Siap ada yang personal whatsapp
lagi Tanya bila nak update pasal ni kt blog ;)
Ni lah gambar yang Ida update kat
facebook and Ig Ida hari tu. Hahah boleh pula ada yang salah anggap ingat ida
buat lasik untuk mata. Bukanlah! Ni Laser Treatment khas untuk masalah kulit!.
Yang pakai baju hijau tu Dr.Hoe namanya. Pakar untuk selesaikan masalah kulit J
Kenapa Ida pergi Treatment?
Jawapan dia mudah je, sebab nak
kulit cantiklah!. Ceh yang ni semua orang tahu, tapi kenapa mesti sampai pergi
treatment laser bagai?. Ha sebab sebenarnya Ida ada masalah BINTIK BINTIK HITAM
kat hidung and dahi yang degil gila nak hilang!. Pastu kulit tak sekata, and
banyak pula tu sebum degil. Susahlah nak hilangkan benda-benda ni. Pastu bila picit
sendiri nanti jadi parut pula L tu yang tak suka tu. Dengan Laser semua
masalah ni boleh dirawat tau, laser ni pun boleh MENGELAKKAN KESAN PARUT hasil
dari rawatan laser plus facial sekali. Sebab tu Ida nak buat treatment ni.
Apa pula sebum tu? Ha sebum tu camni
lah rupa bentuk dia :
Ida ada masalah camni kat atas dahi
Ida, dia mcm biji biji kecik..siapa ada camni kat dahi?. Rawatan laser je tau
boleh hilangkan benda ni. Sebab laser dia akan rawat kulit kita dari dalam.
Plus rawatan facial dia akan picit semua benda-benda degil ni keluar
menggunakan jarum khas. So nanti takdelah kesan parut yang tinggal J. Plus masa facial (last sekali buat
lepas treatment) dia akan letak serum kat kita, and roll kan muka kita dengan
satu alat magnetic. Yang mana alat tu membolehkan kulit kita dapat 80% vit dari
serum tu!. Sebab kalau pergi facial biasa, aircond dah makan 80% vit serum tu
tau1. So kulit kita sebenarnya dapat 20%, rugi kan? L
Ni pula gambar keadaan dahi Ida. Nampak
tak bintik-bintik..ni pun dah hilang tinggal parut je lepas wat laser J
Kat bawah ni pula gambar close up
muka kita beberapa minit lepas laser J
Nampak tak biji kat bawah mata kita
tu? Dah bertahun-tahun dah benda tu ada, takleh hilang..tapi pas seminggu laser
magicnya benda ni HILANG!. And perasan tak kulit kita Nampak licin dalam gambar
ni?. Tapi series korang boleh rasa KESANNYA walaupun sekali je wat. Sebab after
treatment ni, balik je Ida cuci muka..tetiba rasa macam kulit kita LICIN!. Takde
rasa berbiji-biji bila basuh muka. So tetiba rasa best pula nak gosok2 cuci
muka kita hari-hari ;)
Ni pula close up hidung, habis
hilang sume bintik-bintik hitam. Best gila rasa bila dah hilang J
Ni masa Dr.Hoe tengah buat laser, takdelah
sakit sangat. Rasa macam kena gigit semut je :P Ida buat 2 jenis laser. Normal
Laser (untuk rawatan jerawat and masalah kulit) and Yellow Laser (untuk instant
whitening and glowing J
Ni masa Dr.Hoe tengah bagi explanation tentang laser.
Hihi sempat kawan kita snapkan J
Ruang menunggu untuk giliran, selesa so tak
terasa pun menunggu tau.
Ni lah mesin laser yang digunakan untuk laser
treatment lah J
Ni pula yellow laser, dia punya
specialist yang buatkan pula. Tak rasa sakit no worry ok! Kat bawah ni pula
gambar tempat spa and facial dia. Cantik sangat!. Rasa nak tido je masa buat
facial tu J
Yang katil kanan tu tempat kita buat
facial J
Ni gambar after facial..nampak best
kan kulit kita? Cewahh perasan sendiri pula. Ni kita tak guna effect edit kat
gambar tau. Tapi jadi warna ungu sikit gambar sebab gelap bilik kat facial dia.
So jadi camni pula..tapi ni kire close up punya gambar la J
Ni pula seminggu lepas laser, just
mekap tipis. Lukis kening and lipbalm sikit..tu pn eyeliner sume tak pakai.
Nampak glow sikit pula..kalau kusam je kulit je.
Kat bawah ni pula muka before kita pakai tudung warna kuning,.ni
dua minggu yang lepas before treatment.
Ni paling latest..close up keadaan
kulit kita J
So nak dipendekkan cerita Ida memang
PUAS HATI SESANGAT hasil dari treatment ni!. Harga untuk treatment di MyClinic
bermula dengan RM400+ . Jangan Tanya Ida berapa-berapa untuk per treatment,
sebab lain skin condition lain treatment and harganya. Kalau nak tahu lebih
lanjut mengenai harga dan pakej boleh hubungi : 03-77109889 .
Tempat MyClinic kat Damansara je sebenarnya, ni
alamatnya :
My Beauty & Medispa
No. 8G & 8M,
Jalan SS21/35,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Ok
almost semua maklumat and pengalaman Ida dah cerita, kalau nak Tanya apa-apa
lagi boleh tinggalkan comments di blog
Ida ya.
Terima
Kasih sudi baca J
18 comments:
Cantik kulit awak..smakin flawless gituhh..hihi:)
maceh syira :D
Boleh tau range harga utk rawatan u buat ni tak dik?
Boleh tau range harga utk rawatan u buat ni tak dik?
w'salam Lina Karmia Azemi,
Around 800+ sebab Ida buat 2x laser and facial treatment sekali :)
nak tanya kalau i ada masalah bintik kat bawah mata.boleh leser gak ke yer? sebab takut kena mata.
Kena call tanya kat clinic tu @Nabila Syifa. Im not the doctor so i can't asnwer yr question. Sorry..
Ida nak tanya, you buat 2 jenis laser cost RM500?
No dear.. average harga per treatment tu dalam lingkuan rm500 ke atas. Bukan 2 laSER RM500 :)
Sebarang pertanyaan boleh call kat Me Clinic tu ya :)
800 tuh tuk skali treatment kew u bt tuh?😊
Ida kulit u xde lubang kot..kulit i jenis lubang2 bekas jerawat blh hilang ke dgn rawatan laser
Hasil dia lasting atau kita kena maintain setiap bulan rawatan laser tu? Thanks for sharing sbb berminat nak try ��
Kalau untuk kecilkn liang roma ada x,
Kalau kulit kusam..warna xsekata..boleh ke buat rawatan laser..kena selalu buat ke..
cantiknya la. dah cantik, buat laser treatment, tambah cantik lagi. one day, dah ada duit, nak juga rasa cantik camni. hehe
Lepas kita buat carbon peel laser..boleh terus buat facial treatment tidak sis?
kalau untuk buang biji kolesterol bawah mata boleh ke?
Post a Comment