Wednesday, October 17, 2018

Apa Yang Menarik di sarawak?

hye korang,

baru hari ni terasa nak menulis balik, dah lama gila pula tak update dan tiba-tiba rasa rindu nak menulis balik ni. Rindu nak curahkan apa-apa je kat blog ni.

kali ni Iena nak kongsikan korang apa yang menarik kat sarawak ni, iena ada pergi event kat JW Marriot Hotel ni, event tu berkenaan Visit Sarawak dan dorang tunjukan kan apa yang memang menarik betul mengenai sarawak, tiba-tiba kita pun rasa nak pergi juga sarawak ni tau, siapa yang belum pernah pergi lagi, haaa jangan lupa baca blog kita ni, boleh ada sedikit info mengenai sarawak, iena nak kongsikan dengan korang ni tau.




Kempen ni dilancarkan oleh Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Sarawak Minister of Tourism, Arts, Culture, Youth & Sport, di JW Marriot, Kuala Lumpur. Untuk Tahun Melawat Sarawak 2019 kali ni, banyak ditekankan aktiviti-aktiviti, tempat-tempat di Sarawak.

selepas selesai je ucapan, makan dihidangkan, dan dimulakan dengan persembahan tarian sarawak yang sangat menarik untuk ditonton. Rasa seronok makan makanan sarawak yang sangat sedap dan menikmati tarian tradisional sarawak. 


atas die ada satay sebernanya, tapi maaf iena dah makan, maka takdelah satay dalam tray tu..haha, ada scone, sandwish dan tart, sangat sedap sebagai pemulaan alas perut.

MAKANAN SARAWAK (SARAWAK FOOD)


UMAI IKAN & UMAI UDANG

yang ini pula umai, sama jenis hidangan je sebernanya, tapi bezanya satu lkan, satu lagi udang, nampak color die mcm soft je kan? tapi sangatttt sedapp rasanya oke, licin iena makan, korang kalau pergi sarawak waib rasa ni oke, rasa die macam kerabu je, tapi versi lagi sedap! both memang abes iena makan. :)


AYAM PANSUH (AYAM DALAM BULUH)

yang iena pula ayam pansuh, first time iena makan, rasanya macam makan ayam bakar je, tapi sedap sebab sos die pun sedap mcm rendang pun ada tapi lagi light rasanya. 


LAKSA SARAWAK

last sekali laksa sarawak, sangatt sedap, cukup pekat dan padat tau, memang umphh rasa die, ni pn makanan must try kalau pergi sarawak!.


dan last sekali sebagai pencuci mulut iena makan mango jelly, rasa die sangat lembut dan sedap sangat, cair bila masuk mulut, rasanya kalau dihidangkan lebih lagi memang nak makan je lagi rasanya.

ok lah asyik sebut pasal makanan je, lapar pula korang nanti kan tengok gambar makanan.


nyanyian Dayang memang sangatlah poweerr, dia nyanyi live memang terbaik, rasa syok sangat sambil makan sambil dengar nyanyian dayang.

CULTURE 


TARIAN TRADISIONAL SARAWAK

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan Orang Ulu di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. 

NATURE 


KUBAH NATIONAL PARK

korang boleh naik boat untuk keliling laut kat situ, sambil tu menikmati keindahan alam sekitar yang sememangnya cantik view dekat situ, boleh nampak hidupan liar, kalau bernasib baik korang akan terserempah dengan kawanan dolphin oke. So untuk pencinta  alam memang waib pergi  dekat sini.




BATANG AI NATIONAL PARK

Disini korang boleh explore hidupan hijau yang liar dan semulajadi, view yang sangat cantik dan udara yang segar, paling best korang boleh tengok bunga rafflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia, banyak foreigner sanggup datang dari jauh untuk tengok bunga ni je tau.


KUBAH NATIONAL PARK

Bagi si pencinta alam, memang sangat seronok dapat tengok tumbuhan yang unik, udara yang segar dan best sekali dapat tengok air terjun dan view yang sangat indah, sangat best kalau sampai je waterfall boleh duduk sambail makan dekat bekalan yang dibawa, memang sangat nikmat makan sambil tengok view yang cantik, oh ya jika bawa makanan, pastikan korang bersihkan ya, mesti cintakan alam kita tau, sayang view yang cantik dikotorkan sampah-sarap kan?

Cantik kan? Jatuh hati sangat tengok gambar ni.

MATANG WILDLIFE CENTRE

Matang Wildlife Centre adalah tanah perlindungan dibawah kerajaan tau, disini korang boleh lihat alam semulajadi dan boleh tengok orang utan, Matang wildlife centre ni juga melindungi habitat orang utan yang yatim dan terbiar dan diselamatkan serta menjaga mereka. Comel je tau tengok baby orang utan ni. Mereka ni spesis terancam so sebab tu wujud lah Matang wildlife centre bertujuan untuk menjaga habitat mereka.




  selesa je orang utan ni santai lepas dah makan buah kelapa.

ok lah now iena nak tunjukkan korang tempat yang wajib singgah, dan try kalau pergi sarawak.

ADVENTURE

BERKAYAK DI SUNGAI SUMANDANG


Korang boleh sertai aktiviti berkayak  di kawasan sugai sumandang. Aktiviti ni sangat sesuai untuk mengeratkan hubungan korang antara family atau pun rakan-rakan.

CAVING


Caving adalah aktiviti menjelajah dan terokai gua. Gambar niadalah gua bukit Niah Sarawak. Untuk sertai aktiviti ni korang perlukan penunjuk arah untuk jelajahsekitar gua tersebut. Bagi pencinta alam aktiviti ni wajib korang sertai.

FESTIVAL

GAWAI DAYAH FESTIVAL


Persediaan untuk menyambut Gawai Dayak bermula bila tibanya bulan Mei dengan penapaian "tuak" iaitu sejenis minuman tradisi komuniti Dayak. Penapaian tuak mengambil masa selama kira-kira sebulan.
 Tuak dihasilkan daripada penapaian nasi pulut yang telah dimasak dan dicampur ragi sebelum disimpan dalam tempayan. Bila sudah ada sedikit air tuak tulen pada nasi pulut yang ditapai itu, air yang telah dimasak dan dicampur gula akan ditambahkan secukupnya mengikut banyaknya nasi pulut tersebut.
 Pada akhir bulan Mei, air tuak itu boleh ditapis dan diminum. Meminum tuak melambangkan kekuatan tenaga dan keberanian hati tanpa berbelah-bahagi.
Setelah siap membuat tuak iaitu selepas pertengahan bulan Mei, kaum wanita akan membuat kuih-muih tradisi orang Dayak yang dipanggil "sarang semut", "acuan" dan "kuih sepit". Kuih-muih ini diperbuat daripada tepung beras yang dicampur air, telur and gula lalu digoreng sehingga keras dan kering dalam minyak masak. Kuih-muih yang telah siap akan disimpan dalam tempayan atau tin supaya tahan untuk beberapa minggu tanpa basi sementara menunggu tibanya hari gawai.
Selepas itu, acara pembersihan kubur selalunya diadakan setiap tahun sebagai tanda penghormatan bagi orang-orang yang telah meninggal seperti nenak-moyang, ahli-ahli keluarga, sahabat handai and masyarakat setempat.
Pada zaman moden sekarang, acara sukaneka pada siang harinya, permainan sukaria, karaoke, bejoget dan disco boleh diselitkan untuk memeriahkan suasana gawai.
FOOD 


KEK LAPIS DAYANG SALHA

kedai ni sangatlah famous kat sarawak, banyak orang dari jauh sanggup singgah sini dan beli kek lapis dari kedai ni.



SUNNY HILL ICE CREAM

kedai die sangat famous tau, dah lebih 15 tahun die dah bertapak, lama kan? wajib singgah jika pergi sarawak.



cubalah tak rugi kalau korang rasa, sebab rata-rata yang datang banyak bagi feedback yang positif.

 yang ini pula kedai yang menjual ice cream gula apong. Sangat ramai oke yang beratur, ice cream ni memang banyak peminat, selalu nampak orang di instagram update gambar ice cream gula apong.


nampak macam mengancam je kan?


FUJIYAMA ICE CREAM, WAYANG STREET



Bagi anda yang gemarkan Green Tea, anda boleh pergi ke Fujiyama Ice Cream yang terletak di Wayang Street, Kuching.

Selain dari perisa Green Tea, mereka juga mempunyai perisa Black Sesame. Anda boleh juga mencampurkan 2 perisa ini dalam satu mangkuk yang sama


Tempat makanan yang best di sarawak :

MEE KOLOK HAJI SALLEH


Mee kolok ni sesuai untuk korang nak makan breakfast untuk cuba rasa makanan baru.


ROJAK KUCEI


kedai dia selalu ramai je orang suka singgah, jika datang sarawak boleh ler singgah kedai dorang ya.



ALL JOY ROTI TAPAU

korang yang dh biasa suka makan roti canai boleh cuba yang ini.

oklah sampai sini saje iena kongsikan sebernanya ada lagi tempat menarik di sarawak yang boleh korang singgah dan lawati tapi setakat ni jela iena kongsikan ya. 




me with other blogger. Nama die pun sama dengan kita tau.








oklah sampai sini je oke, banyak lagi nak tambah tapi nanti takut korang bosan je sebab panjang sangat post kita ni. hahaha.

Bagi yang nak iena buat review untuk any event/food/tempat di blog iena boleh lah email iena di bawah ni ya. 
ienamansor1@gmail.com

Next time iena akan postkan pula event fashion show yang iena akan pergi next week. so jumpa korang di next entry. Ciao, love korang semua, thank you sudi baca.










Saturday, May 13, 2017

New hypster Best desseert in petaling Jaya

Korang suka makan desset tak? well rasanya ramai orang muda yang sebaya dengan kita atau yang usia lagi muda kebanyakan suka dessert kan? siapa tak suka boleh pergi jauh-jauh dari terus baca post ni tau..

hehe yelah sebab kita nak capat pasal dessert, disebabkan kita jenis kaki dessert, pantang kalau nampak dessert yang mengiurkan mesti rasa nak TRY!

Korang sama spesis dengan kita tak? kalau YA, teruskan membaca post ni okeh :) ni bukan posting berbayar tau, sekadar nak share dessert yang best untuk korang makan bersama teman-teman atau skandal kamu ataupun wife/kekasih korang..haha XD

Sebernya twin tak plan pun nak keluar jalan-jalan hari tu, tapi sebab kakak kitaorang yang pregant tu mengidam nak makan nasi ayam lepas tau nak makan desset yang dia mengidam, maka kitaorang layan kan jela..haha kalau tak layankan nanti merajuk lah dia..hehe



time ni kitaorang makan kat Mangcomkam, best dan sedap nasi ayam dia! look at my sister face, look happy kan? 

lepas dah selesai makan nasi ayam tu, baru kitaorang gerak ke petaling jaya, jauh juga dari lokasi rumah kitaorang yang kat kl dan lokasi tempat nasi ayam ni.

tapi sebab my sister mengidam sangat dia tak kisah jauh je dekat janji dapat makan apa dia mengidam, lagi pun tempat tu memang salah satu tempat kesukaan dia nak makan dessert.


me dekat depan kedai Kakigori. orang pandang-pandang je kita nak amik gambar, tapi buat tak peduli, janji ootd wajib amik :D


ni perisa fav ida, dia memang suka apa-apa yang perisa strawberry, ice cream ke air ke apa-apa yang strawberry memang kesukaaan dia, korang nak amik hati dia, jangan lupa sediakan sejambak bunga strawberry ya. 


is me, kita share dengan ida and my sister punya, since kita tiga orang dah kenyang makan nasi ayam tu, tak larat nak abeskan makan dessert sorang satu, jadi kitaorang order dua dessert jer tau. Tapi untuk perisa strawberry ni memang sedap, sangat kena dengan tekak kita, rasa dia macam yogurt sikit, sedap atas dia ada cream n sedikit coklat, kanak-kanak and dewasa akan suka yang ini punya.

ni fav kakak kita, dia suka green tea, rasa dia sangat-sangat pekat green tea dia, atas dia ada creem brulee dan perang-perang tu gula yang dihanguskan, tapi sedap juga lah, since kita suka minum green tea, pendapat kita, kita enjoy lagi minum gree tea tanpa gula teh, dari yang macam ice macam ni,,dunno why maybe kurang kena dengan tekak kita kot, tapi cita rasa lain-lain kan. My sys sangat suka, so mungkin korang akan suka juga :)


me trying green tea ice punya perisa, 

kalau korang nak tahu kakigori ni ada perisa lain, cake pun dia ada jual, tapi kita tak berani nak order cake, so kita order yang ice yang macam kita makan dalam gambar ni je, tapi they cake look so mengancam lah.. 



 dua ni yang kitaorang pesan, lain perisa tak pernah order lagi, but maybe akan datang
akan try yang lain punya :)









Happy Face, full dah perut time ni, tak larat nak makan apa-apa lagi, ingat baliknya nak tengok wayang, tapi since ida dah penat nak rehat je sebab esok dia kena kerja bangun pagi, so dia nak balik awal dan rest je dekat rumah :(

siapa dah tengok guardian of galaxy? twin belum, rasa nak tengok je sebab ramai cakap review dia best. By the way dessert dia ada banyakkkk lagi, tapi kita masukkan few je, if korang nak tengok lagi gambar-gambar dessert dia, korang boleh pergi dekat IG dorang @kakigori mesti korang jumpa punya.

pada siapa yang rasa nak terus pergi dan rasa, korang boleh pergi ke alamat yang kita dah sediakan dekat bawah ni okeh :

No.25, Jalan 20/13, Taman Paramount, Petaling Jaya Malaysia 46300 

oh ya lupa nak bagitahu korang, satu mangkuk cukup tau untuk makan dua atau tiga orang, tapi if jenis hantu dessert, satu mangkuk rasanya boleh habiskan sorang je tau. 

Price RM19.00 sahaja untuk satu mangkuk.

so selamat mencuba! tata sampai sini je posting kita untuk hari ni :D


Written by Iena Mansor

p/s - untuk siapa yang ada cadangan review deseert apa yang best, drop kan komen korang dekat ruangan komen oke, kita suka if dapat tau mana-mana tempat dessert baru yang best.














Sunday, April 30, 2017

Korang suka minum Air Coklat?

hi korang, kali ni iena share satu jenis air pasal air coklat, sebab apa sebab iena memang jenis hantu coklat..tak sah kalau dalam 1 week tu tak makan satu coklat ke a or apa yang coklat tau..kadang selalu je makan roti bun coklat..kalau tak pun mesti digantikan dengan benda lain tapi mesti salut coklat juga tau..

Runsing kan kalau jenis takut gemuk tapi suka gila makan coklat..haha kita jenis degil dan taPI takut gemuk tapi nak juga makan coklat. To be honest berat kita naik dulu, now dah turun sikit..rasa legaaaaa sangat perasaan tu bila tengok berat dah turun tau.



perasaan tu kebanyakan perempuan je faham, sebab perempuan kalau tengok berat dia naik, dia cepat stress tau..so start dari situ kita rajinlah tercari-cari kot-kot ada minuman yang boleh membantu kita kurang pengambilan makan dan dalam masa yang sama ada faedah lain.
Selalu kita nampak berlambak kan iklan-iklan kat facebook or dekat mana-mana yang kerap betul juga minumam air perisa coklat kan, tapi tak semua yang memberikan faedah banyak, selalu nya just memberikan kita enegry je lepas minum air coklat dan rasa yang manis.

Sebab tu iena nak kenalkan korang dengan satu minuman ni TARACOCOA ni.  Yang menyebab kita terjebak dan try minuman ni sebab  minuman ni tidak seperti kolagen lain, Kolagen Peptida senang diserap oleh badan kita dan sangat baik di dalam meningkatkan pengambilan protin. Campuran Kolagen Peptida di dalam minuman kita akan menghasilkan pertambahan 18gm protin yang baik. Pengambilan Kolagen Peptida pada awal pagi, contohnya semasa sarapan, akan menyebabkan kita rasa 40% lebih kenyang berbanding daripada pengambilan makanan tambahan protin yang lain seterusnya menyebabkan kita mengambil makanan yang sedikit pada waktu seterusnya pada hari itu.


Dan yang lagi best TARACOCOA ni mempunyai kebaikan dan memebrikan kolagen pada kulit kita. Tahukah korang Lebih kurang 30% daripada protin di dalam badan kita dihasilkan oleh kolagen, di mana ianya menyokong struktur kulit, membuatkan kulit kita anjal dan kuat dan memelihara proses penuaan.jadi pada mereka yang nak masuk umur 30 tu korang boleh start dah if nak jaga kulit dan tambah kolagen untuk kulit korang!

lagi pun kalau air ni sangat sedap rasa dia, tak perlu tambah gula or susu ke apa, rasanya dia dah memang sedap, ngam-ngam cukup rasa tau. Plus TARACOCOA ni ada lagi banyakkk kebaikan dia, dia ada ada Anti Penuaan, menyembuhkan luka, antibakteria dan akhir sekali baik untuk pembinaan tulang kologen peptida Ikan telah menunjukkan keupayaan untuk meningkatkan pengeluaran kologen semulajadi badan manusia. Suatu ketika dahulu, kajian juga telah menunjukkan bahawa peptida kologen pada kulit ikan mempunyai kesan positif ke atas kesihatan tulang dengan meningkatkan kepadatan mineral tulang dan menguatkan aktiviti Anti-Radang pada Osteoarthritis.


cuba tengok list senaraikan yang kita bagi, banyak kebaikkan dia, sangat best sebab dia ada banyak faedah dan baik juga kesihatan kita, dalam masa sama boleh nak cantik jaga kulit dengan minum TATACOCOA ni, oh ya kita dah terbebel panjang pula, takut korang ni baca, so kita ringkaskan je la sampai sini, harap korang faham tau! dan iena nak bagitahu korang senang je cara penyediaan dia, just amik 1 scoop dan letak kat cawan lepas tu tuangkan air pans, taraa dah pn siap :)


senang kan cara nak buat dia, amik 1 scoop terus siap dan lepas letak dengan air panas, kita jenis suka minum air suam campur dengan air panas tak pun apa2 jenis air memang suka panas, jadi memang favourite kita lah if minum coiklat panas-panas. :) melainkan tengahari dan kena keje luar baru kita minum ais.

oh ya sebelum kita abeskan entry ni kita nak pesan je kat korang, minum ni selamat diminum dan ianya ada sijil halal. 



for more info korang boleh pergi kat details yang iena sediakan kat bawah ni :




Tata jumpa lagi untuk enxt entry, 

p/s - dalam ni kita mekap sendiri tau, buat light makeup je, sebab nak jadi briedamaids, so tak boleh overshadow pengantin..hehe if korang nak servis mekap kita boleh dm kita kat FB mahupun IG. Tq Lovelies 

Written by Iena Mansor


Monday, February 6, 2017

My Daily Routine Skincare with SKINKARE SAFFRON

Hi korang as promised untuk post kali ni Ida janji nak post tentang penjagaan muka kan? sebenarnya Ida dah guna 2 minggu dah set pencuci muka Saffron ni. So far takde masalah and takde jerawat, series takde weyh! 


Alhamdullilah kulit muka kita senang jaga sepanjang kt pakai set pencuci muka ni, kalau Ina pula die punya skin jenis sensitif. So bukan semua jenis pencuci muka dia boleh pakai. Sebab tu Ina bukan jenis orang yang suka-suka tukar pencuci muka.

Butttt bila dia tengok kita pakai okay die pun gatal nak try juga, cisss curi pakai kt punya set skincare =.=' pastu okay pulak tu dengan kulit muka dia.

Haha die lega gak la sebab selalu kalau tukar pencuci muka ada je yg naik jerawat, ada yg one time dulu teruk gak la die naik jerawat besar-besar sebab gatal cuba pencuci muka jenama luar negara masa tu.

Huuuu lama gakla die nak baik muka die pas kena jerawat teruk sampai kena pergi jumpa doctor. So doktor memang cakap kat die, kulit die sensitif bukan semua bahan kimia kat pencuci muka tu die boleh pakai.

Ha jadi korang hati-hatilah pakai pencuci muka tau, coz yang ada bahan kimia tu bukan semua jenis kulit sesuai.


Yang macam set pencuci muka yang kitaorang pakai ni okay sebab takde bahan kimia, memang 100% organik. Maybe sebab tu kot bila kembar kita Ina pakai muka dia okay takde masalah :)


Apa yang menariklah bagi Ida pencuci muka jenis yang ni senang nak pakai, sebab TAK BANYAK STEP!. Hehe sebab kita jenis malas weyh nak berbagai step dalam bab2 cuci muka ni. Series tak tipu, kita bukan macam orang korea yang rajin pakai macam-macam product sampai berbagai-bagai step nak tempek kat muka tu ha before tido.

Pakai ni senang hidup rasa, sebab 3 step jurrrr. Tu pun cleanser die sekali campur toner. Best sebab takyah dah kengkorang fikir nak beli toner pula. Kalau ada toner kat bekas lain dah kena tambah lagi satu step. Hat yang ni takyah weyh!

Memula pakai cleanser die, pastu serum last sekali moisturizer. Senang kan? kalau malas juga taktaulah nak cakap cemna. Sebab nak cantik ni memang kena rajin, kalau tak rajin..urmm memang jerawat tu suka singgah kat mukala kan.

Pastu bukan rajin je kena istiqamah, kena selalu buat juga tau. Jangan skip pakai, kalau korang skip memanglah kesan die tak optimum. Dah korang macam chipsmore jap pakai jap tak, kulit muka pun jadi confuse kalau korang buat camtu  :)

Kalau korang rasa was-was dengan produk ni afraid not, cause skincare ni HALAL + sah KKM + GMP certified okay.

Tak percaya? nak tau lebih lanjut? korang boleh visit dorang kat sini :

Instagram : https://www.instagram.com/skinkarebyhezs/

Facebook : https://www.facebook.com/skinkare.byhezs


Kebaikan Saffron Set Skinkare :

- Bahan utama SAFFRON
- Ada Vit C, vit E, Vit B1,
- Protein,
- Tamarind,
- Zaitun Oil


Boleh menghilangkan jerawat dan membantu merawat masalah kulit muka :)

Ni pic kita tak pakai hasil pakai 2 minggu set Saffron from SKINKARE ;)

Kalau nak tengok step cara kita pakai korang boleh tengok video kat bawah ni ye :


Sampai sini je entry pos kali ni, jumpa korang di entry post yang akan datang.

Terima Kasih sudi baca


Written by : Ida Mansor

Saturday, February 4, 2017

Review Lip Matte Skinkare

Hi korang,



Today Ida nak review 5 warna lipstick lipmatte yang Ida baru dapat dari SKINKARE tau. Yelah sekarang ni lipmatte tengah trend sesangat kan. So Ida pun nak cublah lipmatte brand keluaran tempatan pula :)

Kalau dulu asyik try jenama luar sekarang Ida nak cuba pula keluaran jenama tempatan. Actually bibir Ida jenis kering so susah sikit kalau nak apply mana-mana lipmatte takut nampak sangat garisan-garisan halus kat bibir tu kan.

Tapi suprisingly bila Ida try lipstick SKINKARE ni tak buat bibir Ida kering! Selalunya lepas dah pakai lipstick apapun la mesti bibir Ida akan jadi kering gila2 lepas tu tau. Tapi lipmatte yang ni tak pula (honest ni) pelik jugalah tapi happylah kite! hahaha..

Kat bawah ni pula Ida konsgi gambar-gambar hasil dari lipstick yang kitra pakai :) 

kalau korang pandai cuba teka warna apa yang jadi paling fav kita? hehe..


1. Elixir (Nude Brown) - code 001 




2. Efflorescence (Nude Pink) - code 002





3. Felicity (Maove Plum) - code 003






4. Opulent (Red Ruby) - code 004




5. Demure (Reddish Brown) - code 005




Personally Ida paling suka warna-warna lembut macam Nude Brown and Nude pink tu, sesuai utk office wear and keluar jejalan jumpa kawan-kawan ke kan :)

Tapi warna-warna macam Maouve Plum, Red Ruby and Reddish Brown ni pula sesuai untuk event-event fashion yang Ida selalu pergi. So kire macam dah lengkap jugalah koleksi lipstick Ida kali ni. Kalau ikutkan event-event fashion memang ramaaaaaai tetamu suka pakai lipstick warna-warna ni tau. Apa orang kata lipstick ni trend jenis macam ni selalu orang guna untuk look musim luruh. 

Kalau ikutkan trend lipmatte memang dah ramai gila dah orang jual and ada pelbagai jenama kat luar, tapi kalau bibir korang jenis sensitif and kering korang kena pilih betul-betul lipstick yang takde bahan kimia. Nasib baik weyh lipstick fav kita ni takde baham kimia, sume bahan semulajadi! 

Ingredient lipmatte ni ada Shea Butter VIT E, VIT A (sebab tu wangi macam bau buttery giteww rasa macam nak makan pun ada haha ). Dua vit ni kebaikannya boleh moisturize kan bibir kita and baiki bibir yang pecah or kering macam kita ni :') 

Oh bukan tu je lipstick ni siap ada collagen weyh! and sweeet almond oil lagi untuk SPF sun protection. Best tak? best tak?

Kita takmo push korang suruh beli or pengaruh korang untuk beli, sebab personally bagi Ida korang kena cuba sendiri untuk rasa best ke tak best. kalau curious macamana best ke tak kita pakai ni. 

Meh kita jawab, best bagi kit sebab bila korang sapu je terus senang lekat and tak melekit lekit macam gam kat bibir. Pastu takyah sapu banyak kali, which means bagus sebab jimat okayh ;) 

Bau pula macamana? jangan risau bau die wangi macam buttery....susah nak explain. Tapi kalau korang try pakai memang korang akan setuju dgn kita, kalau kita cakap lipstick ni buat korang rasa nak makan sebab bau die wangi!. 

Kat mana nak beli/order? korang boleh visit dorang kat : 

Instagram : https://www.instagram.com/skinkarebyhezs/

or

Facebook : https://www.facebook.com/skinkare.byhezs?ref=br_rs

Oh yeah last sekali kalau korang nak tengok live kita buat swatch lipstick and buat ombre lipstick boleh tengok video kita kat Youtube okay. Dalam video tu first tu ada tutorial skinkare utk set pencuci muka juga, jangan terkejut pula tengok muka kita tak mekap haha :p

Korang boleh tengok kat sini :




Oklah sampai sini je entry kali ni, next Ida share tentang penjagaan muka guna set Safroon skinkare eh :)



Terima Kasih sudi baca, jumpa korang di next entry Bye :)