Saturday, July 23, 2022

Iena shopping mekap murah!!! Best sangat

 Hi semua, Lama dah iena tak update new post kan ? so today iena nak story sikit about this makeup product yang exclusive & affordable dari LUXE (Yanzi Cosmetics)


Disebabkan excited sangat nak cuba & share dkat korang . Sampai’2 je terus buka & selfie with all this LUXE product.

See ! Nampak kan muka Excited senyum lebar dengan All this product. Iena bought Satu Set Complete terus kot ! FOUNDATION + BABYLIPMATTE + MAKEUP REMOVER + WHITENING LOTION (EMOJI) So let’s try this out !


Buka je kotak Foundation Luxe ni, iena tengok tekstur ia macam pekat but…. Trust me ! Ringan weh dkat kulit muka. Ia more to semi-matte tapi full coverage. Skin iena jenis combination tapi masih sesuai sangat pakai.


Tengok punyalah rajin I amik gambar just semata-mata nak bagi korang honest review tau !


I blend using brush & kalau korang tengok iena calit sikit je Foundation Luxe tu. The texture blend on my skin well. But kalau korang use Beauty Blender pun okay sebab tekstur ia memang senang sangat nak blend. So far Nampak smooth & cantik je kat muka tu ! Iena ada dark circle sikit bawah mata, pakai je terus tak Nampak dah.


Muka depan iena (kiri bahagian tak mekap, kanan bahagian dah mekap)


kanan tak mekap                           kiri mekap

See ! Iena punya skin Nampak smooth je bila pakai Luxe Foundation (emoji) Now I dah feel sendiri macam mana effek when using this product on my face ! Ni iena sharekan photo before & after. kiri muka bareface, kanan muka dah makeup using Foundation.


Second product from Luxe (Yanzi Cosmetics) ni is BabyLipmatte. They got 2 colour code which is IVY & OLIVIA IVY – more to pinkish. OLIVIA – More To orangish gituwww I suka dua-dua sebab colour ia light’2 je & sesuai untuk daily use.


FYI, this BabyLipmatte juga boleh digunakan as a Blusher & Eyeshadow. Just dab-dab je ia akan tambahkan seri pada makeup look korang.

Iena try juga Luxe Lumunious Witening Lotion, memang best Nampak sangat beza bahagian tangan lepas pakai ! This Lotion ada SPF 50, yang boleh tahan dari sinaran UV / Matahari. As a sunscreen pun boleh wakkkk !!


See the different ! Tangan atas I apply Luxe Whitening Lotion , bawah I tak pakai. To be honest, I will keep using this Lotion sebab dia tak rasa melekit dan serap tangan, best sangat pakai. Tak rasa heavy or cakey pun.


Next, Iena nak share dekat korang about Luxe Makeup Remover! Cuba korang tengok tekstur of this remover, sangat best plus ia dapat melembapkan kulit kita sekali !

Sekali sapu je terus hilang makeup ! After apply, muka iena rasa sangat fresh & dapat melembapkan kulit. Btw, Luxe Makeup Remover sangat sesuai untuk semua jenis kulit, plus korang akan rasa senang nak tanggalkan makeup korang.

 







TADAAAAA ! This is my full face makeup using all this Luxe (Yanzi Cosmetics) products. CANTIK KANNNN !! Bagi iena, Makeup bukan pada product high end sahaja, tapi more to apa yang serasi & selesa pada skin kita. So far iena pakai memang sangat serasi sengan iena & memang sangat suitable for my daily use makeup. Kalau korang yang Nak makeup simple’2 I memang recommend korang to use this Luxe Product. So iena memang suggest korang cuba all this product from Luxe. at first I macam best ke product ni tapi bila dah try terus jatuh hati, serius u guys tak rasa rugi tau after dah cuba. Kerana berbaloi for money yang korang spend tu.



 


Overall Iena puas hati dengan tekstur, packaging dan feel lepas guna set makeup daripada Luxe 
(Yanzi Cosmetics). 

Korang yang nak dapatkan produk Luxe (Yanzi Cosmetics) 

boleh visit di : Instagram : https://www.instagram.com/luxeperfectcover/ 
Facebook : https://www.facebook.com/luxeperfectcover.hq 
TikTok : https://www.tiktok.com/@yanzicosmetics 
Twitter : https://twitter.com/LuxeIsPerfect



by the way for any review nak iena share ke kat my blog u guys can contact me here :

Instagram : Ienamansor
Email : ienamansor1@gmail.com

























 


Tuesday, December 15, 2020

Ida try skincare korean set dari Prettian My

Hai semua, ya Allah rasa lamanya tak menulis dan meluah dekat blog ni kan? harap korang semua baik-baik je walaupun kita semua tengah dalam fasa mco covid ni kan? 😊

Sepanjang mco ni Ida jarang dah keluar untuk beli barang penting, sekarang Ida beli online je termasuklah skincare! haha sapa macam Ida suka beli barang online je? yang terbaru Ida try skincare dari Prettian My tu pun dari online juga! 


Nampak tak muka excited tu bile kita dapat skincare dengan box yang cantik macamni lahai lagilah rasa bestnyaa tak sabar nak cuba! 


Ok ni pose senyum sikit dari kita 😉

Sekarang Ida nak cerita pula dari segi tekstur dan pengalaman Ida pakai skincare dari korea ni. Sebab usually orang cakap korean skincare memang bagus kan untuk kulit, jadi Ida ada high expectation sikit dekat produk ni 😜


Produk pertama yang Ida cuba ialah  Triple Oil Cleanser :

Yang ini dia ada 3 fungsi tau, boleh cuci muka as deep cleanser harian ataupun boleh guna sebagai make up removal serta toner juga tau. Dari situ dah jimat tak perlu kot nak beli make up remover dan toner lagi kan? jadi Ida cubalah try guna ni untuk cuci mekap, dan tahdaaa tengok tu die tanggal sume mekap-mekap kat muka Ida! 

Sorrylah gune tisu je sebab kita punya facial pad dah habis time ni, adoi time macamni pulak nak habis kan 😅

Tapi Ida gune tisu ni pun die senang juga nak tanggal, sebab tektsur die oil so die lagi mudah nak tanggalkan mekap degil dekat muka kita tu.



Ni Ida close up  Triple Cleanser Oil die dekat tangan Ida, so korang boleh imagined 
tekstur dia macamana


Ni pula muka sebelah with mekap sebelah lagi dah removed mekap gune 
Triple Cleanser Oil.


Next Ida pakai Moisturizer Snail Cream pula, yang ni tekstur die lembut dan ringan walaupun die creamy macam tu kan. Bila apply tu rasa lembab je dekat muka Ida. Setakat ni bile Ida keluar mekap pergi keje memang Ida tak lupa pakai moisturizer ni. 

Sebab kulit Ida memang jenis kering, so bile nak mekap tu wajib pakai moisturizer baru mekap tu jadi tahan lama dan nampak kulit jadi lebih cantik dengan foundation tu semua.

Bau die pun sangat wangi untuk yang sukakan moisturizer yang wangi dan light tekstur, produk ni memang sangat sesuai untuk korang ye💓


Ni Ida colet-colet sikit dekat muka, memang rasa lembab dan best pulak bila pakai. 


Last step Ida pakai Silky Brightening Cream, yang ni fungsi die untuk mencerahkan bahagian kulit yang korang nak lighten up tu kan. Boleh pakai dekat badan ataupun muka. Tapi kita pakai kat muka sebelum keluar hehe jadi nampaklah berseri sikit muka tu kan 😄



Ni boleh nampak tekstur cream white die tu kan macamana? die pekat sikit dari moisturizer cream tu. Dan bau die pun sangatlah wangi! 

Yang ni info lebih mengenai produk Prettian My :



Overall Ida puas hati dengan tekstur, packaging dan feel lepas guna. Sebab die light, wangi, dan packaging pun simple, cantik dan kemas. 

Untuk yang nak cuba juga produk ni korang boleh dapatkan di 
Instagram Prettian. My :

https://www.instagram.com/prettian.my/?hl=en









Saturday, October 12, 2019

Berbaloi ke beli barang shopee dari china?

Hi semua,


Lama kan iena dah tak update video, sebab iena kering idea tak tahu nak update apa, next time iena akan rajin kan diri update je apa-apa yang iena rasa menarik nak share dengan korang.

kali ni iena update iena beli barang shopping dari china, iena ada update video unboxing shopping haul dekat iena punya youtube channel.

tapi dalam blog ni iena ceritakan secara details gambar closed up dan link shop dari mana yang iena beli.

koarng juga boleh tengok video iena buat unboxing dekat my youtube channel yang iena dah upload dekat sana.

Parcel 1&2





untuk baju pink ni, iena pilih size M, dia fit ngam ngam muat dekat badan iena, iena memang size s kalau beli baju dari Malaysia, tapi sebab seller ni shop shopee dari China, iena kena pilih satu or dua kali size lagi besar dari size Malaysia, sebaB China punya size badan dorang halus-halus je dan kurus betul size badan dorang. 

kalau seluar lagilah iena akan Pilih size XL dan XXL sebab China punya seluar selalu takkan muat bahagian punggung, so memang kena beli size besar dekat shop seller dari China punya.

Untuk shop ni iena beli dua baju iaitu pink dan brown. yang pink size M dan yang brown size L.





PINK RM28,00

BROWN RM30.00





Parcel 3

Untuk parcel ketiga iena beli kasut, size 39 iena pakai size 7 tau, tapi kasut ni ngam muat cuma kurang selesa depan dia sebab agak ketat bagi iena, but still ok nak pakai jalan-jalan sebab dia just ngam ngam muat kasut ni, iena biasa beli size 40 untuk selesa sebab besar sikit depan dia selesa jalan dan boleh lasak-lasak lagi kan bila nak berjalan. 

Tapi disebabkan shop ni dah takde size 40 jadi iena amik je size 39 sebab nak tau and nak try ok ke tak bila pakai dekat kaki.

but lagi best if dapat size 40 but nak buat macam mana dah takde rezeki size 40 dah takde.

so here bawah ni iena bagi link shop kat mana iena beli, seller ni dari pinang je, dia punya service bagus gila sebab laju dan cepat buat kerja,

KASUT BROWN RM25.90




Parcel 4

Untuk parcel keempat ni shop dia sama dengan shop yang first sekali kat bahagian atas mula-mula iena letak gambar tu.

iena suka beli beg ni sebab sampai siap balut dengan kotak plastick bagai semua, memang dia balut kemas-kemas semua, so bila sampai takder calar semua tau.

sebab tu puas hati, iena memang dah lama cari beg macam ni tapi dekat zalora, pomelo dan lain-lain mahal lah pula so tak beli, sekali jumpa murah kat shop ni, terus iena grab satu.

puas hati sebab hajat yang lama tersimpan tercapai juga, just nak bagitahu korang iena memang tak dapat any sponsor pun beli semua ni, iena guna my own pocket money beli semua ni, so dalam video dan blog iena semuanya review jujur ok.

takde tipu-tipu iena memang tak suka fake review so setakat ni memang iena cuba sampaikan dari hati je apa yang iena tulis ni.

untuk beg ni ada sling beg so senang nk bawa jalan-jalan. Iena memang takde beg color brown sebab tu iena pilih color ni :)



                                                              BROWN SLING BAG RM34.00



Parcel 5

Last parcel ni iena beli blazer, setakat ni iena cuma ada dua je blazer iaitu hitam dan wine red yang iena beli ni.

hope sangat lepas ni jumpa lagi blazer yang murah-murah sebab iena macam dah jatuh hati dengan blazer style pakai dengan jeans sebab nampak casual dan santai sesuai dengan umur iena ni.

Lepas ni memang berangan nak kumpul blazer banyak-banyak so boleh la gayakan dengan macam-macam style.

hehehe kemain berangan tu kan, tapi memang selesa blazer iena beli dari shop ni sebab material dia tak tebal sangat dan tak nipis sangat just nice je bagi iena, oklah dengan price dia, susah nak dapat blazer orang jual dengan harga murah macam ni, sebab try cari juga tempat lain tapi tak jumpa.

korang if ada jumpa blazer orang jual lagi murah bagitahu kita oke.

blazer ni iena amik size XL sebab memang nak loose, plus nampak just fit dan nice je dengan iena, sebab size china memang orangnya halus je badan so size s china budak-budak malaysia je mampu pakai, yang dewasa macam iena tak boleh amik size s china.




BLAZER RM35.95


OK lah sampai sini sahaja iena menulis, terima kasih sangat pada yang sudi baca memang, iena appreciate siapa-siapa yang baca blog iena. 

pada siapa yang nak tengok video iena unboxing boleh tengok je kat dekat video ni :D



dan jangan lupa untuk follow dan like iena di social media iena :

email : ienamansor1@gmail.com / ienamansor89@yahoo.com

Terima kasih dan jumpa lagi untuk next entry. 

Lots of love
Written by Iena Mansor

Sunday, May 19, 2019

Shopping Haul di shopee dan cara proses refund money dari shopee

Assalamualaikum,

lama sangat kan iena dah tak update blog kan? kali ni iena dapat idea untuk tulis blog mengenai pengalaman iena shopping di shopee app. Mesti korang ingat iena promote kan? tapi realitinya tak langsung sebab semua item iena beli tu keluar dari poket iena sendiri tau.

iena just nak share dengan korang, sebab iena suka shopping dekat situ. Sebab apa? sebab harga baju dekat situ banyak yang berpatutan, sebab bila iena pergi shopping mall harga blouse rata-rata banyak yang seratus lebih yang murah susah nak jumpa kalau jumpa pn bajunya tak cantik.

so my option nak murah dan cantik iena shopping la di shoppe. korang boleh clik video dalam ni untuk tengok full iena cakap apa pasal barang iena beli.

di sini iena sertakan baju apa yang iena beli.

First Item

 

please take note ya, yang ni bukan iena ni gambar studio dari model shop yang iena beli.



Link Shop : https://shopee.com.my/product/51526225/1988230334?v=e8f&smtt=0.0.3


yang ini pula gambar baju iena pakai. 


Harga baju ni RM31.28 

Btw korang plz take noted ok sebab bli shop china ni sometime size dia memang
terlalu kecik untuk size s. contohnya size s muat utk kanak2 remaja je,dan size m muat untuk orang
badan size s dewasa. sebab tu baju ni iena amik size m. Penting ok korang baca jaduah chart dorang bagi untuk ukuran baju yang seller jual.

Sebab iena tengok banyak reveiw orang beli size mengadu tak muat keciklah lah. size dari china memang kebanyakan size s muat untuk budak je. but sometime size L muat untuk size s sebab kecik. Lain seller lain ukuran baju dorang jual dan depends pada jenis design baju juga.n So sangatlah penting untukkorang baca ukuran sebelum nak membeli apa-apa.

Sebab iena memang size s sebab tu iena perhatikan kan ukuran dan details baju sebab nak pastikan muat dan tak ketat sangat. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Second Item


please take note ya, yang ni bukan iena ni gambar studio dari model shop yang iena beli.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni pula gambar sebenar iena pakai :


untuk blouse biru dan nude ni iena beli dari shop yang sama. cuma kalau korang tengok gambar receipt yang iena tunjuk waktu mula, ada tiga item kan? tyapi satu iena tak dapat sebab seller terlupa nak masukkan lagi satu. so sila rajin scroll bawah lagi, nanti iena ceritakan proses untuk refund ok?

Link Item : https://shopee.com.my/product/51526225/823418928?v=f23&smtt=0.0.3

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Third Item



Di bawah iena sertakan gambar model pakai :


--------------------------------------------------------------------------------

Ni gambar sebenar iena pakai :


Link Item : https://shopee.com.my/product/16666131/1777752042?v=dfc&smtt=0.0.3

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Four Item


Harga kasut : RM48.00

Link Item : https://shopee.com.my/product/29338216/401728203?v=538&smtt=0.0.3

MY UNBOXING SHOPPINH HAUL VIDEO


Clik disini untuk lihat dari youtube video : Link Video

PROSES REFUND BAGI ITEM YANG SELLER TAK BAGI

Proses pertama :

Korang jangan lupa untuk mesej seller dari shop yang korang beli dulu before nak buat aduan dekat shoppe ok? penting sebab nanti shopee akan contact seller balik untuk confirmkan betul ke item korang tak dapat dan sekian2 nya. 

Some seller akan bagi dan layan korang dan bertanggung jawab macam seller ni. Di sini iena sertakan screenshoot conversation iena dengan seller ni ok. plz take noted eng iena tak power tapi main bedal je. asal dia faham dah ler.


Baik kan seller ni, dia cepat je juga balas pasal isu ni, mesra je pn dia balas. di sebabkan dia pun balas dan bertanggung jawab proses nak minta refund pun lagi cepat tau.

ok pada yang jenis seller tak balas korang kena buat aduan dekat shopee yang seller shop ni tak balas mesej korang dan sertakan sekali screenshoot dan bukti parcel sekiranya item ada yg missing atau pun rosak. Dan bukti conversation yang seller ni tak reply, dan juga lupa bila korang beli terus mesej seller dan bagi tahu pasal order korang. kenapa? sebab sekiranya item korang dapat nanti ada yang rosak atau pun missing korang ada juga bukti conversation dari kamu dan seller.


Clik di bahagian HELP CENTER


lepas tu korang boleh clik bahagian CHAT NOW! atau korang terus je tekan Return & Refunds

Untuk clik pada chat now dulu dan lepas tu terus clik kat bahagian return dan tefund tu. dekat bahagian chat now tu nanti akan ada orang telco akan tolong korang mengenai proses korang, yang ni iena tak dapat screenshoot sebab lupa. sebab once iena dh tutup ruang kotak chat now tu dia pun off. ruangan chat now tu macam messenger tapi selepas dia dah tolong korang. korang kena off la chat now tu. sebab dia pun nak layan orang lain juga. 

selepas tu nanti korang alkan direct dapat email dari shopee ni sebab bahagian return refunds tu korang kena isikan form dan number order korang. Dari situ nanti shopee akan dapat aduan korang dan akan email korang.

Di sini iena sertakan aduan email iena :





yang itu email yang iena dapat dari shopee, tapi sebelum dia reply macam ni iena dah sertakan screenshoot conversation iena dengan seller dan screenshoot order iena dari apps shopee. Then baru shopee balas macam ni.

yang ni pula shopee bagi resit yang dirang dah bank in dan bila check memang dorang dah bank in dh.
Alhamdulilah iena dapat balik duit iena. walaupun mungkin sikit pada korang still duit juga pada iena. sebab tu sanggup susah payah buat aduan semua.

hehe. so korang faham tak cara ni? simple je kan? harap bermanfaat la post kali ni. 

oh ya mesti ada yang tertanya-tanya baju apa yang iena tak dapat, di sini iena sertakan gambar item yang iena tak dapat :(


p/s : sekiranya korang nak iena buar write up story pasal apa-apa yang menarik do komen kat bawah ok, iena akan cuba usahakan. sebab macam dah kering idea nak cerita apa dekat blog ni :D

Do follow mt social acc :

IG: Iena mansor
Fb : Iena Mansor
Email : Iena Mansor

Thank you sudi baca :)

Write byIena Mansor