Wednesday, November 30, 2016

The Best Day Ever

Ceh tajuk kita tulis kali ni bahasa omputih tapi content dalam bahasa melayu pula. Hahahah yela kang kalau tulis dalam bahasa melayu camni ' Hari yang paling membahagiakan/ hari paling bahagia" macam skema pula bunyi :p atau nanti ada pula salah interpret ingat 'hari paling bahagia' tu nak tunang lah ...haaa tak mo, tak mo korang pikir cenggitu. Sebab hari paling bahagia tak semestinya hari-hari macam tu kan,kan,kan? 


Kali ni Ida just nak share pengalaman ahad lepas twin pergi Sunway Piramid dengan kawan kitaorang untuk main ice skating. Hehe sebab kenapa tetiber teringin nak main ice skating walaupun umur dah meningkat naik ni, ha sebabnya masa kecik-kecik twin selalu pergi Sunway nak main ice skating kat sana. Tapi ada one time tu masa kitaorng kecik-kecik, kitaorang suka sangat main sampai tak nak balik, huhu sejak tu mak kitaorang dah tak bawa pergi main ice skating dah. Actually sejak dari situ dah tak pergi dah sunway kot..kalau pergi pun sekali je kot. Tu pun tak main ice skating :( 

So since kitaorang pun dah boleh pergi sendiri, tu yang decide nak main ice skating kat sana dengan kawan kitaorang. Dorang pun first time main ice skating ni, hehe yela kalau dah umur makin meningkat naik kita akan rasa masa cepat je berlalu. Dulu selalu rasa macam nak tangguh-tangguh nanti la..later la pergi main. Tapi tup tup dah nak masuk 27 lagi beberapa hari :( . Kalau tak buat sekarang, kita tak tau bila lagi ada masa nak buat :)


So main ice skating ni antara salah satu wish Ida nak tunaikan sementara masih hidup ni, hehe ada je lagi wish lain. Harapnya lepas ni tercapailah nanti.

Sebelum kitaorang start main ice skating, twin and kawan kitaorang decide nak makan dulu. Kitaorang makan kat restoran Ten Years. Restoran ni berdekatan dengan Kenny Roger, okaylah not bad juga rasanya, y\tapi dessert die best! 


masa ni makanan suma orang dah sampai, cuma makanan kita and Nawal je (yang bertudung grey)tak sampai lagi. Tu yang muka macam tak bape nak senyum tu. Lapar sebenarnya hahaha.


Ni lah dessert kita makan, Ida share dengan Nawal. Nama dessert ni Apam sweet apa tah..haha dah tak ingat dah. Ingat rasa je, keke rasa die macam apam(memamg apam pun) tapi sedap ah sebab ada chocolate and peanut butter. Cuma kalau chocolate sauce tu banyak lagi mesti lagi sedap.

Lepas makan kitaorang tengok cte Moana pula :)


Ticket movie murah RM10 je sebab guna maybank card. Thx to Nyuu kawan kitaorang yang tolong belikan :)

Cte Moana ni best gila! Ida bagi 4.5 bintang! Tapi Ina pula rasa biasa-biasa je. Haha sebab kita rasa die jenis bukan emotional sangat kot. Cte Moana ni banyak menyentuh rasa hati. Sesuailah untuk orang macam kita yang jenis banyak emosi ni. Memula ingatkan cte ni tak best tau, tapi rupanya best gila!. Takmo cerita lebih-lebih nanti jadi spoiler pula :p

Habis je tengok cerita ni, kitaorang pergi main ice skating pula. Kalau nak tau harga untuk ice skating korang boleh tengok kat website dorang kat SINI.

Kat bawah ni pula gambar-masa kitaorang masa kat dalam tempat ice skating tu, cuma sedeh sikit sebab time skating tu tak boleh ambik gambar. Payah pun kalau nk amik gambar, sebab nak skate pun terkial-kial nak berdiri ambik gambar cana..hahahahah ..






Ni kat betul-betul kat tempat ice skating pintu masak, tengok nak amik gambar pun sume kena pegang pintu. Sebab susah nak berdiri betul =.='

Tapi alhamdullilah lah pengalaman ice skating best gilaaaaa, korang kena try sendiri untuk rasa macamana best tu. Main ni start rasa best bila korang dah mula boleh skate sendiri tanpa orang pegang atau pegang tiang kat tepi-tepi tu. Hehe rasa macam nak main lagi je lagi.


Ni pula gambar kita dengan Nyuu, muka memasing lapar je lepas dah habis main ice skating 


Muka tengah tunggu makanan


Okaylah sampai sini je kot cerita kali ni, terima kasih sudi baca. Jumpa korang di entry yang akan datang :)


Monday, November 21, 2016

Getting Rid my Eye Bag with NANO Red and Resvera

Hi korang, lama dah Ida tak update blog ni. Rasa rindu pula nak ber blogging tetiba :) bila tengok waktu rasa macam masa cepatttt je berjalan. Bulan 11 lagi beberapa hari je kan? lepas tu dah nak masuk bulan 12 and sebulan tu kejap je berlalu kot!. 

Tup tup nanti dah nak masuk tahun baru, sempena tahun baru nanti nak lah nampak berseri sikit, yelah sebab kakak kita nak kahwin bulan 1 tahun depan. So memang harap sangat eyebag Ida dah hilang or kurang sikit by the time January tu. Hehe yela dah kena jadi pengapit haruslah nak nampak cantik berseri sebelah pengantin ye tak? takkan pengantin je nak lawa berseri hahahaha :p

kalau korang nak tahu sebenarnya eyebag ida agak obvious jugalah, maybe faktor utama Ida ada eyebag sebab Ida selalu balik kerja lambat and memang jenis susah nak tido malam kot. Sapa senasib macam kita yang tak tau macamana nak hilangkan eyebag? . Sebelum ni pernah try eye mask untuk hilangkan eyebag tapi tak hilang pun eyebag nya :( 


Selalu guna concealer je kalau nak cover eyebag, and memang selalu guna pun sebenarnya. Tapi since my eyebag dah kurang Ida tak pakai concealer pun kalau nak keluar jejalan dengan kekawan. Just simple bedak / bb cream touch up will do. Kalau tak dulu memang suka pakai make up sekali dengan concealer la... foundation laa....yela sebab nak cover flaws kan.


Then Ida decide nak try NANO Red and Resvera, tak maulah letak harapan sangat. Tapiiiiii gambar Ida kat bawah ni before consume NANO Red and Resvera nampak bezalah kot!. Sebab tu Ida tak upload gambar ni kat instagram dan facebook. Gambar ni masa Ida keluar dengan Syahin, Syamim and Ara sebulan lepas kot kalau tak silap Ida. walaupun dorang upload suma gambar Ida dan dorang kat instagram, Ida sorang je tak upload :( Sorry girls! but i think i look quite 'kusam' and my eyebag obvious kot masa tu :( 


see nampak kusam kan? tak nampak sihat kulit kita. Padahal dah cari suma tempat lighting yang cerah nak bagi nampak okay muka kita. But still arghhh camni juga hasil gambar :( 

kat bawah ni pula gambar Ida masa dah start minum NANO Red and Resvera


masa ni baru beberapa hari Ida dan Ina start minum :) oklah juga kan? kan? :p 
*only pic ni je tak pakai eyeliner*


yang ni pula masa dah habis sebotol minum NANO Red and Resvera! obvious kan dari pic before tu? kalau korang ingat Ida fully make up kat pic ni. Memang taklah! sebab ida just lukis eyebrow and letak eyeliner kat suma gambar before and after. Oh ya no foundation or bb cream tau :) 

Ida happy tengok gambar lama and gambar terbaru Ida, Ida tunjuk kat Ina. Dia pun kata gambar Ida dulu nampak obvious eyebag. Sekarang dah kurang alhamdullilah :) skin condition pun look better compare dari before ni punya. Plus Ida rasa bertenaga sikit nak kerja since dah start consume minuman ni dari first bootle.

Kalau korang nak tau apa tu NANO Red and Resvera ni lah rupanya. NANO Red and Resvera ni minuman pure 100% grape juice tau. No worries halal, dapat sijl halal dari luar negara. 


minum dia takyah minum banyak sangat, just minum sikit macam dalam gelas tu je. Rasa die mcm masam-masam anggur gitew. So jimat boleh tahan lama jugalah sebotol ni.


ni pula gambar Ida sekarang, nak masuk 2 botol dah 






ni pic before and after :) 





More Benefit of NANO Red and Resvera
-Reduce Cholesterol and High Blood Pressure
-Prevents Heart Diseases and Stroke

-Improve Blood Circulation
-Enhances Face Radiance 
-Powerful Proven Antioxidants to Slow Down Signs of Aging


Buat masa ni NANO Red and Resvera ada jual kat webite Qoo10.sg selama 3 tahun dah. Dan akan datang di Malaysia  Qoo10.my soon okay! Yayyys tak sabar nak tunggu die launching kat Malaysia! So korang pun boleh try minuman ni soon okay :)


Terima Kasih jumpa lagi di entry yang akan datang. 

With Love

Ida Mansor