Kita orang perempuan selalu je suka dengan topik kecantikan, tapi perempuan kebanyakannya lagi concern tentang penjagaan muka dari rambut. Seriously Ida dulu pun macam tu, tak rasapun kecantikan rambut tu satu kepenting. Urmm..maybe sebab Ida pakai tudung kot? so takdelah rasa nak lawa-lawa sangat rambut tu.
Tapi bila lama biar je rambut macam tu, takde rasa nak helokkan rambut ke hape membuatkan dalam diam Ida jelous dengan rambut orang free hair yang cecantik. Tipu kalau korang tak pernah rasa jelous tengok perempuan rambut lawa lalu depan korang. Tetiber terdetik kat hati, 'eh kalau rambut aku lawa macam tu kan best!'. Tapi kalau setakat hati je cakap macam tu tapi tak buat apa memang rambut takkan jadi lawa!.
So dari situ Ida nekad, nak sendiri rasa cantik..apa lagi pergi salon dan terus decide nak buat rebonding. Kenapa rebonding dan bukan relaxing?. Mudah je, sebab relaxing die tak tahan lama, dah pernah buat dah..tapi entah rasa tak puas hati sangat walaupun rambut cantik nampak natural..tak lurus sangat..alahh dia jadi macam dalam gambar kat bawah ni :
Masa first time Ida decide nak buat treatment rambut bagi cantik dan puas hati, Ida buat kat number76 ..hmmph bill boleh tahan jugalah. Tapi servis memang tip top la :) Tapi dari situ Ida juga Ida tercari-cari kedai lain yang murah tapi berbaloi untuk kesan rambut helok jangka panjang. Sebab rasa macam nak buat selalu treatment maybe dalam 2,3 kali setahun? tengok pada rambut macamanala ;) sebab masa ni rambut Ida kejap jela cantiknya :p
so lepas tu Ida decide nak try kedai BIASA-BIASA je..yang tak glamour dan tak mahal pun. Why? sebab Ida nak try tengok kesannya macamana, bagus atau tak bagus. Apa beza hipster saloon A+ dengan salon biasa-biasa? jawapannya.. jeng jeng jeng..
Turn out salon biasa yang Ida buat untuk kali kedua tu jadi ok sangat!..haha sebab Ida buat Treatment Hair + Rebonding yang amik masa dari pagi hingga petang jugalah. Di sarankan korang buat masa datang bulan. Sebab korang takleh gerak atau keluar salon tu kalau nak solat masa ni..sebab memang lamaaaaa gila proses dua benda ni. Tapi hasil memang superblah! . Korang kena bagitau nak treatment hair yang best sikit (pricey sikit) sebab yang ni baru tahan lama. Kalau treatment biasa je dia takleh tahan lama sangat :)
Total price Ida buat dalam RM100-RM200+ jugalah untuk dua benda ni, kalau kat tempat hister A+ tu confirm harganya lagi berganda-ganda. Cuma tahap servis kat salon Ida pergi ni tak berapa best, sebab cara dia buat agak kasar sikit.. kuku pula panjang. Sakit kulit kepala masa tengah buat tu T_T'
ni Ida buat sebulan before puasa tu dan tahannnnnnnn sampai sekarang :) memang puas hati, tapi pasni maybe nak cari saloon lain yang buat lembut sikit dan kuku tak panjang...huhu tak tahan kepala ni kalau kasar-kasar sangat ..
Kenapa Ida decide nak buat rebonding sebab rambut Ida jenis wavvy dan susahhhhh nak jaga, and bila buat rebonding die jadi kemas terurus dan senang nak jaga!. Mungkin ada yang akan kata rebonding akan buat rambut nampak macam penyek..well memang betul. Tapi tu mula-mula2 je, lepas seminggu die jadi macam natural je..cantik ;)
honestly dari korang habiskan beli shampoo mahal-mahal (macam ida dulu =_=') baik korang pergi salon buat treatment hair + rebonding.. lepas tu confirm rambut korang senang nak jaga!. And korang akan sayang rambut tu tahap teruk punya sebab rasa cantik jeee! kyahahaha ok ni over :p
by the way rambut korang akan jadi lebih kurang cemni lepas seminggu dua rebonding..oklah takdelah nampak penyet sangat. Natural je, janji kena PANDAI jaga!. Jangsan lupa lepas shampoo pakai conditioner dan lepas dah kering pakai SERUM ok!. Serum ni wajib sebab boleh buat rambut korang cantik lebih tahan lama :)
ni jelah kot honest review dan tip untuk rambut cantik dari kita..kalau korang ada lebih tips yang berguna jangan segan-segan share ok?
Terima Kasih sudi baca :)