Thursday, June 25, 2015

Tips Nak bangun Sahur


Salam Ramadhan Kareem buat pembaca blog kita, hopefully tak terlambat lagi nak wish Ramadhan kan?. So far Ramadhan korang cemana? okay tak?. Alhamdullilah so far bulan puasa kat sini ok sangat dari negara-negara lain yang dengar cita sampai 23 jam puasa!. Mak cik kita kat Norway puasa 20-21 jam kot. Memang tough la puasa lama macam tu. Kalau kita yang berapa jam je puasa cemni tak boleh bangun sahur gak..huhu tak taula cemana. 

Tapi sebenarnya nak bangun sahur memang tak senang bagi orang yang tak biasa bangun awal pagi kan,kan,kan?. Tapi rasanya ramai je yang kat sini biasa bangun pagi kot. So sempena ramadhan ni Ida nak kongsikan tips cemana nak senang bangun sahur supaya tak skip sahur kita tu. Tapiiiii ni tips ikut style Ida la..haha jangan kondem pula ek :p

1) SLEEP EARLY

Yes ni memang tips paling penting yang selalu orang bagi. Nak buat cemana dah kita ni manusia perlukan rehat, logiklah kalau badan tak nak bangun sahur kalau kt berjaga malam macam burung hantu tu..badan pun tau penat tau. So nak elakkan dari tak nak bangun sahur tu please tidur awal ok?. 

Tapi if korang tak boleh tidor awal juga, try set kan alarm sahur just untuk minum air kosong and kurma je. Letak sesiap dua benda ni tepi katil, lepas tu nak tidor tunggu subuh tidor la (walaupun tak digalakkan). Why still kena bangun juga?. Sebab sahur tu sunat and banyakkkkkk kebaikan dia. RUGI banyak kalau tak sahur tau :p

2) LAGU ALARM YANG KUAT

Haha ni rasanya semua orang buat cemni kot, pasang lagu alarm yang kuat gila so kalau terdengar tu terus terjaga takde mamai mamai terus. Tapi untuk orang yang susah bangun teknik cemni tak berkesan sangat.

3) SEDIAKAN LAUK KEGEMARAN
(letak pic pizza sebab ni makanan fav Ida hehe )

Nak senang siapkan awal-awal lauk fav korang tu pada malam hari before bersahur.. So bila bangun tu tinggal panaskan jela, nasi pun siap-siap masak juga malam tu. Bila bangun je dah senang dah semua tersedia da :).. Tu untuk orang yang rajin sikitlah, kalau mcm bujang yang duk sendiri, apa susah bli sesiap stok lauk untuk sahur. Bli la yang korang suka, so adalah rasa lagi nak bangun sahur tu bila ingat lauk fav korang tu tinggal panaskan jeeeee...takyah masak dah. Tipulah kalau time pepagi buta tu perot korang tak kruk kruk lapar minta isi kan? :p

4) NIAT
Ni pun penting, niat kat dalam hati yang korang nak bangun sahur. Nampak remeh, tapi sebenarnya dalam minta luar sedar kita hantar kat minda kita yaang kita nak bangun pagi sahur. So badan kita dah sesiap prepare nak bangun pagi. But paling works kalau kita sertakan niat dengan buat camni.. tepuk bantal kita tido 3 kali sambil selawat, lepas tu niat nak bangun pukul berapa. Insyallah menjadi and terbangunlah!, Ida selalu juga buat camtu :)

ni jela kot tips yang Ida tahu..if ada lagi tips berguna kongsikan di ruangan comments Ida ok? . Oh ya selain tips nak bangun sahur Ida nak kongsikan maklumat tentang Projek Iqra untuk korang kumpul saham pahala di bulan Ramadhan ni.



Kempen ni untuk menaja barangan persiapan Aidilfitri untuk orang fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan asnaf di rumah kebajikan. Untuk lebih lanjut boleh layari facebook mereka DISINI atau WEBSITE dorang ye :)

Semoga bulan Ramadhan kali ni membawa lebih keberkatan buat kita semua, amin3. Terima Kasih sudi baca.

Friday, June 19, 2015

Ariani Event Lebaran Raya 2015



Pernah tak korang tertarik dengan satu gambar yang ada dekat magazine di luar sana, sekaligus teringin nak ada satu one of they collection? kita tengok model pakai kemain lawa, kita pun rasa teringin nak satu? tapi tak beli pun sebab tak  tak tahu nak dapatknya macam mana? just suka tengok tapi simpan dalam hati just teringin nak pakai je jadikan koleksi dalam almari? pernah tak?


Pernah suatu ketika dulu, Twin selalu selak-selak majalah dan surat khabar tengok gambar-gambar tudung, dalam hati memang dah terdetik, cantiknya! Teringin nak pakai one day from one of they collection.

Iena pasti mesti ada kalangan korang ada wish list or anganan yang korang teringin nak beli dan nak pakai kan? Lagi-lagi insan nama perempuan ni, nafsu cantik memang tak dapat di elakkan kan betul tak?

Waktu mula-mula twin dapat invitation dari Ariani, rasa macam melompat, sebab suka gila dengan they collection , tambah-tambah rasa teruja nak melaram sakan dan tengok fashion show! . Siapa tak suka kan kalau dapat pergi event dekat Oriental Hotel, tambah best dapat jumpa rakan-rakan seperjuangan dunia blogger ni.

Well korang mesti ada tertanya-tanya kan apa kitaorang buat kalau pergi event? Selfie is a must, first kalau jumpa, adatlah tu kiss pipi kiri-kanan kan J lepas tu sure takkan lupa nak take selfie together, kalau dah melaram haruslah amik selfie kan. Haha

Oklah ni twin tunjuk our first selfie waktu baru tiba kan event.



Selepas dekat 30 min macam tu baru event start, twin apa lagi terus amik phone nak amik gambar model tengah peraga kan Ariani Collections.



Tetapi sebelum Event dimulakan, ada ucapan dari Ceo Ariani dan dirasmikan oleh isteri Agung untuk Majlis ini.




yang ini pula gambar sekitar fashion show berlangsung.





Serious koleksi raya dorang sangat cantik, tambah lagi dipadankan dengan pakaian raya Ariani punya collections juga. Memang sangat-sangat catch the eyes lah koleksi dorang, rasa macam nak bawa balik je semua koleksi dorang jadikan koleksi sendiri, boleh melaram hari-hari dengan koleksi diaorang.

Kalau korang nak tahu Ariani ada juga menjual secara online (Ariani) (tekan Ariani untuk lihat)
dan dorang bukan sahaja ada membuat koleksi tudung sahaja tau, untuk pengetahuan korang, Ariani juga ada mengeluarkan koleksi 'Ready to Wear' yang sangat cantik, dalam gambar tak nampak details sangat pakaiannya, tapai kalau tengok real life gerenti korang suka, sebab memang seriously cantik! korang kalau malas sangat nak pergi thru website dorang, boleh juga try tengok (facebook Ariani ) - ( tekan  Facebook Ariani untuk lihat)

dan paling twin suka siap ada penyanyi Humood Alkhudher, dia siap nyanyi lagu kun Anta lagi tau, alah yang femes tu lagunya, sampaikan Wardina pun siap buat post status suka maksud lagu tu.

humood alkhudher

Ni pula lepas kitaorang dah selesai abes event, berborak macam tak ingat dunia kitaorang tau, macam tak nak balik dan nak sambung borak dekat café!



dua dalam gambar group ni ada (Yuyu Zulaikha, Sabby Prue, Fatin Suhana, kak Izzati, Ida Mansor and me,
Rnr Sabrina, Shea Rasol, Namee Roslan, Shazwani Hamid, dan last sekali Thepinkstiletto.

Ni twin with Shea Rasol, siapa tak kenal fashion ikon muslimah yang Berjaya ni kan? She so humble tau..borak pun rancak je bercakap itu ini, pernah jumpa shea ni dua tiga kali dekat event, Cuma baru kali ni berkesempatan berborak panjang dengan ikon fashionista ni tau J




ida with blogger shazwani Hamid

Sabby and me!


twin with lovely fatin suhana

Ni pic sepanjang event tu, asyik bergambar je kan, gambar dengan Duta Ariani mesti kena amik juga! Wajib bagi twin, sebab? Twin suka gila cara bella daly bawa Ariani punya tudung dengan style yang tersendiri, she look so elegant dan softikated dengan koleksi Ariani.


me with beatiful Bella Dally

Ida with Bella Dally

Memang dah lama follow bella daly ni dekat instagram, rasanya Ariani memang amik pilihan yang tepat dia sebagai duta. Trust me tengok video-video Bella pakai Ariani kita pun rasa macam nak pakai je! Sebab cantik sangat tengok Bella pakai, Nampak kemas dengan gaya yang minimalist dan santai, dalam masa yang sama tidak Nampak sarat sekaligus kelihatan sangat cantik dengan gaya yang tersendiri.

Ni pula pic twin bergambar dengan artis sekitar sana. Oh ya iena ada masuk upload video di instagram bersebelahan dengan mia ahmad, dia pun so friendly dan humble adalah berborak-borak dengan dia.  She look really amazing beautifully tau.

me with Hanez Suraya, yeah dia memang tinggi macam model mat saleh tu, kita pakai heels tinggi gila pun
tak boleh kalah tinggi dia. haha...

ida with Hanez Suraya

gambar Mia Ahmad takde, tapi ada video dengan dia, tapi dalam IG Iena lah yer.

oklah sampai sini sahaja, In sha Allah Iena akan jika ada event lagi twin pergi, kitaorang cerita kat blog lagi okeh :)

btw Salam Ramadhan semua, puasa jangan ponteng! ^.^

Written by Iena Mansor
IG : Iena Mansor
Email : ienamansor1@gmail.com / ienamansor@hotmail.com







Monday, June 1, 2015

MY DAILY SUPPLEMENT COLLY BERRY

Salam semua, dari last month ramai yang inbox dan tanya Ida apa yang supplement Ida makan sekarang since banyak dah gambar Ida upload yang tak bermekap and tak pakai foundation pun kat instagram Ida  :)


contoh macam ni..masa ni di event lagi..no foundation no bedak pun :) just eyebrow and lipstick only!

what supplement i consumed this 4 week? ha is CollyBerry... if you girls nak tahu khasiat dia lebih mendalam boleh scroll tetikus kebawah laju-laju ok? :p

INNER BEAUTY, OUTER GLOW!
.
HISAP, KUNYAH COLLYBERRY CANDY SETIAP PAGI UNTUK KULIT PUTIH BERSERI KEMERAH-MERAHAN SEAWAL 7HARI
.
✿KHASIAT-KHASIAT COLLYBERRY CANDY WHITENING & GLOWING MARINE COLLAGEN✿
.
MARINE COLLAGEN
☑Mengekalkan keanjalan kulit
☑Mengurangkan kedutan
☑Menguatkan otot & sendi
☑Mengurangkan sakit sendi
☑Menguatkan tulang, rambut serta kuku.
.
VITAMIN C
☑Mencerah Kulit
☑Melembutkan kulit.
.
GRAPE SEDD EXTRACT
☑Anti-penuaan yang berkesan kerana sifat antioksidannya
☑Menguatkan saluran darah, penting untuk kecantikan kulit dan membantu dalam peredaran darah
☑Mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sel saluran darah
☑Memperbaiki kulit dari dalam
☑Merendahkan tekanan darah
☑Mengurangkan pembentukkan kolesterol
.
RASPBERRY EXTRACT
☑Membakar lemak
☑Memperlambat proses pencernaan sehingga kita akan merasa kenyang lebih lama.
☑Menyembuhkan kerosakan hati
☑Menjaga tekanan gula dalam darah
☑Menjadikan kulit kelihatan tegang
.
APPLE STEM CELL
☑Melambatkan proses penuaan.
☑Bertindak mencantikkan kulit
☑Kandungan vitamin C yang tinggi menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit
☑Mengembalikan keremajaan kulit
☑Menjadikan kulit lebih lembut, tegang dan sihat dari dalam.
.
HONEY(MADU)
☑Mengembalikan kekuatan tubuh badan.
☑Membersih dan menambah darah.
☑Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
☑Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
.
Kuantiti: 30 Biji .
Cara Pengambilan: 1 biji pada waktu pagi atau 2 biji pada waktu pagi dan malam. .
RM60 sebotol. RM110 utk 2botol
Jangka masa mula keberkesanan: 7 hari
.
*Amat digalakkan minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari utk menampakkan keberkesanan yg maksimum.

buat masa ni memang ni je beauty supplement yang Ida makan. And adalah habbatus sauda juga Ida makan untuk kesihatan dalaman. But still Ida consume juga dengan Colly Berry, since supplement ni bukan je sedap menyebabkan Ida tak malas dan tak skip nak makan daily. So memang colly berry ni jadi pilihan Ida la, since Ida tak suka beauty supplement yang TAK SEDAP or leceh nak makan. Yang Colly Berry ni memang super senang bg Ida :)

So..kat mana nak beli? boleh beli kat :

FACEBOOK : https://www.facebook.com/collyberrycandy/timeline
INSTAGRAM : @collyberrycandy

oh ya nak inform juga yang produk ni ada KKM and Halal Jakim ok? so sebarang pembelian korang boleh beli direct kat link atas yang kita bagi tu tau. Dah pasni jangan cakap Ida tak kongsi beauty supplement apa yang Ida makan.



Ok lah next entry Ida cte pasal event pula ey..banyak pula lately ni Ida dapat invitation ke event yg ohsem-ohsem. Oklah terima kasih sudi baca,bye :)