Monday, December 29, 2014

Birthday Celebration Twin


Birthday twins hari tu sambut secara kecil-kecilan je, bila dah makin dewasa ni takde rasa pula nak celeb yang meriah-meriah bagai. Taknaklah buat party jemput ramai-ramai, sekarang lagi suka chillax dengan family and kawan rapat je. Yelah balik-balik yang susah dan senang dengan kita family je kan? Betul tak??. So birthday hari tu Ida jemput housemate Ida masa Ida pernah duduk kat Shah Alam dulu, sedih sikitlah sebab Ain salah sorang housemate kita takde L


Ain antara housemate yang kita paling rapat. Sebab kitaorang banyak persamaan sikt. Kitaorang suka makanan yang sama., suka chillax makan sama-sama lepas kita balik kerja. And kitaorang suka gila tengok cte korea sama-sama. Paling layan cte Runningman lah!. Lama dah tak jumpa dia… tapi nasib baik Ain dan Ayu housemate kita yang lain ada. Dorang dua ni selalu ada kat rumah masa bulan puasa kita duduk kat Shah Alam last year 2013. Ish rasa macam masa cepat giler berjalan kot!.  Dulu Ayulah selalu jadi tukang kejut makan sahur sama-sama, berbuka pun kadang-kadang die yang masakkan. Dahlah sedap pula tu..entah-entah punca kita gemok sebab die masak sedap kot? Hihi :p

Azie pula suka tengok cte Hindustan, kalau waktu die cuti suka tengok cite and lagu hindustand. Dah duduk dengan family ni, rindu pula nak dengar lagu-lagu and cte Hindustan Azie selalu tengok. Selalunya kalau tak faham cte tu kitaorang suka tanya dia. Hehe sebab die faham bahasa Hindustan tau! Best kan J



So disebabkan lama tak berjumpa dorang, Ida pun plan nak makan steamboat kat D’kayangan steamboat dengan 2 orang kawan dan family Ida. Senang, sebab family Ida suka steamboat and tempat ni kat Shah Alam. So senanglah Azie and Ayu nak datang join J

Suka tempat ni sebab die ada bbq sekali, kita satu family suka lagi bbq dari steamboat je. Nasib baik D’kayangan steamboat ni ada bbq sekali. Terus laju-laju booking tempat kat sana. Lagipun tengok dah ramai dah orang review tempat ni, so kitaorng pun booklah.


Ni masa lepas makan..tengok tu muka kenyang je..bahahahaha..ingatkan nak beli pavlova untuk birthday cake. Tapi semuanya dah fully booked. So ada cake ni pun dah alhamdullilah ;)


Me dengan my adik yang tinggi…haish Nampak kemetot pula kita dalam ni =_=’

Kat bawah ni pula gambar-gambar family kita masa tengah nak makan steamboat and bbq. Hehe memang best makan kat sini, servis pun okey! Paling best sini ada banyak desert besh2! Ada ice cream and macam-macamlah!. And tempat ni pun ada aircond tau. So takdelah panas bila ber-bbq nanti ;p



Hehe abah kita macam dah tak sabar tu nak makan..hehe :p kusyuk betul die ber bbq…


ni iena kemain senyum lebar dengan adik laki kita lepas puas makan seafood bbg :)

makan jangan tak makan...hehehe..


iena with mak :) happy face happy tummy :D


muka puas hati dari my parent dapat makan sini..makanan pun sedap dan bersih..


 
banyak pilihan kotang boleh pilih..macam-macam ada tau..


Ni pula sebahagian dari makanan seafood kat restoran D’kayangan J





Kalau korang rasa-rasa nak makan steamboat sekali dengan bbq korang boleh pergi kat sini eh :

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan 
Sri Acapella Service Appartment,
No 1, Jalan Lompat Tinggi,
13/33M Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
Tel No: 012-297 1091 / 012-387 0091/ 03-5523 4979
Manalah tahu korang berminat. So kita share kan info dorang siap-siap. Takdelah korang tertanya-tanya nanti J

p/s ; speciality kat sini kambing panggang tau, must try buat penggemar daging kambing macam kite! ;p
Kita and twins celeb simple-simple je, korang pula macamana? 


xoxo written by Iena mansor dan Ida Mansor




Monday, December 15, 2014

Bila Twins bercerita tentang Sunsilk

Dah lama rasanya Ida tak update blog, mesti ramai yang tertanya-tanya apa update terbaru twins kan?. Sebenarnya kitaorang selalu je pergi mana-mana event tau. Cuma masa dah kurang mengizinkan untuk twins berblog sangat dah L


Apa nak buat, bila dah kerja komitmen pada kerja kadangkala menjadi halangan kitaorang nak berblog tau. Yelah balik kerja dah lambat, lepas tu weekend pun de photoshoot and event. Aiyaa..no cuti for me lor.. L kadang-kadang tu sampai rambut pun dah tak terurus, habis dah nmpak macam rupa mat lampir dah bila rambut menggerbang dengan tak terurus macam tu kat rumah tu =_=’ Nasiblah ada Sunsilk terurus sikitlah rambut kita. Kena gigih lagi pakai perapi rambut die hari-hari..hehe :p

So nak jadi cerita, sabtu lepas bila Ida dapat invitation untuk bagi tutorial and pengalaman pakai Sunsilk. Apa lagi gigihlah dengan sedaya upaya cari maklumat shampoo macamana sesuai dengan masalah rambut kita. And rupanya baru tahu yang kita WAJIB shampoo rambut setiap hari!. Ida suka pakai Sunsilk sebab bau die wangi gileeeeeee…bila tido tu rasa selesa sebab wangi sesangat!. Dahla rasa segar nak mampos bila lepas shampoo..nak lagi best kita pakai perapi rambut die sekali. Baru rambut jadi lembut and bila nak sikat tu rasa best and tak lah tersekat-sekat kat sikat kita!.  Plus ada shampoo untuk pelbagai jenis masalah rambut, macam kita pakai Damage Reconstruction..sebab kita terlalu busy susah nak jaga rambut, so shampoo jenis ni sesuai untuk kita. Untuk korang boleh pilihlah shampoo macamana yang sesuai. Ada Anti Dandruff, Anti Hairfall, Smooth & Mangeable, Clean & Fresh  J


Eh dah kesitu pula..sebenarnya nak cerita macamana kita bagi tutorial kat Sunsilk hari tu. Kita banyak share tips tutorial shawl cara Sunsilk. Senang gila nak pakai, tak sampai 10 minit dah siap. Giler best an? Kalau nak tengok boleh tengok kat sini :

1.     Tutorial Tudung ke Tempat Kerja (Office Hijab Style) -http://www.youtube.com/watch?v=vTPHO0HPBkA&index=5&list=UU5QNyj_alVP5C5on9VuL-Iw


1.     Tutorial Tudung Gaya Dinner (Dinner Hijab Style) - http://www.youtube.com/watch?v=uXpgVNS8mno&list=UU5QNyj_alVP5C5on9VuL-Iw


Pada siapa yang tak reti pakai shawl memang boleh sangatlah tiru tutorial Sunsilk ni, sesuai sebab tak susah tau  :)

Nest blog post kita share tutorial video kita pula eh..lama pula tak upload video tutorial sendiri. Rindu pula nak upload kat youtube. Hehe okaylah sampai sini je, lenkali kita post lagi eh. Babai J

Thursday, December 4, 2014

PENGAKUAN NORA YANG AMAT MENGEJUTKAN

Kemana saja Nora pergi, pasti menarik perhatian ramai. Wajahnya putih gebu, berdahi licin susuk tubuh mengiurkan dan suara yang manja. Memang perfect! Dah tentu ramai lelaki terpikat. Sebab tu lah wanita-wanita lain cemburu dengan Nora ni..mana tak nya, boyfren dan suami dorg pun duk puji si Nora..
Pasti ramai yang xtahu wajah Nora sebenar.. nak tahu kenapa?? Ha..sebab kata Nora masa zaman remaja dulu, dia boleh dikatogorikan sebagai HODOH. Kawan pun memang tak ramai sbb semua orang geli nak dekat dengan dia dek kerana wajahnya yang penuh jerawat batu dan parut. Ya betul!..Nora yang sebenarnya adalah tersangat hodoh. Nora selalu diejek dan dihina.

Dulu, selepas tamat pengajian (ijazah kelas pertama tau), Nora banyak kali minta kerja tapi semua kena reject atas alasan personaliti tidak meraik. Last2, Nora kerja sebagai juruwang di station minyak dengan gaji hanya RM600.

Tuuu dulu….sekarang Nora yang kita kenal ni dah cantik sangat. Ha…jom Tanya rahsia dia.
 ‘Sumpah… saya tidak menyembunyikan apa2 rahsia pun. Pada malam hari saya hanya apply Serum Biowhite Collagen sahaja. Di pagi hari saya minum serum ni 1 sudu. Itu je. Memang saya lihat kesan Serum Biowhite Collagen sangat hebat. Jerawat cepat sangat kecut. Parut-parut saya juga dah pudar. Wajah saya semakin cerah dan kulit semakin licin. Ramai orang cakap umur saya 20an, padahal sudah hampir 32”- Pengakuan ikhlas dari Nora (nama samaran).


Kini semua dah tahu rahsia Nora. Jangan salahkan Nora kerana kecantikannya. Salahkan diri sendiri yang tidak pernah mencuba mengupgrade kecantikan diri. Kehidupan kita hanyalah pinjaman dan menjadi kewajiban kita menjaga kesihatan dan kecantikan diri sendiri

NI WAJAH TERKINI NORA



Masih belum terlambat untuk korang jadi macam Nora tau. Cuba tengok gambar-gambar mereka yang dah cuba..






Dapatkan dari rakan niaga terdekat dengan tekan link ini:

Nak jana pendapatan bermula dari zero? Hubungi no di bawah:

Hotline: 013-444 9531
FB/IG: PanaceaBeautyOfficial

*sponsored post