Tuesday, August 19, 2014

Le Trip to Kuantan for Fatin Suhana Wedding



Bila jadi semakin dewasa, tanggungjawab makin banyak...bila dah sedar tanggungjawab makin banyak mulalah pula terasa life ni boring. Apalah yang funnya jadi dewasa ni..banyak pula bill datang tuntut kot..hehe tapi part yang best jadi dewasa ialah bila parents kita dah bagi permission untuk kita pergi jejalan jauh-jauh... dah bagi kepercayaan untuk pergi bercuti dengan kawan-kawan gegurls yg ohsem. Dahtu kita boleh beli and shopping ikot kesukaan hati..miahahaha pastu xde orang nak larang kau bercinta sakan..kakaka part ni memang ramai suka. Tapi kite bab2 cintan cintun ni belum masa lagilah kott..tunggulah prince charming jatuh dibumi datang meminang..kekeke...but naseb baik kawan kita paten a.k.a Fatin Suhana prince charming dia dah muncul seawal umo 15 tahun lagi tau. Tengok-tengok dah kawen dah die last week..walawei best giler wedding die tau!.

Sebab tu kita yang baru balik dari Kuantan ni pun dah rindu-rinduan moment di sana..ciss apesalah masa ni cepat sangat berjalan..tak boleh ke berjjalan slow-slow macam siput ke kura-kura ke..oklah enough the merepek part. Mesti korang tak sabaarrrr nak tengok wedding kawan kita paten kan,kan,kan?? 



Ni khemah masa majlis malam sebelum bersanding hari jumaat masa ni tau, tapi hari jumaat tu paten nikah petang jumaatla sebenarnya. Part nikah sorryla ek takde gambar, sebab twins and the geng masa tu baru je berjaya menjejakkan kaki ke kuantan. So memang miss out part nikahla....tapiii majlis malam tu pun best kot!. Khemah kemahen lawaaaa yg amatlah. Ada lampu yang cecomel pastu kaler tema die..omjayyy my favaourite colourlah..pastellll...haish pastel is always my peberet tau :)

Malam tu kita sempat jumpa cik epal yang lawa sokmo ni!..haish die ni memang lawaaa je everytime jumpa!. Tengok die.. "eh awak rasa macam baru je jadi bridesmaid awak tauuu" haish rindula pula nak jadi bridesmaid lagi. Hehehe :p



lepas balik wedding fatin malam tu kitaorng pergi lepak minum-minum pula..hehe kita terasa nak minum chocolate blended..tp bila dapat...alaaa rasa kopi pula. Terus tuka air dengan Iena...sieennn die tak pasal - pasal kena minum air kita... 


ni pulak gambar candid paten dengan muez masa reception esok harinya..sorry paten gambar ni blurr...excited sangat tengok korang so nak jugak tangkap gambar. Ish mmang jenis tak nyabar kita ni..pengantin tengah jalan pun nak juga di snapnya -_____-'


masa pengantin tengah makan beradab..apa lagiii...ktorng berselfielah! hihi ni kita bergambar dengan amoi cantek..nama die Shing..taaaapi dah berpunya..hihi :p


ni pulak kawan pillow talk sesama..kawan gosip, kawan merengek minta tolong pegang kita bila jatuh masa pakai heels..dah tu kawan yang baik hati sanggup gilir-gilir drive ke kuantan. Ish sayang korang bebanyak tau!



lawanya lahai baju Fatin..secantik orangnya :) 


Twins di pelamin pengantin...sempat juga berselfie :)


                                                   us with our cutie pie Nawal Nazihah  :)

twins with sweetest girl Nyuu...yes we call her Nyuu because panggil Nyuu tu bnyinya macam cecomel macam orangnya je... hehehe


twins with si chantek Nawal Nazihah..sekian lama tak berjumpa, akhirnya berjumpa kekita ke trip kuantan..hee..

gambar-gambar kat bawah ni pulak gambar masa first day sampai ke Kuantan, sempat singgah Teluk Cempedak jap ;)




ni gambar bersama dengan pelakon #rinduawak200percent sempat selfie dengan dia kat rumah fatin before balik ke Kl :)


Kesimpulannya KUANTAN bestlah , terima kasih Kuantan atas memori-memori yang indah bersama-bersama dengan teman yang positif...dengan wedding yang penuh kasih sayang.. arghh semuanya beshlah..

Disini twins nak ucapkan THANK YOU beribu ribu lemom to nyuu & nawal, korang memang ohsem sepanjang trip ke kuantan. Hopefully kita ada next trip together lagi ok? serious memang best gila-gila pergi trip dengan korang. Teringat moment kita berpillow talk malam-malam buta, macamana kelam kabut nak mekapnya..macamna Nawal terjerit tengok cte hantu..hihi semua tu memang buat kita bikin rinduuuuuuuu... 



nyuuu i can't thank you enoughlah..i know u are tired driving...but still gigihkan semangat drive ke kuantan. Maceh beribu ribu lemon tau :) 

to our beloved Pengantin FATIN SUHANA & MUEZ 

Twins nak ucapkan thank you bebanyak atas jemputan ke hari bahagia korang. kita yakin korang akan bahagia bersama hingga ke syurga insyallah. I can see how muez treat u well sepanjang trip kita Langkawi dulu. Muez sanggup drive ulang alik. pegang all ur belonging yang berat..die taknak paten bawa barang berat2. Macamna he care for you sepanjang kat sana..yes boleh nampak. So yeah twins sure sangat korang akan jadi pelengkap masing-masing. To muez, awak juga beruntung dapat Fatin tauu..Fatin sweet sangat..jiwa pun lemah lembut je orangnya. Pandai masak, pandai ceriakan hari orang...seorang yang penyayang and paling best die pandai menghargai orang. Insyallah korang akan berbahagia selalulah..sebab tu korang selalu dokelilingi dengan orang-orang yang positif. Twins ucapkan korang selamat menjalani ibadah rumah tangga dengan pnuh keberkatan dan semoga bisnes korang terus maju jaya.

Amin ya rabbal alamin :)




Tuesday, August 5, 2014

Review Oriderm Skincare


Siapa kat sini tengah rasa nak cuba-cuba skincare yang baru tapi takut nak cuba? well... meh sini Ida review sikit pasal Oriderm dalam seminggu dua menggunakan skincare Oriderm ni tau. First tengok botol kecik-kecik ni..rasa okeylah sebab nak guna and pakai senang. Sebab 3 step je kan. tak leceh nak kne bubuh banyak-banyak step kat muka :) 

so dia ada 3 jenis botol eh.. step-step dia Ida dah pernah bgtau kat entry Oriderm sebelum ni..





Tengok tu bukti Kita guna sendiri okeyh..bukan sekadar just ambil gambar then masuk kat belog je tau :) 
Tekstur skincare ni ringan je..tak likat sangat and tak banyak buih. Which is good, sebab dengar cte orang kata skincare yg banyak buih tu byk chemical.. errmm no comment la tentang part tu ya. Yg ni set Remaja yg Ida pakai, sesuailah utk umur-umur macam Ida ni :)

Untuk set Penuaan korang boleh guna yang ni : 







Untuk set ni sesuai untuk kulit yg lebih berusia tau, sebab die anti-penuaan..so far Ida rasa skincare Oriderm ni bagus sebab dia ada set khas sendiri untuk 2 jenis golongan umur kan. So orang boleh pilih nak set yg mana satulah :)

So kalau korang rasa nak cuba try atau nak lebih info testimoni tentang products ni boleh try usha di Instagram dorang di : http://instagram.com/oriderm_malaysia

Terima Kasih sudi baca ;)


p/s : my new link blog yg lebih RINGAN dan lebih CANTIK boleh view di : http://mansortwins.com/




---> Muka without mekap and contact lense selama penggunaan Oriderm ya, actually ada jerawat sikit-sikit..tipulah kalau flawless gila lepas guna..cuma Oriderm ni buat muka kita lebih 'ok' la so far. Anyway korang boleh tengok review blogger lain juga tentang Oriderm ni. Dah banyak yg review dh sbnrnya :) 



Sunday, August 3, 2014

OOTD Raya

Hi semua,



kalau korang nak baca entry penuh pasal ootd raya, korang jangan lupa tau klik dekat SINI
Sebab twin dah buat website blog..so apa - apa update memang twin akan update blog dekat sana je..
don't worry blog sana lebih mesra alam, lebih cantik dan lebih senang nak reply dan balas komen ok ^^


Friday, August 1, 2014

STYLE with MILKTEE


KLIK SINI untuk baca entry kita eh..tu link blog ktorng yang baru...hehe rumah baru bagi dunia blogging  MANSOR'S TWIN. Nak tahu g usha link tu ok?