Monday, June 30, 2014

Kita pun nak kulit cantik!

Kita orang perempuan memang suka sangat belek muka, pendek kata tiap2 kali nak mandi and pergi tandas tu mesti kita akan belek-belek muka kita kan?. Takuttt je kalau-kalau tumbuh jerawat baru kat muka...eee menci :( siapa suka bila ade jerawat tumbuh betul x? 

pastu mulalah down bila nampak muka ade jerawat seketul seketul kat muka...adoiii memang bikin stress giler kan tengok jerawat tu...dahtu bila belek-belek majalah tengok pula retis-retis yg lawa gila nak mampos tu. Paling kita jelez dengan si che ta tu...lahaiii dh tua pun asal lawa sangat? giler kita yg anak dara ni pun kalah!. Tapi dengar cita kalau nak jadi lawa macam dorang,kena pergi buat suntikan vitamin c la..botox la..giler! korang berani ke? 


kalau kita memang tak berani arr kan.. so setakat ni hanya berani mencuba pakai skincare yg best-best jela :) dengar cte ade skincare terbaru nama die Oriderm...well korang dah tau kt kebanyakannya, sebab kita dah pernah explain sebelum ni kat blog kita. Tapi takpelah kita share juga kat sini ea..kang tak kongsi kat sini orang cop kita pemalas pula..hehehe :p 


Set Remaja / Teenager Set
-------------------------------
1. Clear Mild Wash
• Mencuci atau membersihkan wajah sambil membantu melembapkan lagi kulit wajah.
• Mencerah dan memberi tona kulit yang lebih sekata.
• Bertindak sebagai penyegar dalam masa yang sama menyeimbangi kadar PH kulit wajah untuk mengurangkan keadaan kulit yang terlalu berminyak atau terlalu kering.
• Mengurangkan kesan cela pada wajah
• Gel yang dapat melembapkan kulit wajah
• Melindungi kulit dari kesan persekitaran seharian yang menjejaskan kulit wajah.
Cuci muka terlebih dahulu menggunakan Clear mild wash. Bilas keringkan dengan tuala/kain yang bersih. Titikkan Clear Balancer ke 5 bahagian di muka; dahi, pipi kanan, pipi kiri,hidung dan dagu sebelum meratakan dengan mengurut wajah secara perlahan-lahan menaik ke atas. Clear balancer menyerap dengan mudah dan cepat ke dalam kulit wajah. Terakhirnya, sapu Clear Repair Essense juga dengan cara yang sama. Selesai.
-----------------------------------
1. Absolute Cleansing Gel
• Gel pencuci yang memberi kesimbangan PH pada kulit wajah
• Mengurangkan kotoran dan kesan cela pada wajah
• Kulit akan lebih mudah menyerap kebaikan setiap kali selepas cucian
• Mengaktifkan sel kulit
• Berfungsi mengurangkan kesan parut
• Anti-oksida
• Anti penuaan dan memberi kesan lembap pada wajah
• Membantu membaiki tekstur kulit
• Melembut, ,melembap dan menyuburkan kulit
• Memastikan kulit wajah sihat dan cerah
• Melembap dan menyuburkan kulit
• Istimewa kerana formulasinya diekstrak dari tumbuhan marin
• Menjadikan kulit lebih lembut dan cerah
Cuci wajah dengan menggunakan absolute cleansing gel terlebih dahulu. Bilas dengan tuala/kain yang bersih. Titiskan Absolute Hydro Fluid ke 5 bahagian pada wajah; dahi, pipi kiri, pipi kanan, hidung dan dagu sebelum meratakannya secara menaik pada wajah. Sapu Absolute Serum diikuti dengan Absolute Hydro Cream dengan cara yang sama.


2. Clear Balancer
3. Clear Repair Essence
Langkah pemakaian


Set Anti Penuaan / Anti-Ageing
2. Absolute Hydro Fluid
3. Absolute Hydro Serum
4. Absolute Hydro Cream
Langkah pemakaian

Price : RM150 (teenagers set) and RM280 (anti-ageing set)
Instagram : Oriderm_Malaysia
To know more about Oriderm, boleh consult mereka di talian : 018-2228080 / 016-4224439.

ok sekian mekaseh..happy shopping and selemat berbuka puasa u'olss! :) 




Tuesday, June 24, 2014

Oriderm? apa tu?

Assalamualaikum and hi korang :)
Perkara paling ditakuti kebanyakan anak muda khususnya gadis adalah kulit wajah kusam dan tidak menarik serta proses penuaan yang mengganggu tahap keyakinan. Itu adalah masalah yang sering kali berlaku dan masih belum ada formula terbaik bagi menyelesaikannya.

 Kini tidak lagi!
 


 
ORIDERM yang mengangkat juara program realiti Projek Metro dan kini sudah pun bertugas sebagai penyampai radio dan pengacara TV popular, Norliza Khairudin sebagai duta rasminya tampil memperkenalkan EKSPERIMEN LUAR BIASA dan terbukti berkesan dalam menyelesaikan masalah anda.
Selain bungkusannya yang menarik dengan HARGA PALING RENDAH, produk kecantikan ORIDERM memperkenalkan formulasi tersendiri diekstrak dari tumbuhan marin yang terbukti mengubah wajah Norliza Khairuddin jauh lebih berseri, cerah, licin, lembut dan segar muda.
ORIDERM yakin memperkenalkan dua set utamanya yang menjadi tumpuan selepas menerima reaksi positif kesemua penggunanya adalah ALTERNATIF TERBAIK buat semua anak muda untuk memiliki wajah jelita dan cerah.
 
Pertamanya, SET REMAJA yang lengkap dengan pencuci wajah, krim mengimbangi kadar PH kulit wajah dan krim pelembab adalah penyelesaian kepada semua anak muda yang impikan wajah kekal berseri dan licin selain tekstur dan tona warna kulit wajah jauh lebih cerah sekata.
 
Produk keduanya, SET ANTI PENUAAN (Anti Ageing) pula adalah formula yang berbeza dari kebanyakan produk anti penuaan lain. Tidak sekadar memberi kesimbangan PH pada kulit wajah dan mengurangkan kotoran juga kesan cela pada wajah, set anti penuaan ini bertujuan mengaktifkan sel kulit yang berfungsi mengurangkan kesan parut.
 
Set ini juga lengkap untuk anak muda yang inginkan wajah segar, muda dan menarik kerana ia memberi kesan lembap pada wajah, membantu membaiki tekstur kulit, menyuburkan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut dan cerah.
 
Akui Norliza Khairudin yang sudah mencuba ORIDERM sejak tiga bulan lalu, kedua-dua set istimewa ini adalah PENYELESAIAN TERBAIK untuknya mendapatkan kulit wajah bersih dan lebih menarik.
 
 "Saya seperti remaja lain, mencuba dan terus melakukan eksperimen bagi mendapatkan produk paling sesuai dengan kulit muka. Namun selepas meneliti kandungan dan bahan yang digunakan iaitu ekstrak tumbuhan marin, saya mencubanya.
 
"Ternyata kurang seminggu selepas mencuba, saya lihat sendiri perbezaannya. Kulit lebih segar, licin dengan tekstur dan warna kulit lebih cerah sekata. Saya rasa ringan dan bersih setiap kali selepas mencuci dan ORIDERM benar-benar memberikan saya keyakinan dengan memiliki wajah lebih menarik.
 
"Harganya murah dan hasilnya cepat. Jangan ragu untuk mencuba kerana anda mungkin akan mengalami pengalaman LUAR BIASA saya bersama ORIDERM," katanya.
 
Dapatkan dua set istimewa ini dengan harga promosi; Hanya RM150 untuk Set Remaja dan RM280 untuk Set Anti Penuaan. Rasaikan sendiri perbezaannya dan mulakan hari anda dengan ORIDERM hari ini!
 
Hubungi kami di talian 0182228080 atau 0164224439 untuk keterangan lanjut dan menempah set anda hari ini. Anda juga boleh melihat sendiri KEBERKESAN kami di laman instagram : Oriderm_Malaysia.
 
Malah anda turut berpeluang mendengar dan melihat sendiri Norliza Khairudin berkongsi pengalamannya bersama ORIDERM. Cubalah!
Set Remaja / Teenager Set
-------------------------------
1. Clear Mild Wash
• Mencuci atau membersihkan wajah sambil membantu melembapkan lagi kulit wajah.
• Mencerah dan memberi tona kulit yang lebih sekata.
2. Clear Balancer
• Bertindak sebagai penyegar dalam masa yang sama menyeimbangi kadar PH kulit wajah untuk mengurangkan keadaan kulit yang terlalu berminyak atau terlalu kering.
• Mengurangkan kesan cela pada wajah
3. Clear Repair Essence
• Gel yang dapat melembapkan kulit wajah
• Melindungi kulit dari kesan persekitaran seharian yang menjejaskan kulit wajah.
Langkah pemakaian
Cuci muka terlebih dahulu menggunakan Clear mild wash. Bilas keringkan dengan tuala/kain yang bersih. Titikkan Clear Balancer ke 5 bahagian di muka; dahi, pipi kanan, pipi kiri,hidung dan dagu sebelum meratakan dengan mengurut wajah secara perlahan-lahan menaik ke atas. Clear balancer menyerap dengan mudah dan cepat ke dalam kulit wajah. Terakhirnya, sapu Clear Repair Essense juga dengan cara yang sama. Selesai.
Set Anti Penuaan / Anti-Ageing
-----------------------------------
1. Absolute Cleansing Gel
• Gel pencuci yang memberi kesimbangan PH pada kulit wajah
• Mengurangkan kotoran dan kesan cela pada wajah
• Kulit akan lebih mudah menyerap kebaikan setiap kali selepas cucian
2. Absolute Hydro Fluid
• Mengaktifkan sel kulit
• Berfungsi mengurangkan kesan parut
• Anti-oksida
• Anti penuaan dan memberi kesan lembap pada wajah
3. Absolute Hydro Serum
• Membantu membaiki tekstur kulit
• Melembut, ,melembap dan menyuburkan kulit
• Memastikan kulit wajah sihat dan cerah
4. Absolute Hydro Cream
• Melembap dan menyuburkan kulit
• Istimewa kerana formulasinya diekstrak dari tumbuhan marin
• Menjadikan kulit lebih lembut dan cerah
Langkah pemakaian
Cuci wajah dengan menggunakan absolute cleansing gel terlebih dahulu. Bilas dengan tuala/kain yang bersih. Titiskan Absolute Hydro Fluid ke 5 bahagian pada wajah; dahi, pipi kiri, pipi kanan, hidung dan dagu sebelum meratakannya secara menaik pada wajah. Sapu Absolute Serum diikuti dengan Absolute Hydro Cream dengan cara yang sama.


Selamat mencuba korang! :)
 

Tuesday, June 17, 2014

EH!! OMG FEST? apa tu??

Kalau korang nak tahu, kembar suka sangat pergi bazaar yang kumpul banyak-banyak online shop ni. Yelah sebab senang nak shopping ikut kemampuan, iyelah sebab pilihan banyak. Mana tidaknya banyak peniaga yang menjual ada dari pelbagai lapisan kott...dari pelbagai media sosial online seperti IG Shop hinggalah ke FB tau :) dan dari harga yg jual murah-murah hinggalah kepada yg mahal. Best sebab boleh pilih ikut keselesaan dan kemampuan kita. Nak yg mahal ataupun murah, semua pilihan terletak di tangan kita! best kan? :)

Kalau pergi kat butik-butik pula, kita selalunya dah tahu dan boleh agak dah berapa selalunya rege baju-baju kat butik-butik tu kan?. Well..kembar jarang shopping, tapi bila shopping kembar suka shopping kat tempat-tempat camnilah. Senang and lebih puas, sebab lebih murah plus boleh dapat baju yg cecantik. Siapa kata kalau pakai barang branded je baru boleh nampak stylish and bergaya?. Sebenarnya kalau pakai barang branded pun tapi tak pandai mix and match tak guna juga. Still tak boleh menyerlahkan gaya kita yer tak?, ia sebenarnya terpulang pada diri masing-masing dalam menata gaya dan expresikan diri masing--masing melalui pemakaian dan gaya yg kita nak tonjolkan. Yes barang jenama adalah suatu kelebihan, tapi kalau kita bijak dalam suai padankan gaya insyallah kita tetap akan nampak elok walaupun kita sebenarnya pakai shawl RM10 je pn :) 

By the way dah terlanjur kembar cerita serba sedikit pasal bazaar, kembar nak juga berkongsi dengan korang tentang satu event ni. Dengar cte OMG FEST 2014 anjuran Zaynia Team dengan kerjasama majalah Stailista pada 27 dan 28 JUN 2014 (Jumaat & Sabtu) akan buat satu jualan besar-besaran diamana ia akan mengumpulkan RAMAIIIIIIII online seller dalam satu tempat!. Kat mana? ia berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) okey!. Kembar cerita tentang ni, sebab kembar sukaaa pergi tempat-tempat macamni yang kumpul banyak online seller kat satu tempat. Senang!! sebab kembar dapatttttttttttttt banyak pilihan dan boleh memilih sikit ikut budget kita utk shopping tau :)


so kalau berminat korang bolehlah datang kat sini okey? ajak kakak, abang datok nenek semualah untuk shopping!! plus kembar pun ada kat sana nanti. Bolehlah HALLO-HALLO kembar kat sana nanti okeyh ;) Plus dengar cte ROZITA CHE WAN, ARJA LEE & YATT HAMZAH ada! eeei best giler! kembar dah lama giler teringin nak meet up barbie doll hidup che wan tu tau. Takkk sabauuuu rasa nak tunggu event ni start! hewhew ..

oh ya before lupa, kembar juga nak bgtau yg OMG FEST masih ada 100 kekosongan booth lagi okey. So pada siapa yg nak menjual dan mencari rezeki tu, bolehlah contact OMG FEST ni tau. Details seperti di bawah ok. Good luck semua pada yg menjual dan selamat datang semua pada siapa yg nak datang event ni ok?. Siapa datang korang memang KEWL okeh! nanti bolehlah jumpa-jumpa dan selfie kat sana nanti ye..hehehe :p

okeyhlah tu je nak cerita, dah lewat ni kembar nak tidur dulu. Nyte semua! nanti kembar update lagi story pasal benda lain pula ya. Assalamualaikum :)

-----------------------------------------------------------------
RINGKASAN OMG FEST 2014
Tarikh: 27 & 28 JUN 2014 (Jumaat & Sabtu)
Tempat: Dewan Utama, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
Masa: 10am - 7pm
Butiran booth:
Saiz tapak: 6ft x 6ft
Size Meja : 4ft x 4ft dengan 2 x kerusi
Sewa: RM 600 (2 Hari)
*Master plug disediakan (extension plug bawa sendiri)

Kelebihan:
1. Suasana dewan berhawa dingin yang tertutup memberikan keselesaan untuk peniaga dan pengunjung
2. Susun atur dan jarak antara booth serta laluan pengunjung luas dan teratur (5ft luas)
3. Penyewa boleh pilih lokasi booth
4. Percuma 10 SAAT SLIDE SHOW (disediakan sendiri oleh peniaga). Penganjur turut menyediakan TIGA SKRIN PUTIH BESAR di dalam dewan untuk peniaga mempromosikan produk/booth masing-masing
FB: www.facebook.com/omgfest2014
IG: omgfest2014 #omgfest
----------------------------------------------------------------

Untuk tempahan booth atau sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor dan emel tertera.
WhatsApp ONLY : 012-426 9280 / 019-279 6275
Call/SMS ONLY : 011-2626 1656 / 019-279 6275
E-mail: enquiry.omgfest@gmail.com




written by : Ida Mansor

Wednesday, June 4, 2014

Wedding Cik Epal

Kata orang cinta ini punyai banyak maksud, banyak cara dan banyak juga definisi, biar apa orang kata

Asalkan kita tahu beza batas diri antara cinta dan kententuan ilahi. 


Waktu cik epal whassap twin kita ida mansor nak alamat, kita tak agak pun dapat setiap sorang kad, mean sorang dapat satu, kitaorang baca, kitaorang selak…ketawa bersama, sebab cik epal ni siap tulis Iena Mansor & Partner, Ida mansor & Partner, terus tergelak pandang satu – sama lain, rasa lucu je sebab masing-masing faham sangat fikiran satu sama lain, siapa lagi teman paling sejiwa kalau kitaorang as kembar yer tak?


Pastu mula lah kitaorang fikir nak pakai baju apa, kasut apa nanti sebab sure wedding cik epal banyak jelitawan nanti..tapi tak sangka pula bila dapat whassap cik epal undang jd bridesmaid dia..happy sangat campur segan, sebab tak kenal kawan-kawan cik epal, siap dia mintak ukuran badan setiap dari kitaorang semua (thebridesmaid) untuk jahit baju kitaorang semua, paling best siap dapat shawl lip lap gitu…serius tak sangka cik epal bersungguh dan serius nak kitaorang jd bridesmaid dia.

Waktu kitaorang semua berkumpul dan berkampung tidur kat hotel blue wave shah alam, malam tuh lah kitaorang bersesi suai kenal…ceh suai kenal sangatlah..macam orentasi pula..mula lah Tanya usia memasing, dan borak-borak itu ini…tak sangka pula diaorang ni jenis sesuai kita nak bercakap dan borak, dorang semua sempoi je..so hilanglah rasa segan-segan bacang tuh…

Pagi esok iena dan kembar terus bersiap..iena siap bangun pukul  5 pagi lagi, sebab nak kene mekap kan adiela bridesmaid cik epal juga dan dua adik cik epal yang sempoi jer tuh..ida pun mekap kan adik cik epal juga..so proses mekap tuh cepat je siap. btw make up by me :)


Dah bersiap, rasa diri ni dah cantik ofcourse lah wajib berselfie..sebernanya banyak gambar selfie kat bilik kitaorang ni….hahaha semua suka selfie ni. Kitaorang berempat sebilik, tapi adiela tidur dekat bilik sebelah bersama dua adik cik epal :)


Lepas semua dah bersiap, kitaorang pun berkumpul, masing-masing dah sedia tahu apa nak buat…tapi serius kitaorang semua tak sangka dulang hantaran tuh berat sangat sebernaya..ada yang agak ringan, paling kesian yang kene angkat kek atas dulang pegapit..baru tahu kek yang deco-deco cantik kemain berat semuanya, tapi sebab cik epal punya big day semua sanggup, demi kawan semua tak kisah sangat pun..masing tergelak sebab tak jangka dulang berat. Lol


Waktu ni Jofliam tengah muka nervous..ketara kot!! Kita dengan fatin senyum je tengok dia Nampak macam muka nervous dia, tapi kagum sikit ngan cik epal, tenang dan tak nangis pun waktu akad nikah, kalau kita mungkin dah nangis laju-laju sebab sedih berpisah dengan kembar..ceh sedih sebab kembar sebernya bukan sebab terharu..lol :P

 
Sah sudah akad nikah ijab Kabul, senyum lebar je dedua ni.

Time ni waktu pagi, diaorang nikah..tak ramai orang sangat pun sebab orang terdekat je banyak datang, yang ramai meletup gitu ramai orang waktu dioarang sanding majlis tengahari itu :)


Time ni semua nak bergambar selepas majlis nikah selesai, lega tengok semua happy, majlis pun lancar je, majlis sempurna, tenang je dan cantik tengok dekorasi tempah nikah diaorang.serius memang cantik tau.


Three both of us, time ni tengah lapar sebab tak makan lagi, tapi sebab suka selfie punya pasal, so selfie pun di dahulukan.

Lepas makan, kitaorang pun bergambar dengan tetamu yang hadir waktu cik epal punya majlis sanding J
Siapa kenal diaorang ni mesti tahu siapa jejaka-jejaka di atas, sangat femes dan sangat Berjaya tau!
Annas dengan adiknya ashrry.


Kami bergambar dengan photo incik baha dan zainatun adilah :)


Three both of us bergambar dengan fana dan model letup cik ara lee.


Gambar ni waktu nikah…semua happy sebab sekejap je majlis nikah selesai dan lancar je semua :)


Tak sah kalau takde gambar pegantin..cik epal cantik sangat dengan baju dan veil dia pakai, Nampak lawa sangat, berseri – seri :)


Ida bersama name roslan blogger cantik gila ni.







Moreee selfie pic

Twin khusyuk berdoa..hehehe
Btw mekap by me (ienamansor) ida punya dia mekap sendiri gak, tapi kening shading kita buatkan ^^

The bride with the bridesmaids

Sempat lagi kitaorang amik pick at picca both..sangat best tau..siap bergambar dengan blogger syafiqah hashim lagi


Bersama yna sakinah, ida mansor, fatin suhana, nisa kay, pengasas radiusite ika radiuste,
Dan teman-teman pn ika radiusite.


Twin bersama dengan cik adiela comel ni..dia pun kita yang mekapkan 
Kita mekapkan dia nipis je..sebab dia tersedia cantik gila okeh ^^


Ida bersama syafiqah hashim. Dia ada lagi banyak sebab camera phone dia cantik….camera kita x cantik pn..sbb pakai phone biasa :’)


Kami bertiga bersama yna sakinah, dia ada butik sendiri D’qoya namanya


Ida bersama Puan Epal


Kita bersama Puan Epal juga..cantik sangat lah P.Epal ni..dahlah slim melim gitu.
Rajin dia jaga makan dan badan. 


Keseluruhanya, majlis P.Epal dan suami memang superb sangat, twin enjoy sangat-sangat sepanjang majlis itu.
Makanan sedap, dekorasi cantik gila, semua bridesmaid sempoi gila, baju dan shawl pn cantik pemberian P.Epal untuk baju bridesmaid ni.
Semua bestlah..thank sebab sudi jemput dtg majlis dan sudi ajak kitaorang jd bridesmaind cik epal tau…enjoy sangat dapat jumpa semua blogger-blogger dan kawan yang lama gila tak terjumpa. Kalo bukan kerana wedding cik epal, tak terjumpa lah kita semua ni..ni lengkap semua blogger ada, siap pen merah ada,syafiqah, namee, nisa kay dan lain – lain.
Walaupun tak sempat bergambar mana yang kenal atau terlepas pandang, tapi wedding cik epal memang terbaik, sangat best dan sangat cantik!!!
Geram sangat tengok cantik gila hiasan pelamin, bunga-bunga dan semualah.


 


Yang ini teaser video kitaoarang dapat dari cik epal, sebernya iena ada bg ucapan dia pelangiputih dah cut dalam ni dah..so kita punya ucapan takder, ida punya pun sikit jer….tapi tak tahulah kalau dekat full video yang dah siap nanti ada ker tak full ucapan punya..hehehe J


Btw thank you fatin sebab sudi hantar kitaorang sampai rumah, tahu fatin penat, tapi fatin hantar juga :’) thank you sangat..love u lah..hehehe :D nanti wedding fatin confirm kitaorang datang ^^

Akhir sekali buat P.Epal dan suami
Iena serta kembar doakan yang baik-baik untuk kalian berdua.
Seronok tengok korang berdua, saling tersenyum suka waktu wedding korang, Nampak cute sangat dah macam merpati dua sejoli.

moga berbahagia buat kalian berdua yah.



Puisi :

Penyatuan dua hati

kasih bersemi bertamu di hati

biar ikatan ini

kekal sampai mati,

moga bertemu di syurga nanti

agar ikatan ni sentiasa bersemi dihati.

Moga puan epal dan suami

Berjaya berjuang sampai ke titik akhir nanti.


Selamat pegantin baru J
 Dari Iena dan kembar.

Written by : Iena Mansor.


Tuesday, June 3, 2014

Event Bayahista 2014


Hi, Pernah tak korang berangan jadi gadis ala – ala hijabista? Berangan nak bercantik – cantik, konon diri ni persis cantik macam Fatin liyana, tak pun merasa diri ni anggun sepersis Felixia Yeap?

Kadang – kadang nak merasa cantik tak susah? Nak melawa dan bergaya juga tak susah, Mengapa?

Sebab perempuan sekarang dah tak macam dulu, kalau dulu – dulu dengan teknologi terhad memanglah susah kita nak tahu update dan apa terkini untuk bercantik-cantik kan diri betul tak? 

Lagi – lagi untuk mereka yang suka bergaya, mesti nak tahu apa yg trend terkini, warna apa yang hot, fesyen apa yang meletup?dan mekap apa yang cantik? Yang suka berjimat mesti suka kalo dapat  belajar jahit dan punyai skill jahit untuk jahit impian baju sendiri yer tak?


Kalau korang nak tahu, iena ada lihat kat beberapa selebriti femes Instagram update pasal event ni, macam best jer..macam nak pergi je..sebab? Motif? Ofcourse tergoda nak persgi sebab suka join dan pergi event-event macam ni..paling best korang boleh dapat tips dari blogger femes yang pakar fesyen? Siapa tu? Kalo korang pengemar fesyen mesti kenal diaorang ni tau J


My friend famous amos fatin suhana, dan blogger shea rasul dan Nadia Sabrina.

Raja Nadia Sabrina – Blogger Fesyen (http://www.rnadia.com/)
Shea Rasol – Journalis Fesyen  (http://www.myamethyst-shea.com/ )
Fatin Suhana : http://fatinsuhana.blogspot.com/

Paling best pasal event ni, korang boleh masuk PERCUMA, ingat ya..percuma..lagi-lagi korang boleh tour cuci mata tengok barangan jualan sepanjang event tuh sebab banyak bazaar-bazaar buka booth di event tuh. Korang juga boleh dapat belajar jahit percuma dari Kak Yasalma, top designer yang sangat femes dekat facebook tau, ingat murah ke kalao nak belajar jahit dari kak yasalma? Mahal tahu, so ini memang peluang keemasan korang tau!!! Paling best korang akan didendang lagu-lagu yang sangat asyik dari si cute miut Najwa latif..tiba-tiba teringat lagu dia yang ‘kosong-kosong’…best tau dengar suara dia..lunak jer..



Ini baju yang kak yasalma pernah buat dan keluarkan untuk koleksi dia yang kali lepas


Najwa latif akan buat persembahan kat sana nanty, korang boleh juga bergambar dengan dia kalo minat sangat dengan si comel najwa ni tau J
Lagi apa yang ada? Mestilah ada fashion show!!! Tak sah kalau takde..event-event gini memang wajib ada fashion show tau..baru best dan gempak? Tak gitu? Kalo yang jenis jarang tengok fashion show, meh lah dating..kita duduk tengok sama-sama yer..

 

Ok lah mesti ramai tertanya – Tanya event buka sampai bila yah?

Event ni Cuma terbuka untuk dua hari je tauuu..so sangat rugi bagi sesiapa yang tak datang, yelah mana lagi nak dapat pergi event dengan dapat tips percuma, demo solekan, demo belajar jahit dan paling best boleh tgk fashion show dan jumpa blogger yang femes letup sangat tuh, dan dapat tengok persembahan percuma Najwa Latif!!

Event bermula dari 7 jun hingga 8 June , 10 pagi hingga 7 malam sahaja tau!!!

Bagi yang akak-akak. Makcik-makcik, anak dara yang dah tak sabar dan cari baju raya dan pening fikir pasal nak bergaya apa untuk pagi raya..ha apa kata korang pergi serbu event dia 7&8 ni tau..korang juga boleh belajar dari demo solekan percuma nanti..best kan..boleh bermekap-mekap bagai di pagi raya nanti..tup tup kalah felixia yeap nanti dengan korang!! Hahaha…

 Ok cerita tak abes lagi ni…ada tak yang teringin nak jadi model? Nak join sama – sama dengan model – model lain meriah majlis dan buat fashion show dengan memakai pakaian yang direka oleh pereka-pereka fesyen yang top- top nanti?

Kalau ada yang berminat nak jadi model, korang boleh join dan sertai pencarian casting model event bahayista 2014 ni tau J ni senarai nama butik yang terlibat untuk fashion show nanti tau..semua butik-butik ni sangat femes tau!! Dan punyai pengikut yang tersendiri…hehehe

Butik Eja Shahril Collection, Sarung Anggun
Ammara, Minaz
Eiman Damia, Hijabella Safiyya
Hijria Home, Awni
Leeyana Rahman, Atika Exclusive


Oh yah, kalau korang nak tahu, event ni juga di anjurkan oleh Moslema In Style, dorang juga pernah buat dua kali event Moslema In Style berturut-turut juga dekat PWTC juga, kalo korang nak tahu pasal event dia yang lepas, korang baca kat entry kita yang lepas.
Ada dua entry kita cerita psal event ni. Best sgt tau J time ni fatin liyana, Datin Najjah semua ada tau..korang boleh baca nanti J

Entry 2013 moslema in style : http://www.networkedblogs.com/RH8XE

Oklah dari celoteh panjang tak guna juga..kalah nak tahu info lebih lengkap, lebih sempurna korang boleh serbu link ok :

Facebook :

Instagram :
Tempat : Red Carpet Avenue - Encorp Strand Mall, Kota Damansara

Penganjur :
Pergerakan Puteri Umno Malaysia (Puteri Umno)
Yang Berhormat Mas Ermieyati Samsudin (Ketua Puteri Umno )
Biro Ekonomi  & Usahawan Puteri Umno Malaysia

Pengurus Acara : Moslema In Style

Muahh..xoxo jumpa nanti!