Sunday, February 9, 2014

Falling in love

Kalo dulu, iena selalu tengok die, rasa suka sangat, suka untuk dibawa kemana-mana, pergi jalan - jalan, pergi makan, dan juga pergi bawa jumpa kawan!

suka apa yer?

bila tengok, tersenyum je sorang, hati terus melompat suka. Mata pula tak lepas pandang?

ha apa tuh ye?

orang kata kalo dah suka, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, betul ke? ok, itu tipu je! haha :D


Actually iena nak kenalkan dengan korang koleksi yang buat Iena jatuh hati sangat.

warna pun lembut sangat, memang sesuai dengan citarasa Iena, bagi yang sama selera, kira
kita geng lah yer ^.^


closed up, untuk lebih dekat tengok corak dan warnanya.

ni pic favourite iena..hehehe..serius selesa pakai baju ni, korang boleh pakai waktu
nak g event, atau jalan-jalan tempat yang best sikit ker..pergi kenduri pun boleh pakai baju ni ok :)


kaler ni paling hot, baru jer upload semalam dekat fanpage, dah ada orang beli tau. bagi yang nak beli,
cepat-cepatlah pm, sebab Iena tak buat banyak tau

bila pakai baju ni, terus datang mood happy, sebab iena memamg suka warna pastel dan corak yang
sweet-sweet je..hehehe..^^


warna baby purple pun ada gak, baju ni koleksi english chiffon, bagi peminat english flower ni, bolehlah dapatkan di fanpage kami untuk order dan lihat semua koleksi Iena yer ^^

korang klik je, di bahagian text yang iena dah gariskan, naty dia akan auto jer terus pergi kat fanpage iena yer ^^




akhir sekali, tq kat korang sebab sudi baca tau <3 p="">

much appreciate it.

with love
Iena Mansor.

p/s - hari ni waktu iena nak type cerita pasal my new collection, petang karang iena akan di interview
oleh harian metro untuk slot fesyen. i talk about my online biz dan my collections.
korang doakan lah moga my biz akan berjaya dan murah rezeki yer ^^

amin.




Tuesday, February 4, 2014

My Daily Routine Hair care

Siapa setuju dengan ayat di atas?  bagi iena kecantikan itu subjektif, dan ya, setiap perempuan pasti
mempunyai kecantikan yang tersendiri, dan memang bukan semua orang dapat melihat kecantikan pada diri seseorang itu, terpulang pada mata yang melihat, dan terpulang pada pemikiran yang mentafsir.

Selalunya bila perempuan cakap pasal kecantikan, memang ramai perempuan mudah teruja.

Tipulah kalo perempuan tak suka kecantikan? Alangkah pengkid pn berusaha nak kelihatan handsome dan menarik, apatah lagi perempuan sejati kan?

Tiap perempuan mesti ada cara dia tersendiri jaga kecantikan masing - masing.

untuk kali ni, iena nak share pasal rambut.

kalo dulu, Iena memang malu sangat kalo orang terlihat rambut Iena, even perempuan je yang boleh melihat?

kenapa ya? sebab dulu rambut Iena sangat kasar dan kering. Dulu selalu terfikir kenapa rambut kita kering,
kenapa dia kasar sangat, dah pakai macam - macam shampoo pun still kering.

Alhamdullilah bila Iena jadi student beautician, Iena dapat Treatment free untuk rambut, full package, kalo 
orang luar nak amik dekat salon, treatment full package, kata kawan Iena around 500 paling murah
untuk yang bagus punya rawatan.

sejak itu Iena mula jaga rambut Iena.
No more pakai sebarangan shampo murah, di nasihatkan sangat-sangat, sebab tak berkualiti pun.

dulu Iena pakai Safi j, rambut Iena dan kering, tapi jadi makin kering, rambut still kusut..kalo sikat rambut mesti ada yang gugur juga sebab rambut kusut sangat T.T' Tskk tapi maybe sebab safi tak sesuai untuk Iena, tapi untuk orang lain maybe ok.

Sekarang sejak iena jaga rambut Alhamdullilah getting better.

What prododut i use?

1.Serum Rambut Rm25 Only tahan utk sebulan lebih (Iena pakai dalam 4/5 kali seminggu)
2. Hair Mask (Olive organik product) kalo korang nak boleh pm iena tau.
Series best mask ni, sebab dia boleh jadi conditioners rambut sekali tau
Iena pakai dalam 3/2 kali seminggu
3. Shampo lengkap dengan pelembap sekali, jangan kedekut untuk pakai pelembap rambut banyak2
Brand - Shishedo Tsubaki

Dulu rambut iena kering macam dalam gambar sebelah lah..now alha,dulilah tapi better dari dululah :D

bagus sebernya buat treatmeant rambut, lagi - lagi yang rambut kering.
untuk hijabista yang pakai tudung, korang elakkan lah pakai tudung dengan rambut basah, ia akan
buat rambut korang lagi mudah rosak.



yang inilah mask yang iena katakan, kalo korang beli ni dari iena, akan dapat free shower cap, so tak perlu risau nk kene cari shower cap pula lah kan ^.^


isi dia warna putih, bau pun wangi :)

Bila di rumah jangan sesekali ikat rambut korang, lepaskan je lah..kasi rambut korang bernafas sikit.
Kerapkanlah sikat rambut. Ni Iena memang suka buat..rasa kepala lebih ringan, tak tahulah untuk orang lain macam mana kan.

Sebernanya bagus kalo korang potong hujung rambut bawah korang sebulan or dua bulan sekali,. untuk elakkan rambut bercabang, tak semestinya kene pergi salon untuk potong hujung bawah rambut, macam iena selalu je buat sendiri, sebab nak potong hujung dia jer..sikit je..kadang-kadang baru pergi salun tau.

bila potong hujungg rambut korang, sekaligus rambut akan lg mudah dijaga, sebab dia mencegah dari rambut jadi mencabang, bila hujung bawah dah mencabang, maka dia akan merebak ke atas dan sekaligus rambut akan jadi mengerbang, sebab dah rosak. 

Iena suka sangat letak conditioner banyak - banyak sikit dekat hujung rambut, sebab part tuh lah paling rambut mudah kering.

Dulu main beli jer shamppo apa - apa, sebab nak murah punya pasal, tapi sejak iena buat free treatmeant dengan kawan Iena dulu, dan dapat macam - macam nasihat, sejak tuh baru ambil berat sikit pasal penjagaan rambut, Iena bukanlah nak cakap rambut iena dah cantik ker apa, tapi is getting better dari dulu. 
dia siap pesan, kalo iena nak tahu treatment kt buat ni full package punya tau, kalo dekat luar Rm500 tau untuk yg bagus punya lengkap yg full package, lepas ni jaga betul-betul rambut ni tau, kalo tak rugi jer buat treatment =.='

Sekarang baru Iena tahu, kenapa rambut artis kemain lawa!! Sebab dorang pergi buat treatmeant yang memamg mahal, tapi mahal - mahal pun kualiti sangat bagus, korang akan puas hati punya. Rasa macam nak buat treatmeant lg je nanti, tapi nanti dululah, bila rasa duit lapang sikit..Tehee..:D

btw sini iena sertakan cara pakai : 

Cara pakai pun mudah jer, kalo korang nak pakai as conditoner pun boleh tau (pakai selepas pakai shampoo) selapas tuh urut2 sikit di kepala, dan basuh. 

Cara Kedua : kalo nak pasak sebagai mask, korang pakai selepas mandi, sapukan mask ni di seluruh rambut, dan pakai shower cap, tunggu selama 15-20 minit dan kemudian boleh basuh.

Selepas tuh rambut akan rasa lebih segar, lembut dan wangi 

sedikit info megenai rambut :

RAMBUT NIPIS LEBIH MUDAH ROSAK
penggunaan sikat yang tidak sesuai atau terlalu kasar ketika menyikat rambut  boleh menyebabkan rambut bercabang dan mengalami kerosakkan.menyikat cara yang salah terutama pada bahagian rambut yang tipis akan menyebabkan rambut lebih mudah rosak.tetapi jika anda menyikat rambut mengikut cara yang lembut ,maka rambut tidak mudah rosak.
[patutlah rambut iena lagi mudah rosak, sebab rambut nipis rupanya] =.='

Terlalu Kerap mencuci rambut atau terlalu kurang mencuci rambut jika terlalu kerap mencuci rambut hinga setiap kali anda mandi perlu mencuci rambut ini akan menyebabkan kehilangan lembapan rambut dan rambut menjadi kering. Namun begitu jika anda sangat kurang mencuci rambut juga akan membawa kepada rambut rosak. Jika rambut jarang di cuci, rambut akan menjadi berminyak menyebabkan rambut senang gugur, selain itu kelumumur juga akan muncul menyebabkan gatal kulit kepala dan membawa kesan yang lebih teruk.

Tidak Perlu Cuci rambut setiap hari


Anda tidak perlulah mencuci rambut setiap hari. pastikan anda syampoo rambut anda sekurang-kurangnya selang sehari. kadang-kadang bila korang cuci rambut waktu pagi, tak sempat nak kering, then korang dah ikat rambut dan pakai tudung. rambut korang boleh jadi berbau dan rosak. even korang pakai hair dryer sekalipun, rambut belum tentu kering secara menyeluruh. tetapi.... ada tetapi ni...
Sekiranya korang jenis yang berpeluh, korang perlu syampoo setiap hari.
kang datang kerja, bau pelik pulak kan, bagi yang perlu syampoo setiap hari, hujung rambut anda mungkin akan menjadi sedikit kering. sekiranya anda mempunya rambut yang lebih dari paras bahu, pastikan anda menggunakan conditioner (pada rambut, bukan pada kulit kepala), dan letakkan sedikit serum sesudah mandi. pastikan nak cuci rambut tu, selepas balik kerja la kan.

Untuk mengelakkan rambut gugur, gunakan sikat yang bergerigi jarang.

Mewarnakan buat rambut mudah bercabang
Rambut bercabang disebabkan kebiasaan merawat rambut dengan cara yang kurang tepat. Selain itu kurangnya penjagaan yang sesuai dan tepat menyebabkan rambut mudah rosak. Salah satu tanda rambut rosak adalah bercabang pada hujungnya.
Meskipun sudah banyak produk perawatan rambut bercabang diperkenal di pasaran, namun tidak semestinya ia benar-benar berkesan dan sesuai untuk rambut seseorang.
Justeru, bagi yang mengelakkannya, cara yang paling efektif adalah dengan memotong atau merapikan bahagian rambut yang bercabang.

CARA MENGATASI RAMBUT ROSAK

* Cucilah rambut sekurangnya 2 hari sekali. Gunakan syampu yang sesuai dengan masalah rambut anda.
* Gunakan perapi yang mengandungi protein dan humectants untuk rambut berminyak sebaiknya elakkan perapi megena kulit kepala.
* Amalkan perawatan khusus seperti memakai hair mask sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk memperbaiki kadaan rambut.
* Meniniskan serum silikon khusus untuk melembutkan kutikel di samping menjadikan rambut bercahaya.




gambar ni keesokan harinya lepas dah pakai mask :)
rasa lega je sebab rambut dah lembut sikit ^.^

Info credit dari google. 

In sha allah, next time iena akan share pasal skincare routine pula tau, sebab 
bila jumpa keluar dengan kawan-kawan, ada jer yang tanya, iena pakai apa atau makan apa,
sampikan my eldest sys pun tanya, apa yang iena makan dan apa yang iena pakai.

p/s bagi sesiapa yg nak tanya pasal hair mask ni or nak beli boleh pm iena dekat sini : 

https://www.facebook.com/ChoicebyTWINS?ref=hl

untuk baca review blogger lain pasal this hair mask, boleh klik dekat SINI

Sekian, Terima Kasih kerana baca blog Iena :)