Saturday, January 25, 2014

What i like

Zaman kecil - kecil, adalah zaman paling indah bagi iena, iena pasti korang semua pun mesti ada pengalaman paling indah,kelakar, seronok dan benci kan?

Tapi apa yang buat paling rindu zaman kanak - kanak adalah bila semakin dewasa semakin ketara dan jelas tentang tekanan kehidupan.

Bila dah besar lah ni baru faham erti penat ibu bapa kerana bekerja just nak sara  kita semua satu family.

Serius iena cakap, iena kagum dengan mak ayah iena yang tak pernah putus asa bekerja, just untuk pastikan anak - anak cukup makan.

Bila ada pengalaman bekerja, sejurus buat kita makin matang. Kenapa? sebab hanya orang yang dah pernah bekerja dan sudah bekerja jer faham? 

Kadang tempat kerja, suasana sangat ok, rakan - rakan sangat bagus, tapi bos pula tak bagus, kadang - kadang pengalaman tempat lain , bos bagus tapi rakan kerja pula tak bagus, kadang - kadang ada juga bos sangat bagus, tapi kerja menimbun sangat penat tak payah cakap. Boleh jadi sangat stress, sampai boleh buat orang pening kepala, serius dulu time penat sangat kerja, iena selalu juga sakit - sakit, sampai muntah - muntah.

So pada saat - saat itulah kita paling teringat zaman kecik - kecik kita..terdetik dalam hati ' bestnya kalo jadi budak kecik balik' zaman paling best bagi iena zaman kecik - kecik.

Kenapa?

Sebab kecik - kecik iena ingat lagi, iena suka sangat conteng dan lukis..mak iena kata pernah iena dan ida nak conteng dinding, tapi mak iena pandai tau, untuk elakkan kitaorang conteng dinding, mak kitaorang rajin belikan kitaorang color book.


Bila pergi mana - mana, memang color book lah iena bawa, dengan senyuman tersumbing tuh, sambil pegang pensel color dengan jalan terkedek - kedek bawa color book punyalah bangga tunjuk mak lukisan kita.

Padahal tak lawa pun, sebabkan sayangkan anak, mak cakap juga, ' pandai iena lukis, lawa' sambil cium atau peluk iena' punyalah bangga time tuh..ingatkan betul - betul lawalah lukisan tuh..hahaha

Iena jamin semua ibubapa macam tuh kan?

Kalo balik kampung, iena dan ida waktu kecil- kecil, suka merengek mintak balik sebab bosan, sebabkan itu juga mak iena akan belikan color book tiap kali nak balik kampung time zaman kitaorang kecik - kecik.

Bila fikir balik, punyalah sayang betul ibu bapa dengan kita kan?

Hope suatu hari nati allah murahkan rezeki iena, bolehlah iena senangkan mak ayah iena.

Kecik - kecik juga iena memang suka sangat main color, sebab tuhlah suka kaco barang mekap mak, hahaha..tapi ida tak berapa sangat, tapi kalau color book gambar barbie, kemain excited kitaorang akan main kaler-kaler.

Pernah satu hari mak iena check buku kerja sekolah iena dan buku teks.

Guess what apa mak iena jumpa?

penuh kesan - kesan conteng, kartun iena lukis...hahaha..bila fikir balik, bukan rajin sangat belajar..main jer tahu...!!! mak iena sangat bersabar ok..hihi

Sebabkan tu lah bila dah besar mak iena sangat galakan kitaorang amik graphic design.

Kenapa?

Sebab mak iena dah tahu apa yang ok dan boleh untuk anak - anak die kan.

Yes, naluri ibu bapa kuat agaknya.

Bila fikir balik, ada betulnya, sebab iena jenis otak seni sikit, so susah nak masuk kalo kene blaja matematik atau program - program ni..naseblah bila balaja graphic dulu selalu gak dapat 4 flat...alhamdluliah...

So bila dah besar dan pernah buat graphic dekat tempat iena kerja, terdetik juga iena nak buat servis design untuk orang dekat luar sana.

Kalo korang nak tahu, kad kawen yuyu iena yang buat tau.


yang ini kad terima kasih.
1 Box RM30 Matt Lamination
jenis ini paling ramai orang baik, sebab kualiti dia lg bagus dari jenis Art card.
untuk tahu jenis harga dan material bagi Biz Card, boleh pm Iena di : KLIK



Yang ini Iena sertakan depan dan belakang.

bagi yang tempah kad kahwin banyak untuk seribu pcs, akan dapat FREEGUESTBOOK atau Banner/Bunting.

Menarik kan?

Oh yah, Iena dan Family ada juga sediakan khidmat untuk buat sticker untuk product atau sticket terima kasih untuk ditampal pada Doofgift

Untuk Sticker pun ada banyak jenis dan material juga tau, so kalo tahu lebih lanjut untuk 
harga dan material boleh pm Iena juga : KLIK


Yang ini Material Matt Lamination, 1 Box RM30




yang ini untuk pula logo, untuk logo lepas design dan pembayaran dan dibuat,
Iena akan bagi file asal PSD atau AI, logo juga akan diberikan untuk size besar..so naty kalo korang nak letak kat mana-mana in sha allah tak pecah nanti gambarnya.


Kepada sesiapa yang nak iena designkan kad kawen ker,kad bisnes, header blog atau cover photo facebook dan sebagainya, bolehlah email iena dekat : ienamansor1@gmail.com

Family juga ada buat servis printing sekali, kira korang boleh tempat buat design dengan iena sekali dengan print sekali. menarik tak? untuk pemblian melebihi Rm50 keatas sebarang penghantaran adalah PERCUMA, so kalo berat mana kad kawen korang, beratus keping ker, besar ker, tetap iena boleh hantarkan untuk korang..

So korang no naty tak payah fikir pasal transport nk amik barang yang korang order ok, so jimat sikit duit minyak korang dari situ..hehehehe

Oh, yah harga untuk servis design tidak termasuk dengan harga print sekali yer. Tapi Iena juga boleh terima design yang dah sedia akan dan cuma akan print kan sahaja pun boleh juga.

Untuk sebarang design dan print kitaorang buat banyak servis tau, dari tempat t - shirt sampailah ke banner dan bunting...so apa - apa korang boleh pm iena dekat facebook iena, atau boleh terus email ok.

atau

korang juga boleh terus direct ke fanpage facebook AL MAL BIZ POINT (parents punya kedai printing) untuk sebarang pertanyaan bagi jenis materal,servis dan harga. sebab Iena mungkin akan reply lambat, nak cepat korang boleh terus pm dekat situ tauu ^.^



Thx kepada yang sudi baca ^^.

Written : Iena Mansor

Wednesday, January 15, 2014

What I miss about 2013


Tahun 2013, macam-macam perkara berlaku kat dalam hidup Ida. Ada yang pahit, ada yang manis :') tapi yang pahit buat Ida teringat sampai sekarang, dan yang manis pula buat Ida terkenang-kenang selalu. Seperti biasa, bila tahun baru menjelma mesti aja korang akan ada harapan baru kan?. Bila dah masuk 24 ni, azam baru Ida pun simple je. Dan tak banyak mana... hanya ALLAH aja yang tahu betapa keinginan untuk mencapai azam tahun ni macamana..twins harap sangat2 tercapai :') tapi yela...kejayaan takkan datang bergolek camtu dalam masa yang singkat kan? xpela..kalau bukan sekarang. Mungkin next year atau tahun-tahun yang seterusnya. Siapa tahu kan?  yang penting usaha,usaha dan usaha. Jangan give up!



Teingat pula zaman dulu-dulu waktu zaman hingusan  kita tak tahu apa-apa lagi erti tanggungjawab. Suka je berharapan dan berazam yang bukan-bukan. Masa tu budak-budak hingusan lagi, tak tahu erti tanggungjawab sangat pun. Tak tahu erti kesakitan hidup. Waktu zaman sekolah atau zaman belajar, Kita ingat masalah assingment and final paper adalah masalah paling besar dalam hidup. Tapi bila dah kerja and memahami sedikit erti kehidupan ni...hmmph dah memang sah-sahla masalah besar yang kita rasa dulu tu. Cuma macam semut je dalam hidup kita :')

How i wish i can turn back time, so that i can really apreciated all those precious time. A time we call it 'a young time' . Being 24 is not really fun, is a beginning of 'mature' life. Kalau dari perkataan mudah, Ida boleh katakan. Tahun menjadi 24 adalah tahun yang membuka pintu dan mata hati dalam mahu mengenal erti hidup. 

Tak percaya? hehe sebab tahun umur ida 24 ni la, Ida dah mula faham serba sedikit erti hidup. Ida dah faham sedikit perasaan parents Ida. Perasaan ibu-ibu dan ayah-ayah yang lain. Menjadi single tak berapa mudah, sebab kita tak punya sumber kekuatan yang luar biasa untuk kita tempuhi segala kesakitan hidup yang kita rasa. Lucky me...i still have my parents and Iena. Kalau tak kerana dorang, Ida tak rasa Ida mampu menghadapi pelbagai perkara yang berlaku sepanjang tahun 2013 :')

Kalau orang dah kahwin and dah ada anak pula, lain perasaannya. Perasaan untuk mengharungi hari seterusnya itu ada, bila kita balik dari hari yang 'teruk' then tengok muka anak kita. Terus ada kekuatan untuk lalui hari -hari esok yang seterusnya, walau dalam hati hanya ALLAH yang tahu kan?

Tak percaya? ask ur parents, ask ur friends yang dah kahwin. I bet they will surely agree about this :") baik lelaki ataupun perempuan. But lucky me, my sumber kekuatan is my PARENTS and my twins Iena! i want to give the best for em, and now..i have to be 'tabah' to tahan cabaran demi cabaran demi mencapai cita-cita kitaorng yang sama :)


Selepas convo Ida dah agak dah, Ida akan hadapi duia sebenar dekat luar. Macamana realiti hidup ni berkisarnya :) malah selepas convo inila Ida mula memahami serba sedikit caabaran hidup bagi seorang wanita, seorang anak, dan seorang twins yang punya satu impian dan macamana kitaorng kena hadapi untuk realisasikannya :')  

Ida mulai faham tentang kehidupan, masa depan dan impian :')

bila kita mula memegang duit gaji pertama. kita akan mula berangan untuk memberi sesuatu kepada orang tua kita. Bila kita mula mampu memberi sedikit dari hasil usaha kita, kita akan mula berimpian untuk memberi lebih. Bila kita pula tak mampu memberi lebih, kita akan mula berasa bersalah. Kerana betapa kita tahu, nasihat-nasihat yang mereka berikan sewaktu dulu itu adalah amat berguna. Dan sayang sekali, kerana waktu dulu kita tak pernah mengendahkannya. 

Tapi yang lepas biarlah lepas, kita cuba hadapi tahun seterusnya, cuba untuk menjadi yang lebih baik dari dulu. Jika kita tak mampu memberi seperti anganan kita, cukuplah sekadar berimpian. Kerana dengan impian kita punya harapan untuk terus berusaha :)


penguat jantung hati, dan sumber inspirasi. Sumber segala tenaga dan juga segala kebahagiaan :)

apa yang boleh ida katakan, Ida kuat sepanjang tahun 2013 ni adalah kerana dorang. Im NOTHING without them :')

Ida tak mahu cerita kejayaan dan kemanisan dari modelling untuk tahun 2013..biarlah ia menjadi kenangan manis buat twins. Yang Ida cuma mahu kongsikan dengan readers blog Ida, adalah dunia sebenar Ida, dunia di mana Ida Mansor berasa bahagia, berasa dihargai dan berasa di sayangi. Yea dunia betul without thick make up, without those flashlight camera and without those super heels yang sakit..yea is not me..

Ida tak nafikan modelling is still my passion, but is just not my priority anymore. There will be a time, when u realised there is something bigger u have to think about...and that is YOUR FUTURE :)

di titik inilah kita akan mula melukis dan mencorak canvas hidup kita, semoga kita sama-sama berusaha untuk menjadikan canvas hidup kita penuh dengan warna-warni dan penuh makna. Semoga tahun 2014 membawa pintu rezeki dan kebahagiaan buat semula. Amin ya rabbal alamin. 

Salam sayang dari Ida Mansor ...









Friday, January 3, 2014

A day with love

orang selalu kata, kalo kita sayangkan seseorang kita sanggup buat apa sahaja.

kata orang, cinta itu buta? benarkah? terpulang pada pandangan dan persepsi orang tersendiri dari sudut menilai cinta.

bagi Iena, kalo iena dah sayangkan seseorang, kita akan suka mengembirakan orang yang kita sayang, tanpa mengharapkan balasan.


Terdetik kat dalam hati Iena, nak berbuat sesuatu untuk ida. Kenapa?

sebab iena kesian tengok dia, lepas balik kerja selalu mengadu penat, kadang - kadang selalu juga dia membebel itu - ini, selain tak boleh buat apa, jadi pendengar sahajalah dia bebel.

ida suka mintak iena picit dia kadang - kadang, tapi kadangkala rasa macam ida ni terlau manja pula! asal housemata tiada rumah, suka pujuk datang teman dia, duduk rumah sewa!!! haha...

kenapa macam tuh ya? tentulah sebab badan dah letih sangat!

sebabkan terlalu sayang, dan juga rindu nak keluar berdua, Iena pun ajaklah ida pergi Aisha Radiah Spa

Ida apa lagi, teruja amat!!! Time tuh muka dia pucat sangat sebab penat dan letih, so dia sangat happy sebab dapat relaxkan badan!

Mula - mula ida ingat dapat buat Facial muka jer tau! tapi rupanya bukan.

Excited dia lepas dapat tahu, dapat buat rawatan yang lebih dari sekadar facial ^.^

me (sedang meneliti nak buat spa apa, rambang mata tengok, ada macam - macam servis dorang tawarkan)

ida - tengok, terkaku dia jap, pening nak fikir rawatan apa nak! hehehe.

waktu kitaorang mula - mula masuk, memang terpegun sikit temgok sekitar sapa, cantik sangat! sesuana pun amat mendamaikan. 
dengan bunyi air terjun, memang kene sangat mood  nak buat spa tuh.

kali terakhir twin pergi spa, ialah waktu pergi indonesia, itu pun juat terima rawatan urut seluruh badan jer, lain semua tak buat ^.^ 

so twin decided nak try something different pula.

Air terjun.
cantikan hiasan dia? simple jer, just nice :)

so lepas twin dah puas, tengok - tengok suasana spa tuh, terus beautician tuh jemput kitaorang masuk untuk menerima rawatan spa.

mula - mula dorang berikan kain batik dan pakaian untuk basahan yang boleh dibuang selepas menerima rawatan dorang.

untuk girls yang tak pernah pergi spa, akan rasa malu nak berkemban jer, so don't worry, dorang ada bilik persendirian, yang mana hanya korang dan beautician jer ada.


tapi untuk iena dan ida, kitaorang nak amik sebilik, so katil kitaorang sebelah - menyebelah je ^.^

time ni bila iena dan ida dah ready, selepas salin kain batik, kita orang pun masuk sauna.

sedikit info untuk korang, semakin banyak peluh korang keluar, semakin banyak toksin dalam badan pun akan keluar tau, selain itu kebaikan sauna ni ada banyak! samgat bagus untuk dalaman wanita juga.

bagi yang ada asma, sauna masih boleh, tapi bukan buat masa yang lama, takut lelah pula kan! sebab ada some people ada yang tak tahan lama - lama, tapi ada juga suka lama - lama ^^

iena dan ida dalam  sempat lagi borak - borak dan goisp - gosip, siap baca majalah lagi, tengok cover depan gambar Che tah! siap gosip pasal Che Tah lagi tau..hihi..best pula kalo kuar dari spa. sekali tiba - tiba muka cantik macam Che Tah...hihi berangan jer pula :P

to me is a very good time to share, sebab kita orang dah lama sangat tak dapat borak- borak macam ni, dan menikmati masa bersama.

sambil dapat tenangkan fikiran serta relax kan badan, memang enjoy sangat berborak dengan ida time tuh, walaupaun rasa dah berpeluh!


selepas tuh, twin di mintak baring di katil, rasa lega yang amat, sebab bilik tuh sejuk jer, ada aircond, so lepas baring tuh, terus mata rasa mengatuk, lagi - lagi bila dia dah diaoarang dah start mengurut kita.

Ida sempat lagi tertidur waktu tukang beautician itu urut dia! (dia memang senang tdo kalo orang urut dia =.=')

after dah terima rawatan urut, badan kitaorang di sental pakai scrub, time tuh memeng rasa badan bersih sangat lepas pakai scrub badan..scrub dia jenis sejuk..so rasa nyaman jer.

lepas pakai scrub dorang pakaikan mask badan pula..amboi! dah rasa macam princess sangat.

time tuh memang rasa diri ni eklusif sangat, sebab terima rawatan macam ni.

hehehe


lepas badan kitaorang dah dipakai scrub dan mask, kitaorang diminta bawa diri ke bathub untuk mandi berendam.

yang bestnya suasana dia pun dah mendamaikan, cantik pula hiasan dia!

airnya panas. so rasa selesaaaanya duduk dalam air panas...siap ada majalah lagi!

paling best, dorang sediakan teh o panas dan roti bakar!

yeayy, sambil berendam dapat minum teh o panas!

rasa princess sangat. ida pun dah tergelak - gelak, tengok ' wahh..ada roti bakar lagi' tak rugi ko bawa aku'! 'Thx sayang'

siap senyum melebar lagi! suka lah tuh!

sambil tuh, kitaorang borak - borak lagi, sampailah rasa dah puas berendam. kitaorang pun membersihkan diri.

paling best after dah mandi n all. 

badan rasa bersih dan kulit rasa lebih lembut after dah di sental dengan scrub badan dan dipakai mask.

badan rasa lebih bertenaga selepas menerima urutan yang sangat best!

kesuluruhan twin sangat happy dapat luangkan masa di spa, sebab servis rawatan dorang sangat bagus ^^.

beautician pun very humble tau.

oh, yah, bagi yang segan untuk mandi bath tub dengan orang, dia ada sediakan untuk persendirian juga, korang tak payah segan sebernanya..sebab dia ada langsir..so no need, risau - risau orang sebelah  jeling - jeling! haha..


Aisha Radiah Spa, ni memang khusus untuk wanita muslimah, so korang jangan risau kalo tempat dia terdedahkan apa. sebab spa ni memang khusus untuk wanita muslimah.

kalo spa dekat hotel - hotel mewah, ada some tempat memang sangat open tau! jangan terkejut ada yang bath tub (jakuzi besar) mandi beramai - ramai, tanpa pakai apa - apa pun, kalo ada yang pakai pun dorang pakai pakaian bawah jer =.=' , jangan korang ingat kat jepun dan korea jer ada..kat malaysia pun ada sebernanya.

cuma tak ramai yang tahu jer.

so spa ni ada best pilihan untuk wanita yang pentingkan aurat, sambil tuh nak menjaga kecantikan.

untuk maklumat lanjut, nak buat temu janji or nak tengok - tengok servis dorang, korang boleh lihat di sini :

address : 31-D jalan Tengku Ampuan, Zabedah F 9/F Seksyen 9 S.Alam

tengok ida, punyalah dia happy, seiap buat peace lagi!

dia puas hati tuh sebernya :)

gambar kita takda, sebab kita jadi tukang amik gambar. ^^

Written by : Iena Mansor