Monday, August 26, 2013

sekadar inpirasi bagi budak muda diluar sana

salam semua,

kali ni iena nak perkenalkan korang sape yang jadi inspirasi Iena? maksud Iena sebagai salah contoh semangat yang patut dicontohi..

korang semua pun mesti ada idol sendiri kan? mungkin ada dikalangan korang jadikan idol sebagai pemmimpin, tak kurang juga guna ayah sebagai lambang idol korang sendiri...

bagi iena idol mestilah mencerninkan imej baik, yang boleh dicontohi....yang boleh diambil iktibar tak pun renungan atau rujukan untuk masa depan kita kan..iena guna tegar sebagai salah satu sumber semangat dan inspirasi sahaja, untuk idol iena punyai idol tersendiri..tapi bukan tegar yer..sebab tegar masih muda lagi..^^

so here iena tunjukkan tegar yang iena maksudkan ni :



TEGAR nama budak ni..sesuai sangat nama dengan orangnya....kenapa? dengar lagunya dulu, korang akan faham..sure faham punya..

mesti korang pelik iena guna budak untuk salah satu inpirasi? bagi iena tak kiralah dia budak ker, orang dewasa ker..atau orang tua..asal ia sesuatu yang positif iena akan pandang....

so dengarlah lagunya dulu before korang berfikir apa-apa..



bagi iena yang bukan di lahirkan dalam keluarga berada, iena faham sangat apa yang tegar pernah rasa..iena dulu - dulu nak apa-apa memang beli sendiri..sampaikan barbie rapunzel yang Iena idam-idamnkan sangat dulu pn Iena beli guna duit sendiri..soalnya sekarang berapa banyak sangat budak-budak sekarang beli mainan guna duit sendiri? Iena bersyukur sangat sebab mak ayah iena ajar iena, nak apa -apa kena usaha dan beli sendiri..dari situ iena mula faham erti wang, erti barangan yang dibeli guna duit sendiri..kita akan lebih menghargai nilai sesuatu barang apabila kita tau susahnya nak dapatkan apa yang kita inginkan..

melihat nasib tegar buat iena teringat..kisah dulu-dulu time iena kecik-kecik lagi....iena kecik kecik pernah jual-jual barang dekat sekolah..contohnya pensel ker..or sticker kartun untuk dijual disekolah..semuanya sebab nak kumpul dan ada duit sendiri..bagi iena tak ada yang hendak dimalukan dengan konsep berniaga ni..ada orang jenis malu nak berniaga..entah kenapa? sedangkan dalam islam pun amat mengalakkkan konsep berniaga..sebab 9/10 datangnya dari perniagaan kan..rugi kalo tak berniaga..tengok tegar rajin cari wang,
just untuk bantu keluarga dia..membuat iena rasa sangat kagum dengan dia..kecil-kecil dah merasa susah..

buat teman yang diluar sana sering mengeluh tak cukup itu ini, ingat masih ada yang susah diluar sana.
buat teman yang tak puas hati ibu bapa tak belikan barangan berjenama, ingatlah ada yang tak  merasa pn baju baru sekian lama...
buat teman yang sering mengeluh itu dan ini, sedangkan dilahirkan dalam keluarga berada, ingat
yang diluar sana lahir sahaja sudah hidup susah...
tak semua yang bernasin baik, oleh itu memang kita terasa patut bersyukur, so sekiranya korang punya idol yang memberi inspirasi kongsi-kongislah sedikit dengan iena..sebab iena memang suka sangat kisah-kisah yang memberi inpirasi...

Prinisp iena, 'biar kita pernah merasa susah,asalkan kita tidak meminta-minta'

iena tulis ini just untuk sekadar berkongsi dan untuk tatapan budak-budak muda diluar sana..

so siapa yang disini pernah punya pengalaman serupa seperti iena?


Instgram : iena mansor
Twitter : iena mansor
Facebook : Iena mansor full / Iena Mansor two







Friday, August 9, 2013

Antara memberi dan menerima yang mana lagi bez?

Kalau raya kan...bab yang paling ida rasa bez, ialah bab duit raya tau. Tak kiralah berapa amount dalam sampul raya tu, tapiiiii hmmph.. bila dapat sampul raya memang senyum memanjang sampai ke telinga tau. Pastu boleh pulak x cover2 kehappy-an tu sampai dok tersengeh2 je sambil simpan angpow raya kite dalam handbag. Haa...lepas tu aktiviti wajib Ida lepas habis beraya mengira duit angpow la...hehe pastu sambil kira2 tu dok sibok tanya mak esok nak beraya kat mana pula. Ish3...camtula perangai kt dulu. Beraya ingat angpow je..hahahaha..tp tu antara salah 1 kenangan berayalah....ish rindu pula nak merasa zaman mengira angpow2 ni..tapi sekarang dah masok zaman mengira untuk memberi angpow la pula..sob..sob..sob..tetiber dah rasa diri ni makin tuala pula sebab dah start bagi duit raya kat sedara2 kt dah tau :)


Tapi kalau korang tanya yang mana lagi bez antara memberi dan menerima? Hurm..susah juga nak beri jawapannya. Sebab masa kecik2 dapat duit raya tu memang rasa macam happy sgt!. Tapii..sekarang bila memberi tu rasa lain macam pula..haa lain macamana tu? Nak tau ke? Hehe honestly ida rasa bahagia dan puas sangat. Puas sebab kita dapat lihat kebahagiaan orang lain hasil dari kita memberi. Lagi2 bila kita memberi kat parents kita...rasa puas tu memang sukar digambarkan tau :') 

Tambah lagi tu memang dah jadi salah satu cita2 ida nak bagi duit raya kat parents..so bila tahun ni dapat bagi. Memang rasa bahagia tu berganda2 la..plus tahun ni kt boleh pula bagi rezeki duit raya kat adik and sedara2 kt yang lain. Rasa happy sgt!

Kalau dulu Ida happy bila dapat duit raya, sekarang ida happy bila ida tengok orang lain happy tau. Sebab bila kt dah meningkat dewasa ni.., cara kte nak merasa bahagia bila di hari raya dah rasa macam lain kan, kan, kan?

Kalau dulu dok sibok beraya dengan main lari2 and kumpul duit raya. Kali ni sibok pula berborak dengan sedara yang lama x jumpa. Pastu tengok adik2 and parents happy. Barulah rasa semangat raya and kebahagiaan tu nak datang laju2. Siapa kat sini yang setuju? 


Ni gambar my adik yang berjaya meng - angpow ktorng semua di hari raya. Tengok dok senyum dapat sampul berisi duit raya! And what amazing is..I feel happy when I saw his face smiling during sesi mengutip duit raya dari ktorang semua. Dah tak fikir dah berapa amout kt keluarkan untuk bagi budak kecik ni duit raya tau :) 

Untungla die sebab anak bongsu..cisss kenapalah ku tak dilahirkan sebagai anak bongsu? Haha jelez tetiber..kekekeke :p



Dua pic ni pula ida dengan parents ida. Kalau dulu happy dapat duit raya dari dorang, now happy dapat bagi duit raya kat dorang tau. Kalau dulu bahagia bila dapat baju raya dari dorang, now rasa bahagia bila dapat belikan baju raya untuk dorang. Kebahagiaan dorang adalah kebahagiaan ida sekarang. Suka sangat bila tengok dorang happy and tersenyum bahagia. Susah nak rasa perasaan macam ni kan? Luv them very muchlah. Hopefully Ida dpt beri macam ni every year. Huhu doakan Ida selalu murah rezeki ya korang? :')

Kesimpulannya...apa yang ida rasakan sekarang ialah, rasa menerima itu memanglah rasa kebahagiaan yang pasti, tapi rasa memberi itu adalah satu kepuasan yang terindah bagi Ida.

Bagaimana pula dengan korang? Kongsilah pendapat korang kat sini. Nak juga tahu pendapat korang :)

Okla sampai sini jela entry Ida ya, sebab nak tido dah ni. Esok nak balik kampung dah. Selamat Berhari Raya semua! 



Entry by : Ida Mansor ♥